Tuesday, November 25, 2014

PROMOSI BUKU BEST! Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam all mommies. Bagaimana dengan perjalanan penyusuan hari ini? Harap semuanya mudah n susu maintain mencukupi buat anakanda tersayang...Amin... :)

Hari ini, saya nak promosikan buku menarik ni. Setelah dibelek2, buku ni agak lengkap juga isi kandungannya. Imej berwarna-warni pun banyak. So, seronok juga kalau nak dijadikan rujukan sehingga anak ke 13. (hihi...mampu kah...) Atau pun berkongsi dengan adik-beradik lain. "Sharing is caring kan...".

Antara isi kandungan menarik:

  • Tanda-tanda bayi mendapat susu dengan secukupnya
  • Anatomi dan fisiologi penyusuan ibu
  • Bapa juga mampu 'menyusukan anak'
  • Memerah dan menyimpan susu ibu sebelum kembali bekerja
  • Berurusan dengan penjaga anak
  • Mengapa susu ibu tidak banyak terhasil
  • Bayi kuning, apa yang terjadi sebenarnya

N banyak....lagi tajuk2 menarik!!!

Harga (S/M): RM60
Harga (Sabah/ Sarawak): RM63
Berat: 450 gm
Mukasurat: 400++ m/s

Caj Kurier Semenanjung:
Pos laju: RM7.20 (450 gram)
Citylink: RM9.50 ( up to 2 kg) * Caj penghantaran untuk sehingga 4 pcs buku

Caj Kurier Sabah/ Sarawak:
Pos Udara Malaysia: RM10 (1 pcs)
Pos Udara Malaysia: RM14.50 (4 pcs)

TAWARAN HEBAT!!!
TAWARAN HEBAT!!!
TAWARAN HEBAT!!!

RM60 sahaja (termasuk caj penghantaran)
FREE (mana-mana 1 keping baucar tunai di bawah)
* untuk semenanjung 

RM60 (tidak termasuk caj penghantaran)
FREE (mana-mana 2 keping baucar tunai)
*untuk Sabah/ Sarawak 

TERHAD kepada 10 orang sahaja!
TERHAD kepada 10 orang sahaja!
TERHAD kepada 10 orang sahaja!

Siapa cepat dia dapat! :)

Kelebihan BAUCAR TUNAI, boleh digunakan untuk membeli mana-mana produk di www.stormreaders.my/warisanshop .* Cara pembelian saya akan email.

Mahukan buku ini??? SMS/ WhatsApp SEGERA (Nama/No. IC/ Email/ Alamat) :

SMS/ WhatsApp 017 3318548
SMS/ WhatsApp 017 3318548
SMS/ WhatsApp 017 3318548

Ada lagi promosi menarik! Anda akan saya bantu daftarkan sebagai ahli Stormreaders PERCUMA!!! Untuk akan datang, anda boleh menikmati 10% 'cash back' bagi setiap pembelian produk di estore Stormreaders.

Macam2 produk ada di sana>>>> www.stormreaders.my/warisanshop
Buku resipi
Buku motivasi
Buku kanak-kanak
Makanan sunnah
N macam2 lagi...

Sempena PROMOSI ini, saya ulang lagi apa yang akan anda dapat:

Dengan harga RM60 sahaja (termasuk caj penghantaran)
PERCUMA baucar tunai
PERCUMA pendaftaran keahlian Stormreaders (10% diskaun/ 'cash back')

TERHAD kepada 10 mummy bertuah sahaja!

Siapa cepat dia dapat!!! :)

Cara bayar: 

Maybank 162795054455
atas nama NUR ATIYAH ZAHIRAH ZAINAL ABIDIN

*Akaun bank lain, gunakan Interbank Giro Fund Transfer ke Maybank: caj RM0.10 sahaja

Selesai bayar: SMS/ WhatsApp (Nama/ Tarikh, Masa dan Cara bayar )ke 0173318548. 
Saya akan lakukan penghantaran sebaik pengesahan bayaran diterima dan anda akan menerima maklumat doket penghantaran melalui SMS/ WhatsApp. :D

Saya sertakan sedikit gambar di bawah untuk rujukan mummy:

anak hebat susu ibu

susu banyak


pts

baucar
PERCUMA!!! Mana-mana 1- 2 pcs baucar ini :)

So, mummy, jadikan buku terbaik ini sebagai simpanan dan rujukan bagi kejayaan penyusuan anda!

*Share juga kepada mummy lain, jika mereka telah lama mencari buku ini. TQ! :)

All the best!

