Monday, December 22, 2014

PENTING: Berpantang & proses belajar kemahiran breastfeeding

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam sayang dan rindu dari saya buat semua pembaca setia blog tidak seberapa ini. Semoga ia sentiasa bermanfaat buat anda semua selagi ia masih berada dan wujud di ruang maya ini. Insyaallah... :)

Dah beberapa hari tak sempat nak update blog disebabkan busy membalas email mummy2 jelita semua dan thanks so much kepada semua mummy yang still continue 'consult' bersama saya (update terkini di sini https://www.facebook.com/menyusuituindah). Mana-mana mummy yang berminat boleh baca lanjut di sini dan mohon daftar awal, sebab setiap hari ada saja mummy yang join dan mummy jelita semua harus Q maklumbalas mengikut siapa yang terawal ya. Insyaallah, segala maklumbalas terbaik akan diberikan sebagaimana saya meletakkan diri saya di tempat mummy yang sedang 'struggle' sekarang ni. :)

Ok, pada kali ini saya nak tekankan tentang pembelajaran penyusuan ketika berpantang. Memandangkan ramai juga mummy yang sedang berpantang ketika ini, so saya nak share sikit ilmu saya yang tidak seberapa supaya dapat memantapkan sikit ilmu first time mummy dalam dunia breastfeeding nih.

Proses breastfeeding ketika berpantang boleh dipecahkan kepada:

  1. Proses pengenalan dan latihan
  2. Proses peningkatan skil menyusu
  3. Proses penyediaan kelengkapan sebelum mula bekerja


Ok, jom saya explain lanjut sikit ya.

Proses breastfeeding ketika berpantang boleh dipecahkan kepada:

Proses pengenalan dan latihan
Mulakan belajar teknik menyusu yang betul iaitu cara 'latching' (teknik lekapan mulut bayi). Untuk mummy yang mempunyai masalah 'inverted nipple' memang agak struggle, tetapi usah risau, ramai mummy yang mempunyai masalah yang sama telah berjaya meneruskan penyusuan bayi mereka sehingga 2 tahun. Anda boleh gunakan picagari yang telah diubahsuai (boleh dapatkan dari klinik kerajaan) untuk menarik nipple anda sebelum setiap kali ingin menyusu. Dan insyaallah, lama kelamaan, nipple tersebut akan timbul.

Kemudian teknik 'position'. Pelbagaikan position menyusu anda (ada macam2 gaya. Pilih yang paling selesa untuk kedua-duanya). Terutama cara menyusu ketika berbaring mengiring (untuk mummy yang pertama kali kebanyakannya menyusu sambil duduk kan... :D. Takpe...biasalah tu, mula2). Teknik menyusu baring ni, paling bahagia dilakukan ketika waktu malam atau ketika mummy pun tidur di sebelah baby. Cara penyusuan ni paling best, sebab mummy dapat breastfeed dengan lebih relaks.

Pastu, belajar kesan kehadiran LDR (Let Down Reflex) pula. Setiap kali menyusu, kalau u ols perasan ada certain minit, tetiba je susu macam mengalir lebih laju kan. Tu dia lah tu... Kalau boleh ada digital time lagi best. Supaya nak kesan time mengepam nanti, sama tak waktu kehadiran dia. Kadang2 kalau kita belum sesuaikan diri dengan pam tersebut, memang mengambil sedikit masa. So, takyah panik kalau tetiba mula2 pam susu, keluar ciput tu perkara biasa. Tu bukan membuktikan hasil sebenar susu kita ya. Semua ni perlukan LATIHAN.

Dah tu, kalau ada masa tengok juga jarak anak menyusu berapa lama, n berapa lama setiap kali dia nyusu. Kebanyakan mummy mula2 kadang2 sampai 30 minit sekali nyusu pada setiap kali. Itupun perkara biasa. Setiap dari kita dan baby adalah unik, so takyahla beza2kan diri kita ngan 'Mak Jemah' sebelah rumah menyusu 10 minit anak dah kenyang. Tu takpe. Kita- kitalah kan. Sebab tu saya kata ni semua perlukan latihan. Maybe LDR dia hadir cepat. So, berlatihla sepuas hati time berpantang nih!. Jangan lepaskan peluang, sebab bila u ols dah start kerja dah mula bz dah... Percayalah...

