Wednesday, December 10, 2014

SUSU IBU TIADA LANGSUNG!

Bismillahirrahmanirrahim

Salam all mummies. Apa khabar anda hari ini? Harapnya ceria selalu dan semoga urusan penyusuan sentiasa dipermudahkan Allah. Thanks kerana sudi singgah di sini lagi. Saya 'appreciate' sangat.Thank you guys! ;D

Dan Insyaallah selagi terdapat ramai sokongan dari rakan seperjuangan, saya akan terus kekalkan usaha untuk berkongsi lebih banyak lagi ilmu penyusuan. Semoga dengan asbab itu, kita semua semakin bertambah ilmu, pengalaman dan semakin kuat untuk berjuang dalam dunia 'breastfeeding' nih!...

Ayat...haih..cam nak pi berperang je kan. Hihi...Tu time cabaran mendatang, time sweet moment dalam penyusuan ni sebenarnya lagi.......banyak....kan... So, nikmatilah saat terindah ini ya.

U all pernah terfikir tak atau tercari-cari 'breastfeeding personal coach'? Sebenarnya suatu masa dulu memang pernah terlintas di fikiran. Sebabnya, saya selalu hadiri kursus penyusuan (yang PERCUMA la...di klinik kerajaan) kebiasaanya, jarang dapat bertanyakan soalan yang lebih tertumpu kepada masalah penyusuan kita sendiri. Kebanyakan yang dikongsi lebih kepada asas dan terlalu umum. N lagi pulak, saya yang malu2 miow ni, memang tak terbuka mulut la untuk bertanya. Padahal macam2 nak tanya. Tapi tah, kadang cam segan. (Nyampah je kan...memang pun...) :p

Kemudian saya mulalah mencari dan menjalankan siasatan sendiri menerusi google, atau refer kepada sifu saya a.k.a IDOLA saya SHAZA SHAMSUDDIN dan juga belajar dari pengalaman kakak2 ipar saya (semuanya menyusu badan), mak (mertua) yang super hebat (menyusukan ketujuh2 anak) dan rakan2 seperjuangan lain. Tak lupa juga, saya pernah refer dengan Puan Kamariah (pakar laktasi yang friendly n responsive) dan juga pakar laktasi di KPJ (yang ni berbayar naa...). Pastu siap study kat library KKM (semasa bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia) , mentang buku tentang penyusuan banyak...Ngeee :D

Pastu join kelab penyusuan di Putrajaya n macam2 lagilah. Punyalah minat sangat dengan penyusuan ni.

Kenapa passion saya terlalu tinggi pada breastfeeding nih? Sebabnya, cabaran saya untuk memulakan breastfeeding ni (anak first), sangatlah hebatnya. (perasan! takla...ada lagi yang lebih teruk).

Akibat dari itu, disebabkan saya berjaya mengharunginya, saya pernah memasang niat bahawa, setiap ibu dengan izin Allah pasti mampu menyusukan anaknya dan harus berikan sokongan pada mereka.

Antara pengalaman pahit yang pernah dilalui ialah SAYA TIADA SUSU. Ya, sebenarnya susu saya masih belum terhasil lagi selepas bersalin. Ada sesetengah ibu yang bertuah, memang susu dia terus ada sebaik selepas melahirkan. Tetapi saya tiada. Ini ialah rahsia sebenar yang telah lama saya simpan. (macam poyo je kan, tapi memang benar. Allah tahu apa yang saya lalui.)

pain
SUMBER: pama.karangkraf.com

Setelah sekian lama saya simpan, hari ni boleh terdetik pulak saya nak dedahkan. Serius, even suami pun tak tahu sebenarnya. Kenapa poyo sangat saya rahsiakan? PERTAMA, sebab kalau nak diceritakan pun rasa macam dah basi (anak dah tiga. Nyampah je nak dengar...). KEDUA, saya masih simpan rahsia tu terlalu lama kerana pada awalnya saya pun tidak pasti samaada saya akan mampu meneruskan penyusuan anak pertama saya sehingga 2 tahun kerana pada ketika tu, pregnant pulak. dan saya risau saya akan hentikan penyusuan anak saya sebelum sampai usianya 2 tahun (alhamdulillah berjaya dengan izin Allah setelah pelbagai peristiwa pahit getir dilalui) dan sehinggalah saya diuji dengan situasi getir semasa anak ketiga yang secara tidak langsung telah memberikan pengalaman baru dan berbeza buat saya.