~ menyusu itu indah~

Salam sayang,

atia

Monday, November 24, 2014

Susu kurang. Tips tambahkan susu ibu :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam all breastfeeding mommies...Miss u all...Semoga kalian baik2 saja di luar sana n susu sentiasa melimpah ruah buat bayi tercinta. :)

Kali ni nak post entri tentang tips tambah susu ketika susu tengah kurang. Mesti ada beberapa mummy yang sedang hadapi situasi ini kan? Jangan risaulah u ols...Ni semua perkara biasa. Kilang susu kita pun kadangkala ada menghadapi ujian kemelesetan permintaan serta cabaran stress dan emosi tahap gaban! Nama pun manusia biasa. Selagi hidup di dunia ini, pasti akan ada ujiannya. Cuma terpulang pada kita samada, nak menentang arus (fight! fight! fight!) atau...layan arus...( down, down, down ikut flow....). 

My prinsip is NO! N kita harus pegang prinsip FIGHT! FIGHT! FIGHT!...Jika terdapat cabaran sebenarnya ia bagus untuk kita. Jika dilihat dari sudut positif, ujian tersebut sebenarnya lebih membuatkan kita bertambah kuat (jika kita berusaha melawannya) dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta pengalaman kita dalam perjuangan penyusuan. So, insyaallah, untuk penyusuan anak seterusnya, kita akan lebih matang, n silap2 jadi idola pula kepada adik-beradik lain atau rakan2 tersayang...

TIPS SIMPLE KETIKA SUSU KURANG:
1. Hasil pam sikit (tenang saja, janji jaga waktu pam selang tidak lebih 3 jam. Insyaallah esok lusa production akan pulih semula)
2. Rangsang Let Down Reflex (yang ni, tunjang utama pancutan susu. Mummy mesti happy, makan minum mencukupi n badan sihat. Kadang2 susu banyak, tapi LDR pulak tak 'function'. Jadi, susu tu elok ja tersangkut dalam 'breast' tak mau keluar.)
3. Kerap 'direct feed'. (Ambil peluang nyusukan anak puas2 ketika bersama baby.)
4. Jangan terlalu memaksa diri untuk capai target hasil perahan susu. (relaks ja, Hasil pam tu, as a guide saja. Kalau tak larat buat power pumping malam2. Kerapkan direct feed ketika di rumah dan jangan sesekali SKIP waktu pam ketika berjauhan dengan bayi. Insyaallah keadaan akan pulih semula).

makanan sunnah


Antara makanan dan minuman yang boleh membantu pertambahan susu ibu:


Makanan

1. water chestnut/sengkuang cina
2. kobis
3. halba 
4. laici
5. longan
6. daikon/lobak putih
7. sawi
8. kailan
9. tenggiri
10. bayam
11. peria
12. jantung pisang
13. tembikai
14. lobak merah
15. Madu lebah asli
16. sayur pegaga atau ulam segar
17. pucuk manis
18. kurma
19. kucai +tauhu+tougeh
20. petola
21. kentang rebus
22. roti
23. biskut marrie
24. daun turi
25. ikan semua jenis ikan-ikan yu,ikan sardine, tuna, salmon
26. kacang buncis
27. cheese
28. planta

Minuman:

1. air masak
2. susu
3. soya
4. nestum
5. oat
6. horlick
7. milo
8. jus buah-buahan
9. jus betik
10. honeydew
11. rebusan buah pala
12. spirulina
13. air kelapa
14. rebusan air halba
15. jus kurma

Kurangkan atau elakkan:

1. Minum ais
2. Nescafe
3. Kerap skip pam susu
4. Stress
5. Makan ubatan sembarangan

Langkah terakhir (saya tak galakkan sangat, guna jika perlu sahaja):

Ambil 'milk booster'

1. Pil ASI
2. Minuman herba fenugreek
3. Coklat 'milk booster'

NOTA KEJAYAAN PENYUSUAN: Setiap ibu, secara fisiologinya berbeza tahap penerimaan masing-masing kepada makanan atau minuman yang tersenarai di atas. Jadi, kita sendiri harus kenalpasti apa yang sesuai dengan kita.

Cuba setiap makanan dan minuman yang tersenarai. Yang mana memberi kesan kepada pertambahan susu, sila rekodkan. Dan jika boleh selang-selikan pemakanannya supaya sistem badan kita tidak menjadi statik kepada 'milk booster' tersebut.

Sekian sahaja kali ini. Jumpa lagi kita di lain masa. 

All the best!

~ menyusu itu indah ~

Salam sayang,

atia




Thursday, November 20, 2014

SEBAB SUSU KURANG !

susu kurang

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam sayang to all breastfeeding mommies... Semoga happy selalu dan susu melimpah ruah hendaknya. :)

Jika susu sedang merudum, harap u alls tak perlu risau sangat. Tenang-tenang saja dan cuba kenalpasti punca penyebab susu kurang tuh... Insyaallah, esok lusa atau seminggu dua production akan meningkat semula.