Proses peningkatan skil menyusu 
Proses ni hasil lanjutan dari teknik yang telah disebutkan di atas tadi. Cuma yang ni lebih kepada kita memantapkan skil tersebut dengan cara mempercepatkan segalanya. Cuba review daily peningkatan tu (kalau boleh). Jangan tunggu dah dekat 60 hari baru nak semak skil kita. Kalau dapat mula awal lagi bagus. Tapi ni semua santai2 je. Takyah panik2 sangat. Actually skil yang saya sebutkan semua tu, biasanya u ols akan kesan sendiri bila dah semakin arif tentang breastfeed nih..Cuma saya sebutkan juga untuk u ols, sebagai panduan jalan pintas untuk mummy pertama kali breastfeed. So, untuk those yang dah expert, layankan jelah yea... :)

Kemudian, dah mantapkan skil di atas tadi, sambil2 tu apply ketika sesi mengepam pula. Gerak kerja sama, cumanya kali ni permintaan susu menggunakan pam. Yang ni pun agak 'struggle' for first time mummy. Memang diakui agak mencabar sikit untuk sebahagian mummy. Tetapi, boleh je. Insyaallah!

Pastu pam pun, mudahnya kalau mummy malas nak berjadual, mummy ikut je jadual baby. Pam setiap kali lepas baby menyusu. Memang mula2 dapat sikit, sebab susu ambil masa nak produce. Tapi u ols tahu tak, bahawasanya susu kita sentiasa dihasilkan pada setiap saat. Even lepas nyusu, kita rasa breast cam dah kosong, n tak berat pun, tapi percayalah, bila u ols dah mantapkan skil hadirkan LDR tu, pada minit ke berapa biasa dia kuar tu, nanti susu tu akan mengalir pada ketika tu. Pancutan LDR ni membantu dalam 0.5oz- 2 oz pada setiap kali ia datang. So, berlatihla ketika time berpantang nih ya. Jangan lepaskan peluang ni. :)

Dah tu, time nak sediakan bekalan stok susu ni, cuba mudahkan setiap perkara. Cara saya:

  • Steril siap2 alatan pam dan botol susu pada waktu malam (contoh 12 malam)
  • Pam pada setiap kali, tak kisah berapa hasil yang dapat, simpan terus di peti bahagian bawah. (biar banyak botol takpe, contoh 5 kali pam, 5 botol). Susun je elok2 dalam peti tu.
  • Tak perlu cuci corong pam setiap kali pam sehingga 24 jam/ 12 malam nanti. (Simpan terus dalam peti sejuk bawah, n gunalah banyak kali dalam masa 24 jam. Pastikan sentiasa menjaga kebersihan).
  • Suhu sama sejuk kesemua susu tu, malam nanti (contoh 12 malam, sama waktu dengan steril peralatan pam) baru satukan susu tu ikut amaun untuk dihantar ke pengasuh nanti (contoh 2.5oz/ 3 oz).
  • Boleh juga kalau nak isi 5 oz sekali masuk (sebab nak jimat space/ bekas storage). Tapi dah start kerja nanti, pastikan dah cairkan susu tersebut, pindahkan dalam botol ngam-ngam 2.5 oz/ 3 oz pada setiap botol. (Part yang ni, nak mudahkan urusan pengasuh kita pulak. Elakkan susahkan mereka. Nyampah jer dia, kalau kita suh dia lak amik sikit2  n asingkan susu tu... :p )