Pastu pulak, kalau nak update di blog, rasa cam risau orang jemu nak baca, panjang lebar karangan macamlah kita ni penglipur lara. Tetapi, memandangkan ramai mummy2 yang bagi good support n maklumkan u all suka sangat baca blog saya. (ngee...perasannya...:p) Hamik...kali ni panjang sikit. (Penat baca, sambung tido..Tak marah pun... ;) )

Especially saya nak tujukan kepada adik SHIMA (semoga Allah limpahkan susu yang banyak buat adik ini. Really appreciate your support dear.:)). Beliau merupakan salah seorang mummy yang terlibat dengan kempen yang saya jalankan sekarang ni, iaitu "Anda Bertanya, Saya Menjawab". Then, bila berkenalan dengan dia, macam lebih kurang sama pula kisah kami ni. Hehe... Perangai dia cam banyak mulut nak tau itu ini pun, sebijik cam saya... Haha... :D

Oklah, sambung semula, lepas bersalin anak pertama (WAFIY), nurse terus letak kat dada. Subhanallah...hilang terus kesakitan meneran tadi. Tapi tak sampai seminit terus diambil semula, maybe untuk proses seterusnya, timbang berat baby, pasang nametag kat tangan baby dan sebagainya. Tak sempat nyusukan terus...(Sebenarnya rangsangan terbaik ialah menyusukan sebaik lepas melahirkan).

Dah lepas beberapa jam, kemudian barulah dapat baby tadi. Pengalaman pertama kali menyusukan bayi, masya Allah...susah nak digambarkan dengan kata-kata (bergenang airmata syahdu kan..maklumla pertama kali jadi ibu...poyo lagi..K, abaikan).

Masa baby pertama kali sedut tu, ada rasa cam pedih kat nipple. Terus terdetik di minda, alamak..aku takde susu ke ni? Apsal cam sakit je. Pastu cam baby tak telan apa2 pun. Kemudian terus panggil nurse, mohon bantuan. Nurse datang picit nipple n cakap, "tu ada susu tu". Time tu, adala setitik keluar kat satu lubang je. Oklah, tenangkan diri dan terus sambung nyusu, walaupun sakit (serius, rasa baby cam sedut angin, susu cam tak terhasil lagi). Tapi, excited nyer pasal, tarik nafas dalam2 (konon nak kontrol sakit tu), kasi jelah baby minum.

Jiran sebelah tu, dahla baru bersalin dari kita. Baby dia minum, bunyi siap berdecit2 lagi, susu macam bertakung dalam mulut. Pelik gak, mulut saya pun rajin bertanya. "Banyaknya susu awak. Sampai sini saya dengar. Saya risaula, saya macam takde susu je".

"Oh...keturunan saya memang banyak susu, adik-beradik saya semua nyusu dada"...balas dia. (Pap...tetiba rasa cam orang tepuk dahi saya). Ok, keturunan dia banyak susu... Adoi, camanalah aku ni, mama selalu cakap keturunan kita takde susu. (berkata saya dalam hati).

Agak down tetiba n itulah punca utama saya rasa susu saya tidak mampu terhasil sampai beberapa jam (nampak tak mindset saya, asyik risau susu kurang). Kalau tak silap WAFIY keluar waktu subuh. Sampai nak dekat magrib jugalah, saya menanggung seksa SUSU TIADA, tiap kali baby nyusu, nipple pedih. (cara latch on baby dah betul dah, sebab nurse memang bantu kita masa mula2 nak menyusukan bayi tu). Dan...bermulalah kisah, nipple melecet la pulak, siap terkeluar darah sikit. :,( Sakit n pedihnya Allah saja yang tahu.

Tapi yang ni, saya tak ceritakan pada sesiapa pun. Even kepada kawan2 yang datang masa melawat saya di hospital. Kenapa? Biarlah ia menjadi rahsia saya. Sebab saya dikelilingi dengan ramai sahabat yang tidak support breastfeeding. Bukan tidak support, mereka tidak menghalang, tetapi mereka galakkan saya untuk campur dengan susu formula (saya tak menyalahkan mereka, cuma saya yang takut saya down). Sebab risau bayi tidak kenyang. N pada zaman tu pun tahun 2009, kesedaran eksklusif breastfeeding masih belum meluas lagi. Macam satu kepelikan pula, bayi hanya diberikan susu ibu tanpa setitik pun air masak dan makanan tambahan selama 6 bulan. Ramai yang tak boleh terima. Kemudian, kepada hubby pun saya rahsiakan, sebab ada ketika juga dia agak goyang dengan cabaran kata2 orang sekeliling yang suh kami top up susu ibu dengan susu formula.