Kalau kita terlalu risau sangat, secara tidak langsung dan dengan tidak disengajakan, susu lebih berkurang, sebab hormon stress tu pulak lebih tinggi daripada hormon prolaktin (hormon pencetus susu ibu) kita. So, jangan 'drag' lama-lama sangat kerisauan tu.

Macam kilang biasa juga (tak kiralah kilang roti, kilang mee dan lain-lain), kalau pihak pengurusan dan bahagian operasi terlalu memikirkan tentang masalah kecil contoh staf tak datang kerja, atau bil elektrik naik dan lain-lain...Manalah kecekapan pengeluaran, kualiti dan lain-lain dapat difokuskan lagi.

Camtu jugaklah kiranya kilang susu kita. Dok sibuk risau susu kurang je...Tak cuba atasi dengan kenalpasti masalah tu, makan makanan berkhasiat, berehat n lain-lain...Memang tak sempatlah nak hantar 'signal' ke otak supaya tingkatkan pengeluaran susu ibu.

So, tenang2 saja ya. Banyakkan berdoa kepada Allah, agar dicukupkan penghasilan susu ibu.

Hasil stok susu yang banyak, hasil pam sebotol penuh sebenarnya tidak menjamin kejayaan penyusuan hingga 2 tahun ya. Ada ibu yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (pam susu hari ini untuk esok atau kegunaan sekejap lagi contohnya), berjaya menyusu sepenuhnya lagi. (Memang sangat 'respect' dengan kecekalan dan ketabahan hati mereka. Kalau leh kasi pingat "Jasa Negara" dah kasi dah wehh...) Hehe... :D

Apapun, all the best to u mommies... Didoakan kita semua berjaya menyusukan anak-anak sehingga 2 tahun. Amin...

~ Menyusu Itu Indah ~

Salam kasih sayang penuh cinta,

Atia



Monday, November 17, 2014

Kisah Mengharukan – Bagaimana Sepasang Suami Isteri Menjadi Kaya Dalam Masa 7 Hari

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam all, entri kali ni amat menarik untuk dikongsikan. Saya suka kisah ini dan saya ingin kongsikan kepada anda, mana tahu anda juga sukakannya... :) Credit to link http://www.writeritory.com/suami-isteri-kaya-dalam-masa-7-hari/ .
Artikel ini mengisahkan bagaimana sepasang suami isteri menjadi kaya dalam masa 7 hari melalui 2 amalan berkesan. Ia adalah adaptasi daripada video Ustaz Yusuf Mansur dan saya jadikan ia kepada penulisan.
Sebuah kisah benar di Indonesia. Sepasang suami isteri mempunyai dua orang anak. Mereka tinggal di rumah sewa yang kecil. Sekitar 75 ribu rupiah pada tiap bulan.
Anak ketiga mereka bakal dilahirkan. Jadi si isteri bertahajud dan meminta kepada Allah dideraskan rezeki suaminya supaya dapat berpindah ke rumah sewa yang lebih besar bernilai 150 – 200 ribu rupiah pada tiap bulan.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya.
Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya.” (Riwayat Abu Daud)
Di kala isteri berdoa, suaminya melihat lalu dia juga bangun dan mengaamiinkan doa isterinya. Suaminya seorang jaga. Bagi fokus untuk bertahajud selama 7 hari, pada suatu hari suaminya memaklumkan kepada bosnya minta shift pada waktu pagi hingga petang sahaja.
Penjaga
Apabila ditanya kenapa, suami menjawab untuk bertahajud kerana ada hajat. Alhamdulillah bosnya bersetuju. Lalu si suami dan isteri saling bergabung bertahajud secara berjemaah dan berdoa dapat pindah ke rumah sewa yang lebih besar dan selesa.

Sedekah – Beri Tenaga Jika Bukan Harta

Firman Allah,
“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh).
Mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya).
Dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.” (Surah As Sajda: 16)
Dalam ayat di atas, daripada perkongsian Ustaz Yusuf Mansur, dia menekankan suami isteri itu terlepas pandang tentang sedekah setelah bertahajud.
Kerana mereka orang susah. Jadi, mereka tidak fikirkan mereka patut bersedekah kerana mereka sendiri orang yang tidak berkemampuan.
Tanda-tanda kita layak dapat pertolongan Allah adalah apabila kita meminta pertolongan Allah.
Sujud
Mereka memulakan tahajud pada hari Isnin. Allah mengkehendaki mereka bersedekah pada hari Khamis. Adik ipar suami itu datang ke rumah mereka. Adik iparnya itu mahu pergi ke Surabaya.
Bagi permudahkannya, dia mahu menghantar anak-anaknya kepada abang iparnya. Si suami mulai runsing. Manakan tidak, dia melakukan tahajud supaya dideraskan rezeki berpindah ke rumah sewa yang lebih besar.
Inikan pula, adik iparnya mahu dia menumpangkan anak-anaknya di rumahnya. Dia runsing kerana ruang rumah sewanya yang kecil. Selesai berbual dengan adik iparnya, si suami takut jelaskan kepada isterinya. Khuatir tidak setuju.
Alhamdulillah, ketika si suami berdoa dalam tahajud bersama isterinya, isterinya memahami dan menerima anak-anak adik iparnya. Si suami bersenang hati. Selari dengan hadis,
“Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat.
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dia sanggup mengubah suai rumahnya sedikit, supaya ada ruang untuk anak-anak adik iparnya.
Dalam hal ini, mereka mungkin tidak mampu sedekah dengan wang, tetapi mereka sedekahkan ruang rumah sewa mereka dan tenaga mereka untuk menjaga anak-anak adik ipar si suami itu.