Proses penyediaan kelengkapan sebelum mula bekerja

Setelah step di atas diikuti. Ingin di 'highlight' beberapa perkara:
  • Pastikan rumah pengasuh mempunyai peti ais (jangan terkejut, sebab ada mummy yang mengadu rumah pengasuhnya tiada peti ais. Macam tak logik juga. Maybe pengasuh tu taknak susu kita bercampur dalam peti ais dia, tu alasan terhormatlah kiranya...Wallahualam. :)). Kalau tiada peti ais, tidak mengapa, sediakan 'coleman box' yang kecil tu dengan beberapa ice pack. Lebih banyak icepack lebih tahan sejuknya.
  • Peralatan mengepam semua telah lengkap n berfungsi dengan baik. Maklumlah, dah start bekerja nanti, dah start busy. So, pastikan pam anda dalam keadaan ok n anda pun telah mahir menggunakannya.
  • Milk storage the best is plastic milk storage bag. Sebelum ni, ramai mummy guna botol susu, bekas dadih, tupperware kecil n macam2 lagi kan. Takpe, ikut keselesaan masing2. Tapi, my personal experience, ialah beli je YHAB milk storage bag (100 pcs/ RM29.90). Mudah, murah n jimat space kalau bekukan secara leper. Then, beli je plastic seal kuih tu. Dalam tak lebih RM30 juga. Sebab kalau  ikat pakai gelang getah, nanti kurang jimat space juga. (dia akan jadi gelembung). Kenapa saya cadangkan milk storage bag ni, sebabnya, dah habis pakai, leh buang je terus. Pastu takyah nak buang masa, cuci semula n fikir mana tempat nak simpan botol susu/ bekas dadih, tupperware n lain2 tadi. Dah naik ofis nanti, silap2 habis kita guna bekalan stok susu tu. Yang botol susu beratus2 botol kita beli dulu tu, bolehla buat gantung2 cam tirai tu untuk dijadikan perhiasan. Hehe..gurau je...
  • Botol susu untuk kegunaan rotate hantar rumah pengasuh n kegunaan mummy sendiri untuk simpan susu perahan 10- 20 biji botol susu dah cukup. Takyah beli banyak2. :)

NOTA: Bila mummy dah start bekerja, kebiasaannya penghasilan susu akan lebih teratur dan maintain iku demand. Jarang kita dapat menyediakan bekalan stok lebih seperti waktu kita berpantang. Biasanya, bila dah start kerja nanti, kita cuma maintain kan bekalan stok kita dengan rotate penggunaan susu fresh (baru perah) dan stok beku dalam nisbah lebih kurang 1:5 (1 botol stok beku: 4 botol susu fresh) yang akan dihantar ke rumah pengasuh. 

Memang ada sebahagian mummy yang masih boleh menyediakan stok lebih dari permintaan baby. Tapi kecil sangat % nya. Ataupun kadang2 kita sendiri kalau tersilap makan (milk booster), tetiba susu terhasil luar biasa banyak, ahh..time ni stok memang terlebih. Tapi, bukan setiap hari. Kadang2...So, bersiap sedia ya. ;)

Ok, sekian sahaja setakat ini. Moga bermanfaat untuk first time mummy especially yang sedang berpantang. (Psst...actually tetiba teringat kat Nurul Amirah, TBSB yang sedang berpantang n this entry specially dedicate for u. "Selamat mengumpul stok ya! :)").

Jumpa lagi mummy jelita sekalian,

Salam sayang,

atia


# Diizinkan share di facebook/ blog atau mana2 sahaja media sosial untuk manfaat rakan tersayang. Mohon disertakan link rujukan ya. TQ all. :)



Monday, December 15, 2014

SESI PERTANYAAN PERCUMA

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam to all mommies. Semoga u all sentiasa happy n dipermudahkan segala urusan harian.

Untuk makluman u ols, pada hari ini saya ingin memberi peluang kepada semua mummy untuk bertanyakan soalan jika masih terdapat kemusykilan tentang masalah penyusuan, pengurusan dan sebagainya.

Saya ada post kan di facebook personal saya: Atiyah Zahirah Zainal Abidin dan facebook page: Menyusu Itu Indah.

Sila jangan lepaskan peluang ini, kerana saya hanya FREE untuk beberapa hari sahaja pada bulan ini. Sekiranya berminat, mummy boleh LIKE dan KOMEN post tersebut.

Facebook post:
"Bismillahirrahmanirrahim...

Salam to all mummy yang dirahmati Allah 

Adakah anda atau rakan anda mempunyai persoalan tentang penyusuan?
Adakah anda atau rakan anda seorang yang pemalu untuk bertanya secara terus?
Adakah anda atau rakan anda inginkan privasi bagi setiap pertanyaan anda?
Adakah anda atau rakan anda sedang berpantang dan perlu maklumbalas segera?
Adakah anda atau rakan anda tak kuasa nak ‘google’ jawapan berkaitan penyusuan sendiri?