KISAH ALLAH SELAMATKAN SAYA.....

Kelebihan saya semasa SUSU MASIH TIADA ialah, anak saya tidak melalak. Ya, dia kuat tidur. (Kenapa dia kuat tidur? Ia adalah kesan dari gas 'apatah lupa plak namanya', yang doktor beri kebenaran ibu sedut bila merasa sakit. Kesannya bayi saya asyik tidur saja, sebab saya sedut dengan banyaknya.) PERCAYALAH, jika tidak kerana dia kuat tidur, kemungkinan besar jika dia asyik melalak, mungkin akan menarik perhatian nurse, lantas anak saya akan di top up dengan susu formula atau husband saya panik, mungkin akan terpaksa rela beli susu formula.

Kemudian, ALLAH SELAMATKAN SAYA LAGI untuk discaj bayi perlu kencing dan buang air besar bukan? Bagi memastikan sistem perkumuhan bayi tiada masalah. Saya kena tahan dua hari sebab 24 jam anak masih belum kencing dan buang air besar. (Rahsianya ialah disebabkan saya MASIH BELUM ADA SUSU). Setiap kali doktor dan nurse yang meronda datang, tanya "susu puan bagaimana?". Saya senyum sambil jawab, "Ok doktor, banyak je..." (menipulah tu...Takpe, kata2 kan suatu doa) . Esoknya alhamdulillah anak saya ada buang air besar (najis warna hitam) dan kencing sikit je. (Saya tertanya juga, haih takde susu pun boleh kencing n buang air besar? Kemudian barulah saya tahu, najis yang ada tu ialah hasil makanan baby masa dalam perut ibu lagi. So, bukanlah dari susu saya. )

So, saya berjaya discaj keluar hospital dengan selamatnya. Alhamdulillah. (Saya tetap masih berusaha keras ingin menghasilkan susu yang banyak, kerapkan 'direct feed').Tetapi ketika di rumah, saya perasan anak saya kurang kencing dan tidak buang air besar langsung. Nasiblah bila bertanya dengan nurse, mereka maklumkan, jika anak hanya brestfeed sahaja, kadang2 tidak membuang air besar lebih 3 hari masih perkara biasa. So, ALLAH SELAMATKAN SAYA LAGI. (Saya menggunakan alasan, anak tidak buang air besar beberapa hari, perkara biasa bagi baby yang breastfeed untuk melindungi rahsia bahawa saya ketika itu saya masih kurang/ tiada susu badan.).

Sampailah anak saya kena kuning yang tinggi (jaundis) hari ketiga, doktor suh kerapkan penyusuan supaya kuning tu dapat dibuang keluar melalui najis. Dari pengamatan saya, susu sudah mula ada, tapi ciput sangat. Pampers pun jimat sebab anak kurang kencing. Bila sampai di hospital, perkara pertama doktor tanya, "susu ibu cukup tak?". Dengan selambanya saya jawab, "insyaallah cukup doktor". (Padahal dalam hati cuak giler, hanya Allah yang tahu.)

Dan mulalah saya dalam dilema, macamana ni, nak beritahu susu tengah tak cukup nanti takut lebih down kalau ada yang suh top up dengan susu formula. Suami pun leh pulak tanya, "Susu sebenarnya cukup tak?"..."Cukup bang, insyaallah. Siap memancut2 lagi" balas saya (Wahh..sedapnya reka cerita...takpe mudahan doa makbul).

Masya Allah, bila kenang kembali, memang saya bersyukur sangat. Kalau tak tabah hati ni, mau saya campur juga dengan susu formula. Pada ketika tu ada rasa kejam juga dalam diri sebagai ibu, sebab seolah sengaja biarkan anak kurang minum susu. Semata2 nak fully breastfeed. Pada ketika ini, ALLAH SELAMATKAN SAYA LAGI BUAT KESEKIAN KALINYA, anak saya masih kerap tidur walaupun susu saya kurang, sebab dia JAUNDIS.