Terima Rumah Besar Daripada Bos

Suatu hari, si suami dipanggil oleh bosnya. Permintaan untuk tahajud 7 hari telah selesai. Pada mulanya bosnya mengatakan pada hari Isnin nanti, dia tidak perlu datang kerja.
Si suami risau dan bertanya kenapa, adakah ia bermaksud dia diberhentikan kerja. Selepas itu bosnya berkata, dia terkejut ketika si suami meminta tukar shift pagi hingga petang sahaja untuk bertahajud.
Rumah besar
Hasil daripada itu, dia percayakan si suami itu untuk menjaga rumahnya selama dia di luar negara. Si suami mengangkat tangan tanda bersyukur kepada Allah. Dia begitu terharu dengan pemberian Allah.
Dia tidak perlu bayar sewa, malah diberikan gaji pula untuk menjaga rumah itu. Bosnya juga membenarkan dia membawa anak-anak adik iparnya itu. Begitulah mudahnya apabila kita meminta kepada Allah, walau ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
“Put your trust in Allah, and everything will be fine.”

Allah Maha Mengabulkan

Pernahkah kita benar-benar bersandarkan sesuatu kepada Allah? Adakah kita benar-benar menjadikan Allah sebagai tempat munajat kita?
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku.” (Surah Al Baqarah: 186)
Adakalanya kerana kita yakin sendiri kita bakal sampai ke suatu destinasi, kita tidak membaca doa sebagai tanda meletakkan sandaran kita akan sampai dengan izin Allah. Berbeza dengan suami isteri seperti kisah di atas. Mereka meminta kepada Allah sesuatu yang tidak terjangkau dek logik akal.
“Jangan pernah bertanya kepada otak yang terbatas.” – Ustaz Yusuf Mansur

Berapa banyak (oz) stok susu yang perlu disediakan semasa berpantang?

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam dear mommies n all breastfeeding mummy... Haishh baru beberapa hari tak post blog, ada yang rindu daa...so sweet of u...Syukur alhamdulillah..Bila ada mummy yang support, semangat sikit nak menulis. Kalau tak rasa cam syok sendiri pulak berceloteh sengsorang... Hihi... :)

Ok, post kali ni ialah persediaan kita semasa berpantang nanti, especially untuk mummy yang bekerjaya. Yelah, start kerja nanti, kita akan tinggalkan bayi. Bagi memastikan perjuangan penyusuan diteruskan, bersiaplah dari awal, agar bekalan stok anda sentiasa mencukupi walaupun terdapat cabaran emosi, kekangan masa dan pelbagai lagi yang menanti kita di masa hadapan. 

Ingat 2 tahun sekejap je...lama kot...lagi pulak untuk first time mummy...Banyak cabaran tuu..banyak susah senang yang perlu dihadapi... Mr. Husband, pls jadi MR. PERISAI a.k.a MR. MOTIVATOR a.k.a MR. SUPPORT with LOVE kepada isteri tercinta okeh...Ohh...tak lupa juga orang2 sekeliling...yang paling rapat ngan mummy... Pls do support perjuangan mereka ya... Semoga Allah mudahkan urusan anda kerana memudahkan urusan orang lain...Insyaallah... :D

Okeh, berapa banyak (oz) ni nak kena siapkan? Berdasarkan pengalaman saya, memang banyak lah kena buat. Sebabnya...ada macam2 perkara mendatang yang kita tak jangka di pertengahan jalan... Contoh cam "Pregnant" ke...(Hihi...sayalah tu...Pls be aware ya..Pregnant akan menyebabkan susu berkurang...Hormon tu..Hehh..tak jugak sebenarnya time pregnant dah malas nak pam susu..Sebab sakit tuu...Siapa yang pernah rasa..Time pregnant, breast sensitif kan... Bila LESS DEMAND = LESS SUPPLY... So, kena kembali kepada asas brestfeeding nih...) 

