There was an error in this gadget

Tuesday, August 4, 2015

KENALI TANDA BAYI INGIN MENYUSU

Bismillahirrahmanirrahim

Salam all pretty breastfeeding mummy. Didoakan semoga kalian sentiasa sihat n ceria di samping meneruskan perjuangan penyusuan yang diakui tidak semudah yang disangka. J

Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya dapat baby girl untuk anak yang keempat ini. Cuma saya nak terus ke tajuk entri (tak sempat nak taip panjang lebar maklumla anak dah empat, mamanya dah macam sotong sekarang ni. Kalau ada 5-6 tangan pun bagus juga boleh bertindak lebih pantas).

Since ramai mummy yang dah rindu ngan post saya, since ramai yang dok pujuk-pujuk minta saya update. Saya dengan gigihnya update jua sepatah dua kata ya.

menyusu
Gambar sumber: http://kemh.health.wa.gov.au/services/breastfeeding/images/baby-cues.jpg


Kali ini tajuk entri ialah tentang:

KENALI TANDA BAYI INGIN MENYUSU

1. Bebola mata bergerak-gerak
2. Mulut terbuka dan mencari-cari
3. Merengek lembut
4. Menghisap jari, tangan, selimut, cadar atau apa sahaja yang boleh disumbat ke mulut

TANDA AKHIR (tak selamat dan anak start melalak) INGIN MENYUSU
  • Bayi mula menangis dengan kuat
  • Bayi mula merajuk dan susah untuk dilekapkan ke payudara


Haa..nampak tak? Yang selama ni kita dok tangguh-tangguh nyusu sampai anak dah pun berteriak nangis, punyalah gelabah nak nyusu sampai mak atau mak mertua pun dah gadoh panik cakap susu kita tak cukup. Kenapa? Sebab anak pun dah merajuk bila kita dah stress, susu pun lambat nak keluar lagilah buat anak mengamuk. Sudahnya bila bancuh susu formula, anak jerit berteriak, kita dok sumbat puting botol tu dalam mulut anak, anak pun diam nyusu gopoh-gapah punyalah haus lama dok tunggu nak nyusu. Ha..dan-dan tu jugak, terus suami n mak cakap, “susu tu tak cukup, sian dia haus ha..elok dia tido ni…” adoi…untuk first time mummy mesti akan down n sedih.. tambah lak tengah berpantang kan… (Faham perasaan tu… L )

So sekarang ni, bila u ols semua dah kesan tanda anak nak menyusu, terutama bagi ibu yang sedang berpantang, cepat-cepat nyusukan anak sebelum dia dah merajuk menangis berteriak, sampai orang sekeliling dok panik minta kasi susu formula. Ok? Ada faham faham? Good girl! J

Semoga Berjaya!

Okeh…safiyyah pun dah menjerit (ni bukan sebab lambat menyusu, ni sebab abang-abang dia dok lompat atas katil, dia terperanjat lalu tension n nangis berteriak). Wuu….

Sekian n jumpa lagi.

Salam rindu dan sayang,


atia

FB: www.facebook.com/menyusuituindah

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments! :)