Dalam hati saya pada ketika itu kesal, sedih, rasa kejam dan sebagainya, kerana pentingkan diri, konon nak berikan yang terbaik pada anak. Anak saya terseksa kena ambil darah beberapa kali sehari untuk doktor tengok tahap jaundis dia. Mungkin kerana saya banyak menangis dan berdoa sengsorang pada malam hari (lagi pedih dan berat nak tanggung, sebab pendam sensorang n hanya saya yang menanggung beban tu, sebab rahsiakan dari semua orang dan saya sepenuhnya bergantung dan mengadu pada ALLAH 200%), mohon Allah limpahkan susu yang cukup buat anak saya. Akhirnya, terhasil juga susu saya, itupun setelah beberapa hari. Subhanallah...

Sehingga kini saya bersyukur sangat, kerana menjadi ibu terpilih berjaya menyusukan anak sejak dari lahir sehinggalah dua tahun (dan masih menyusu ketika hamil).

Sejak dari itu, memang saya sangat mudah melenting bila ada ibu yang maklumkan dia tiada susu. Sebab bila berbual dengan mereka sebahagiannya, kisah peritnya, tidaklah seperit yang saya lalui. Maksudnya usaha mereka tidak sepenuhnya. Dan belum sempat saya nak berkongsi pengalaman (saya nak advise mereka rujuk pakar laktasi), kadangkala kata-kata saya di STOP kan dengan, "takpelah...rezeki masing2. Dah tuah badan ko susu banyak" (Saya tidak mengatakan semua. Dan tujuan saya menceritakan kisah ini, ialah sekadar ingin berkongsi kepada MUMMY yang memang niat nak breastfeed, dalami ilmu ini dan bertanyalah pada yang BERJAYA. )

Memang menyusu itu merupakan pilihan kepada ibubapa. Jika mereka tidak ingin melakukannya, usah desak mereka. Saya cuma ingin selamatkan mereka yang mempunyai SEMANGAT seperti saya. Saya tahu di antara kalian ada yang menangis, merintih di waktu malam, bermonolog seorang diri tatkala diuji dengan pelbagai cabaran penyusuan. Insyaallah, bertabahlah wahai sahabat. Cabaran ini akan berlalu seiring dengan waktu. Dan pada pengalaman pertama sahaja yang perlu kita tempuh. Dan insyaallah untuk anak berikutnya, anda pula akan menjadi idola kepada mummy yang lain. Insyaallah.

Terdapat juga pengalaman semasa anak ketiga saya TIADA SUSU. (Ishh...ingat dah anak ketiga tiada masalah lagi pasal penyusuan ni, konon dah expert :P...hehe..gurau je..Nyampah kan.. ) Rupanya ALLAH nak tambah ilmu dan pengalaman saya. Subhanallah, terima kasih Allah. *tears

Saya tergolong dalam kategori ini (highlight merah):

Antara penyebab ibu-ibu mengalami kekurangan/kekeringan/ketiadaan susu badan (tanpa mengabaikan rangsangan dari hisapan bayi & pam) semasa awal kelahiran:
  • Anemia
  • Ketidakseimbangan hormon tiroid
  • Hypopituitarism
  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
  • Gestational ovarian theca lutein cyst (keadaan ni sangat jarang berlaku)
  • Menghidap kencing manis & bergantung pada insulin
  • Tak cukup tisu glandular (IGT)
  • Pernah jalani pembedahan payudara
  • Plasenta tak keluar lagi/tak keluar habis
  • Sindrom Sheehan, apabila pituitari kekurangan darah disebabkan oleh pendarahan semasa melahirkan, so ia tidak menghasilkan hormon mencukupi utk laktasi.
  • Obesiti.
  • Tekanan semasa melahirkan, kehilangan darah etc. 
  • Pengambilan drug Pitocin semasa proses kelahiran
  • Penggunaan pil perancang yang mengandungi estrogen dan progestron.
  • Edema disebabkan oleh IV.
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
  • Pengambilan herba/jamu yang mengandungi sifat anti-laktogenik.