Kadang pulak, ada mummy yang kena pi kursus lama2...ha..camana tu..Kalau setakat kursus dalam kelas je takpe lagi...Leh gak guna trick..bangun tetiba konon nak pi tandas..(padahal nak pi pam susu sat, 5 minit. Trick ni kena pastikan botol susu kosong (5oz) dah ada dalam poket.) Ni kalau jenis kursus kat luar dalam hutan contohnya, cam kursus "Team Building" ke...Cam leceh peluh2 tu nak perah susu kan..kalau terkena situasi ni jangan panik k. Takpe skip pam untuk hari tu. Tapi malam pls qada' balik dengan buat double/ triple pam. Ganti balik berapa kali dah skip. Kalau pagi- petang patut pam 4 kali, malam qada' balik 4 kali (tidak termasuk regular session waktu malam okeh...ada faham...ngeee... :D )

Sian kan. dari tadi tak kuar lagi formula berapa banyak stok nak disediakan. Bukan apa, tak nak nanti u olls tak faham. Punyalah kaitkan ngan pelbagai situasi berkaitan supaya u olls nampak betapa pentingnya sediakan stok nih. (Ini bukan paksaan. Ada mummy, tak sediakan stok, tapi still berjaya fully breastfeed sampai 2 tahun. Tu, ada jugak cabarannya. Cabaran version lain pulak. Time takde stok, mummy akan berjuang dengan cara sama ada sanggup ulang-alik sementara stok dapat di'cover' semula, ambil Annual Leave n macam2 lagi...Still, setiap situasi mempunyai cabaran berbeza..) Yang penting, objektifnya..teruskan breastfeed hingga 2 tahun ya... :)

Oklah, lebih kurang beginilah kot formula saya:

Contoh: Anggaran mummy bekerja 8 jam sehari 
(*Berbeza bagi setiap individu dan bayi)

A. Usia bayi 1-3 bulan (2 oz/ per 2 jam)

Total : 4 sesi minum X 2 oz = 8 oz sehari
Total: 8 oz sehari X 20 hari bekerja = 160 oz sebulan
Total: 160 oz X 3 bulan = 480 oz (3 bulan)

B. Usia bayi 4- 6 bulan (4 oz/ per 2 jam)

Total: 4 sesi minum X 4 oz = 16 oz sehari
Total: 16 oz sehari X 20 hari bekerja = 320 oz sebulan
Total: 320 oz X 3 bulan = 960 oz (3 bulan)

c. Usia bayi 6- 24 bulan (5 oz/ 2 jam) + biasanya bayi sudah dimulakan dengan makanan tambahan

Total: 4 sesi minum X 5 oz = 20 oz sehari (atau mungkin kurang)
Total: 20 oz sehari X 20 hari bekerja = 400 oz sebulan
Total: 400 oz X 18 bulan = 7200 oz (18 bulan)

TOTAL keseluruhan = 8640 oz

NOTA: Panduan di atas adalah bertujuan sebagai 'guideline' sahaja. Keperluan setiap bayi dan bekalan setiap ibu berbeza. Mudahan dengan panduan yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu anda menyediakan bekalan stok yang mencukupi.

ASAS KEJAYAAN: Tidak semestinya mempunyai bekalan stok susu yang banyak menjamin kejayaan penyusuan sehingga 2 tahun. Ada ibu yang tetap berjaya tanpa penyediaan stok bekalan yang mencukupi. Yang penting faham asas penyusuan iaitu MORE DEMAND = MORE SUPPLY.

Huissh..cam banyak..Gilerr apa, ingat kilang susu lembu ke nak dapat hasilkan amaun yang banyak cam ni...Memang pun...Saya sendiri pun tak pernah capai jumlah sebanyak itu..Panduan di atas ialah strategi saya selepas bersalin anak keempat ini. Doakan ya... :)

Tips:

1. Mulakan pam susu untuk stok seawal mungkin (3 hari selepas bersalin pun dah boleh start).
* Jangan marah saya jika akibat dari tindakan ini, susu time berpantang melimpah2. Sebab memang pun kalau MORE DEMAND = MORE SUPPLY.

2. Contoh strategi : 

2 bulan berpantang (60 hari) = 60 hari X 3 oz X 10 kali pam susu = 1800 oz
22 bulan bekerja (660 hari) = 660 hari X 5 oz (stok susu lebih) = 3300 oz

* Anggaran jumlah oz diambil ialah berdasarkan sekiranya anda konsisten pam susu dan menjaga prinsip asas MORE DEMAND = MORE SUPPLY, insyaallah bekalan susu anda pam ketika sudah mula bekerja akan berlebihan daripada jumlah yang diperlukan. Stok susu yang berlebihan boleh dijadikan stok tambahan dan susu yang dipam ketika waktu berpantang sepatutnya sudah mula digunakan dengan nisbah 1/ 4 (1 susu beku/ 3 susu perahan segar).

NOTA: Untuk makluman, stok paling banyak yang berjaya dikumpul saya hanyalah lebih kurang 1000++ oz sahaja kot. Sebab waktu berpantang anak kedua saya cuti berpantang 90 hari dan mula pam anggaran hari ketiga selepas bersalin.

3 oz X 86 hari X 5 kali pam susu sehari = 1290 oz

Tetapi, alhamdulillah saya tetap berjaya menyusukan beliau sehingga 2 tahun. Saya teruskan penyusuan ketika hamil anak ketiga dan campur sedikit dengan susu formula (dicampur tanpa kerelaan) ketika 5 bulan hamil. Yang ni, terselit kisah sedih disebaliknya. Saya diuji dengan sikap memandai pembantu rumah yang top up anak saya dengan susu formula tanpa pengetahuan saya... :,( Ishh...sedih...tetapi ada hikmah disebaliknya. Iaitu harus sentiasa pantau setiap tindakan 'maid' nih..

Dan seterusnya anak ketiga ini (sekarang sedang hamil anak keempat), saya masih lagi menyusukannya secara 'direct' dan dicampur sedikit dengan susu formula disebabkan 'pregnant' kali nih..saya mengalami alahan yang agak teruk, dan bila stop pam susu...Susu makin kurang. Tetapi 'direct feeding' masih diteruskan hingga bersalin nanti. Insyaallah...

2 months
Gambar ketika pregnant 2 bulan bersama Anas (sekarang 1 tahun 7 bulan)


Oklah..rasanya setakat ini sahaja dulu celoteh saya pada kali ini. Moga bermanfaat. Semoga berjaya diucapkan kepada mummy2 yang sedang berpantang. (Abaikan gambar yang tiada kaitan dengan 'tajuk entri' :p)

Kepada yang masih menyusukan, semoga berjaya hingga 2 tahun.

~ Menyusu itu indah~

Salam sayang,

atia

  

Thursday, November 6, 2014

Memilih breastpump TERBAIK!

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam sayang to all mummy to be, mummies n rakan seperjuangan. Moga kalian sentiasa di bawah lindungan serta rahmatNya.... :)

Ok, post pada kali ini ialah saya ingin memberi panduan bagaimana anda memilih breastpump terbaik buat anda. Memandangkan ada mummy yang bertanya, so di sini saya ingin kongsikan tipsnya. Secara ringkasnya anda boleh mengambil kira perkara asas berikut:


  1. Pam yang tidak menyakitkan dan selesa.
  2. Pam yang portable dan mudah di bawa ke mana2.
  3. Tidak terlalu berat.
  4. Pakej yang berbaloi.
  5. Tahan lasak.
  6. Jimat masa.
  7. Spare part yang murah dan mudah dicari ganti.
  8. Perkhidmatan servis jika rosak serta mudah untuk didapati.


Jika anda mempunyai duit serta bajet yang lebih, pasti tidak mempunyai masalah untuk memilih mana yang terbaik tanpa mengambil kira jumlah harganya. Tetapi untuk mummy seperti saya (yang pendapatan agak sederhana) banyak juga perkara yang perlu diambil kira. Siannn kann... Hee...:)

Ok, disenaraikan juga antara pakej pam yang pada pandangan saya agak murah dan berbaloi untuk anda miliki. Jemput tengok ya! (Penat i buat analisa untuk u olllsss tau....Demi memudahkan urusan u ollss..It's ok guys...) :D

Tadddaa...





Nak tengok pilihan lain, sila ke link: https://www.facebook.com/qashrinaboutique  atau boleh juga whatsapp/ sms/ call 0173318548.

Kalau u olls perasan, kebanyakan pakej breastpump di atas hampir complete dengan cooler bag, ice pack n storage bags. So, buatlah pilihan terbaik. Untuk makluman u olls juga, pakej di atas antara yang terlaris n terhangat di pasaran sekarang. So, cepat dapatkan review tentangnya...N pilih mana2 pakej yang telah buat u olls jatuh cinta okeh!... Insyaallah...banyak gak jimatnya tu...

Okey u olls, sekian untuk kali ini. Moga bermanfaat. Jumpa lagi! :D

~Menyusu itu indah~

Salam sayang,

atia




Wednesday, November 5, 2014

Berapa banyak susu ketika berpantang ?

kosmo berpantang
gambar ihsan kosmo

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam to all mummies n rakan seperjuangan penyusuan. Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah serta perjalanan penyusuan kalian berjalan dengan lancar hendaknya.