Saya menangis pada ketika itu (sorang2 di hospital), 24 jam tiada susu. Tidak keluar LANGSUNG walau setelah dipict pada nipple, setitik pun tiada. Saya merayu pada Allah supaya limpahkan susu saya. Saya istighfar banyak2, mungkin saya telah melukakan hati sesiapa. Dan saya juga tertanya2, kenapa Allah uji saya dengan ketiadaan susu. Sedangkan pada fikiran saya, saya sudah hampir matang dalam dunia penyusuan ini.

Masya Allah. Untuk kesekian kalinya, saya bersujud syukur pada Allah. Mungkin saya merupakan insan terpilih, yang berjaya membuktikan bahawa susu ibu tetap milik anak tercintaAllah nak tunjuk, setiap ibu mampu menyusukan anaknya. Dan Allah nak tunjukkan, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Sebab ada MUMMY yang kurang ilmu tentang breastfeeding, tidak merujuk kepada yang pakar (pakar laktasi) lantas bertanya pada MUMMY yang gagal. Memang akan tiada usaha selanjutnya yang dilakukan. Ada mummy yang share senarai sebab masalah susu tiada, tetapi tidak lengkap dengan langkah penyelesaiannya. Insyaallah, setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

Pada ketika itu, saya menyusukan dalam keadaan nipple berdarah. SUSU LANGSUNG TIADA. Tapi saya tetap beri anak hisap, sebab nak create demand. Saya minum air dengan banyak (kot2 kurang air dalam badan). SUSU TIADA JUGA. KERING!

Kemudian nak dijadikan cerita pada tengah malam tersebut, perut saya sakit yang amat. Saya mengadu pada nurse dan nurse minta bersabar tunggu esok hari baru doktor pakar ada. Saya terpaksa menahan sakit sepanjang malam, dan teruskan menyusu walaupun tiada susu. Esoknya saya dipanggil masuk untuk scan perut (buat ultrasound scan).

Masya Allah, rupa2nya plasenta saya belum habis di keluarkan. Ada saki baki terlekat2 di dinding rahim saya. Patutlah saya mengalami sakit perut yang amat pada malam sebelumnya. Kemudian setelah dicuci keluar, tidak lama beberapa jam kemudian barulah terhasil susu saya walaupun teramat sikit. (Keluar air mata kesyukuran...poyo lagikan...abaikan..).

Jadi, jika pelbagai usaha telah dilakukan, tetapi gagal, cuba ambil sedikit masa merujuk kepada pakar laktasi. Dapatkan khidmat nasihat mereka. Insyaallah setiap masalah pasti akan ada penyelesaiannya dengan izin Allah. Sama2 kita berusaha dan sama2 kita berdoa agar kita tidak diuji dengan perkara2 yang tidak mampu kita tanggung.

Oh ya, siapa di antara kita ketika terdapat masalah penyusuan merujuk kepada yang pakar (pakar laktasi)? Ramai tak kuasakan. Saya pun malas. Hehe.. Tapi, jika sayalah insan terpilih yang patut kongsikan kisah perit saya kepada anda, nah terimalah cerita saya yang tidak seberapa ini. Kongsikan kepada yang lain jika anda rasa ia bermanfaat. Saya halalkan dan saya memang nak create awareness ni kepada mummy2 di luar sana yang memang ada niat nak breastfeed supaya jangan berputus asa!

Pesanan saya, menyusu bukan mudah pada permulaannya, perlukan latihan dan pemahaman. Akan ada cabaran yang perlu ditempuh. Tetapi semua itu hanya sementara. PERCAYALAH, tiada kata2 yang dapat menggambarkan indahnya saat penyusuan ini.

Wallahualam.

"Setiap ibu adalah unik dan untuk berjaya dalam penyusuan perlu pendekatan berbeza."

~Menyusu itu indah~

Salam sayang dan dengan rendah hatinya dari saya, :)

Atia



5 comments:

  1. sedeh membaca kisah....tp kisah awak sama ngan saya juga
    kena tekad n kuat...
    tahniah...saya nak jd kuat cam awak jugak

    ReplyDelete
  2. Sy pun sama ngan awak.tp sy dah psg niat n tekad nk bf.jadinya,sy pun ckp kat org sekeliling susu ada.byk lg.padahal allah saja yg tau susu lgsg xde.pam2 xkeluar ape pun.pam angin je.mcm awk jgk,naseb ank tido je...sy usaha cari n gali ilmu bf.sampai la sy 'jumpa' awak.TERIMA KASIH sgt2.awak mnyumbang motivasi yg bkn sedikit pd sy utk terus cekal berusaha mghasilkan/mngeluarkan susu.alhamdulillah...ank dah msuk 6 bln.msh bf sepenuhnya tanpa bantuan susu formula.tq lg sekali.sampai skrg sy pastikan 'jumpa'awak tiap2 mggu.