Lately, banyak pula keyword mummy dok google berapa banyak susu boleh dapat time berpantang. Surely, mestilah kebanyakannya ialah mummy2 yang first time tak pun yang dah jadi mummy tapi baru nak berjinak2 dengan dunia penyusuan. It's ok. Bagus sebenarnya bila kita berusaha mencari ilmu. Gali sebanyak mungkin ilmu ni. Lebih banyak kita mencari, lebih luas pengetahuan dan pengalaman kita. Dan bila dah ada ilmu, jangan kedekut untuk share... Sebabnya, lagi banyak kita sharing ilmu kita, insyaallah lagi banyak juga Allah berikan ilmuNya kepada kita... Amin... Ingat ini je, "what u give, u get back"... :)

Ok, simple story, secara asasnya, mummy2 kena tahu dan jelas bahawa breastfeeding nih ialah naluri semulajadi seorang ibu. Susu akan mengalir apabila terdengar tangisan bayi tercinta. Tapi anda WAJIB tahu bahawa, breastfeeding ni, perlukan latihan juga. Kesilapan majoriti mummy di luar sana ialah apabila mereka tiada ilmu tentang breastfeeding dan lebih memburukkan keadaan, dikelilingi pula dengan "golongan2 (0 knowledge breastfeeding) " juga. Tak kuat semangat, memang kalahlah di pertengahan jalan. Mulalah kita top up baby dengan susu formula.

Secara ringkasnya, kita perlu tahu asas berikut:

  1. Cara pelekapan mulut bayi yang betul
  2. Teknik penyusuan
  3. 'Hint' tangisan bayi (nangis tak semesti nak nyusu je manjang...kot pampers basah ke..kembung perut ke...)
  4. Masalah nipple tenggelam
  5. Emosi yang stabil
  6. Stamina dan tahap kesihatan ibu
  7. Puting yang tersumbat
  8. Bengkak susu

dan..banyak lagi...

So, kesimpulannya, masalah berapa auns susu mummy dapat sekali perah atau pam itu bukan 'main point' nyer...Target utama kita ialah, berapa kali kita 'create the demand'. Ingat ni, simple jer punn... MORE DEMAND = MORE SUPPLY okeh!

Time berpantanglah syurga menyusu mummy syg oi.... Kerapkan DIRECT FEEDING and pam pula selepas itu. Insyaallah, susu mencurah2...

Saya mula2 pam, adala sesudu dua...Takpun, rasanya kalau tak silap...Adala percik2 sikit kat dinding botol tu. Kalau ikutkan first timer + zero knowledge dulu2, lama dah down...Siap ada yang cakap..."Aik..takde susu tu...." Blrgghhh...terluka hati berdarah jantung dengar...Sentap tu... hee...:D

Nasib dah lalui semua tu dengan tabahnyer...(tabahlah sangat, siap nangis sorang diri malam2, siapalah tahu kan...)

So, friendly reminder sekali lagi....takyah dok sibuk tunggu susu tu penuh sebotol. Pam je...Rangsang je pengeluaran susu...Istiqamah pam...Insyaallah, ia akan meningkat dari sehari ke sehari dengan izinNya... Percayalah!!!....(nyanyi kang lagu Siti...pengsan plak u ollss kan...) hee.... :D

Ok, all the best!

Semoga dipermudahkan...Kuatkan semangat...dan kerapkan menyusu 'direct' + pumping...

~ Menyusu itu indah~

atia



Persiapan ketika hamil

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum bakal mummy, hot mummy n all breastfeeding lovers sekalian?...Syukur alhamdulillah, pada hari ini 5 NOVEMBER 2014 (Rabu) tercapai jua hasrat untuk mewujudkan blog second version, ala2 mummy dah matang gituuu... :D.

Blog www.zahirahzainal.blogspot.com tu zaman muda2 remaja. So, kata2  agak emosi n cam tegang skit kan...So, kalau sesiapa yang masih sudi nak menjenguk blog lama tu, silakan. Mana tahu, posting2 lepas lebih terkesan di hati anda, memandangkan pada zaman tersebut, tersangatlah 'high energy' berjuang untuk breastfeeding. N pada version kali ini, saya masih meneruskan perjuangan breastfeeding, tetapi lebih ke arah memberi motivasi...(bukan paksaan)...eceh ceh... :)

So, post kita pada kali ini ialah 'PERSIAPAN BREASTFEEDING KETIKA HAMIL'. Mesti mummy2 exspecially, first time mummy dah banyak google apa keperluan yang perlu disediakan sebelum bersalin. Terutama, persiapan mental n fizikal untuk menjayakan penyusuan. 

Berdasarkan pengalaman saya yang lepas, macam biasa, kita akan google n bertanya sebanyak mungkin tentang breastfeeding nih! Tak kiralah cara menyusu, cara tambah susu, cabaran penyusuan, kelengkapan penyusuan n lain2 lagi yang berkaitan dengannya.

So, untuk diringkaskan cerita, tak perlu susah2 n fikir banyak. Saya dah 'shortlisted' kan perkara penting yang WAJIB ada untuk persiapan kalian. Lain2 tu, jika kalian nak beli n adakan juga, kiranya cam bonuslah pada u olls...Sebab bukan semua mummy n daddy mampu sediakan segala keperluan selengkap mungkin ye tak. N silap2, segala yang dibeli tu, akhirnya jadi perhiasan almari kaca untuk tatapan anak cucu akan datang...hehe... (sebab last2 bukan pakai pun...hehe..)

Untuk first time mummy to be...tanda anda hamil ialah....TADAAA.......
double line...Yay!!!


So, persiapan kelengkapan anda ialah:

Keperluan semasa hamil
  1. Baju hamil (beli maximum 5 sahaja, jika anda ada ramai kakak.hehe...saya ramai kakak ipar yang baik hati...)
  2. Nursing bra (boleh start beli dan pakai)
  3. Pemakanan sunnah (kurma, kismis, delima, habbatus sauda, minyak kelapa dara dll)
  4. Breast pam (better double electric pump)
  5. Milk storage (plastic bag)
  6. Cooler bag
  7. Ice pack
  8. Botol susu dan puting susu (untuk kegunaan di rumah pengasuh) maximum beli 10 botol sahaja
  9. Baju baby (beli maximum 10 pasang dahulu)
  10. Stokin dan sarung tangan baby (beli maximum 5 pasang dahulu)
  11. Pampers baby (saiz S)
  12. Kain batik (pinjam dari mak, kakak @ kawan baik, jangan beli kalau anda bukan pengguna tegar kain batik)
  13. Set berpantang (Elakkan yang berjamu, takut anak kuning. Cadangan beli set TANAMERA)
  14. Disposable panty (Cukup2 untuk kegunaan time nifas sahaja. Anggaran dalam 40 - 60 pcs. 1 pek ada 5 pcs. Beli sikit2, sebab ada mummy yang nifasnya sekejap je. Beli banyak2 dah macam nak bukak kedai pulak. hihi...) 
  15. Pad (Beli pad yang ada wing+ overnight+ long 28cm. Ni lebih selesa.)
  16. Stokin 5-7 pcs (Ankle sock je. Zaman sekarang musim panas)

Keperluan selepas bersalin

1. Beli car seat (jika tak dapat hadiah)
2. Beli stroller (jika tak dapat hadiah)
3. Beli baju baby lagi (jika tak dapat hadiah)
4. Beli mainan rangsangan baby (1-2 cukup. jika tak dapat hadiah)
5. Beli freezer (jika mampu n berniat nak buat stok susu banyak. Range harga RM500- RM1000. Beli time sale ya. Search di Lazada pun ok...)

Amalan semasa berpantang

1. Start buat stok susu (seawal 3- 5 hari lepas bersalin pun boleh)
2. Makan makanan berkhasiat dan amalkan makanan sunnah
3. Minum air yang mencukupi
4. Pakai bengkung 44 hari

Sebelum bekerja
1. Beli corset atau girdle (1-3 pcs. Sebab time ni perut masih lembut lagi. Dah lepas sebulan atau 44 hari, teruskan pakai gidle atau korset kalau rasa leceh nak pakai bengkung. Teruskan pakai sampai sekurang-kurangnya 6 bulan, sehingga perut dah betul2 tegang dan kempis semulajadi.)
2. Semak bekalan stok susu. (Capai target tak untuk bekalan selama mungkin.)

Amalan ketika bekerja
Teruskan mengepam susu mengikut jadual penyusuan bayi. (Setiap 2-3 jam sekali)

Ok, agak-agak lengkap tak keperluan di atas. Actually senarai di atas ialah perkara dan keperluan yang WAJIB ada bagi memastikan kejayaan perjalanan penyusuan anda. Sekiranya ada duit lebih, bolehlah lengkapkan keperluan yang lain. Tetapi, personally, yang lain-lain tu saya rasa kurang perlu, dan untuk anak kedua dan seterusnya saya tak beli pun. Banyak dapat dari hadiah ketika saudara-mara atau kengkawan datang melawat ketika berpantang dan yang benda selain dari di atas sudahnya saya buat perhiasan n dijadikan tempat 'spider' membina sawang dengan jayanya...huhu...

Ok, sekian untuk kali ini. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda.

Menyusu itu indah. Tetapi bukan mudah. 

Lengkapkan diri dengan ilmu dan banyakkan berdoa. Cabaran tetap ada, semoga anda tabah menghadapinya. Rajinlah 'google' cara mengatasi masalah tersebut. Ingat! Bertanya pada yang BERJAYA breastfeed. Elakkan terpengaruh dari kata2 yang boleh downkan semangat anda. Tetapi, ia juga bukan lesen untuk anda merasa anda hebat dan berhak melawan mereka. Iyakan saja pandangan mereka dan yakinkan mereka bahawa anda pun sedang mencuba, jika gagal baru anda akan menggantikan dengan alternatif lain.

Semoga berjaya! Selamat menyusu sehingga 2 tahun. 

Permudahkan urusan mereka dan kami semua ya Allah...

Breastfeeding with love,

Atia