    ReplyDelete
  3. Salam..puan..maaf sy nk bertanya..sy mmg direct bf kpd baby sbb sy surirumah..anak sekarang dh 10 bln tapi susu makin berkurangan..tapi baby selalu direct bf dgn sy..cm sy jrg pam..tp terdetik baru ni nak pam..susu kluar xsmpi 1 oz pun..dn skang sy makin kerap kn pam n direct apatah lgi..ms pam susu masih lgi sikit...sy bimbang susu su xsmpi 2 thn tuk baby sy..puas sy makan mknan milk booster beli supplement n fikir positive byk susu dlm beberapa mgu ni...tapi hari ni sy pam msh lgi krg dr 1 oz..sblom ni awl2 sy pam dpt 12oz plg byk..skang sy sgt buntu n sedih tuk baby...boleh puan bantu mgkn de pengalamn org lain yg pnh puan tahu kan...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum and Hai, nice sharing! Susu selalu merundum? Kami dari mommoremilk menghasilkan produk lactation cookies and brownies milk booster kepada ibu yg ingin mencuba product kami untuk menambahkan susu badan boleh whatsapp Iema di nombor 0 19-675 7726 atau website: mommoremilk.com atau mommoremilk.blogspot.com atau DM instagram: mommoremilk.

    Jika mahu melalui agent juga ada, pergi sahaja di lama web kami mommoremilk.com , klik agent store location dan search tempat yang berhampiran dgn anda.

    ReplyDelete
  5. Anak sy malam kerap sgt menangis pd sebulan lebih pertama.. Cuma kalau sy yg buat kepurusan pasti sy nak kn full bf sebab dh mindset sebelum kawen lagj nk full bf mcm adk beradik ipar duai sy semua full bf.. Tp disebabkan campur tangan suami dan keluarga nya sy terpaksa ikutkan kehendak mereka nnt kang jatuh derhaka pulak. Anak sy kuat menangis sampai satu tahap sy rasa nak lari tinggalkan suami dan anak sebab tak faham kan saya. Gerak hati sbg ibu ank menangis sbb kembung perut.. Tp bila keluarga suami ckp ank menangis sbb tak cukup susu. Lepasje di berikn susu formula anak terus senyap tidur. Kdg2 hati ni meraung.. Tak tau nk ckp mcm mne.dr bulan ke bulan sy cuba kuatkn smgt utk full bf ank tp tetap tumpas sbb suami monopoli dlm buat keputusan dia bimbang ank tak cukup susu. Yess anak sy mmg berat badan dia jatuh. Sampai nurse pon bising.

    Sy nak bertanya.. Ank Sy skrg 6 bulan. Anak susah nk ajak die susu bdana lama nak kejap2 je selebihnya susu fm. Raya haritu sy tak pump susu. So susu sy dh drop sgt sesudu dua pon susah nk dpt.skrg Sy kerapkan pump. Setiap 2 ke 3 jam sy pump.. Sebelum ni mcm tu jgak sy buat utk bykkn susu. Tp dlm masa 2 bulan susu saya naik dlm 1 ke 2 aouce je.. Normal kah? Skrg sy mula nk bykkn susu semula lepas raya drop sgt2 sbb tak jaga waktu pump. Ada tak cara sy nk bykkn susu cepat? Atleast dlm masa 2 minggu sy dpt naikkan susu badan saya. Nak sgt pump 4 aunce setiap 2 jam pin jadilah nk penuhi keperluan ank.. Sy strugle sgt.. Kdg2 masa sy nk pump tu lah masa utk layan suami dan ank.. Suami tak faham kenapa sy nk strugle sgt. Sy sedih dh byk kali sy ckp hal yg sama. Selalu nanhis sorg2.. Tolong ye sis.. Dlm masa yg sama sy nk bukak mata org sekeliling sy yg susu ibu cukup utk anak..

    ReplyDelete

Thank you for your comments! :)