Sesi PERCUMA untuk 100 terawal (1 soalan berkaitan penyusuan)

Keutamaan diberi kepada kategori:
A. Ibu sedang berpantang dan pertama kali breastfeed
B. Ibu sedang menghadapi masalah dan cabaran kritikal
C. Ibu yang masih eksklusif 'breastfeed' (menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu tanpa air masak dan makanan tambahan lain dan bayi berusia 6 bulan ke bawah)

Sila LIKE dan KOMEN di bawah ‘berminat’ dan kategori anda. (Contoh: BERMINAT A)

Maklumbalas insyaallah akan diberikan di dalam tempoh 24 jam bagi setiap 10 orang untuk setiap hari. Dan begitu juga seterusnya mengikut urutan LIKE dan KOMEN terpantas.

Anda akan menerima arahan selanjutnya melalui PM bermula malam nanti (mengikut urutan yang terawal).

All the best!

~menyusu itu indah~"


So, jika berminat sila BERTINDAK awal! Okeh... :D

Jumpa lagi, insyaallah. ;)

Salam sayang,
atia

Saturday, December 13, 2014

Mengumpul stok susu ketika berpantang

Bismillahirrahmanirrahim

Salam all mommies, semoga kalian sentiasa ceria walau di mana sahaja anda berada. Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog ini, dan teruskan mengikuti blog saya dari semasa ke semasa bagi memastikan anda tidak terlepas dengan perkongsian dari saya. :)

Ok, pada kali ini, simple tips yang saya ingin kongsikan ialah bagaimana memudahkan urusan menyediakan stok ketika berpantang.
ebm



Tips mudahkan setiap perkara
1. Mengumpul stok susu ketika berpantang:
a. Mulakan memerah susu seawal 3 hari selepas bersalin (jika mampu)
b. Steril peralatan pam pada tengah malam (pastikan kering)
c. Corong pam disimpan terus ke dalam peti sejuk untuk kegunaan seterusnya (boleh digunakan berulangkali sehingga 24 jam dan tidak perlu dicuci pada setiap kali ingin mengepam)
d. Hasil susu perahan tadi disimpan terus ke dalam peti sejuk bahagian bawah (bukan beku) dan begitulah seterusnya.
e. Pada waktu malam, sekalikan hasil susu perahan tadi (apabila kesemuanya telah sama2 sejuk) dalam amaun 2.5 oz/ 3 oz setiap botol/ bekas simpanan
f. Stok yang telah disimpan di dalam amaun yang kecil tadi boleh mula dipindahkan ke peti sejuk bahagian beku pada waktu malam

NOTA: Pastikan semasa proses mengepam kebersihan sentiasa dijaga.

Mudahkan urusan pengurusan penyusuan untuk kemudahan anda.

Insyaallah anda boleh! 

Take care mummy! <3

Wassalam,

~menyusu itu indah~

Salam sayang,

atia

Friday, December 12, 2014

PERKHIDMATAN KAUNSELING PENYUSUAN SECARA PERIBADI

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam all lovely mommies. Semoga kalian sihat hendaknya, serta bertambah2 ilmu penyusuan sentiasa. Didoakan semoga urusan kita semua sentiasa dipermudahkan Allah SWT. Amin... :)

Dear mummy, pada kali ini saya ingin kongsikan suatu idea yang baru, di mana dengan izin Allah telah diilhamkan pada suatu malam. (Alkisah...) 

Seperti biasa, ramai di antara kita ketika terdapat masalah penyusuan akan:
  • Abaikan begitu sahaja
  • Cari alternatif mudah (mana yang sempat sahaja)
  • Bertanya kepada sesiapa (kawan persekitaran, kebiasaanya tiada ilmu dan pengalaman dalam breastfeeding)
  • Google jawapan sendiri (jika temui maklumat betul tidak mengapa, bagaimana jika terbaca kisah pengalaman yang sama tetapi gagal dalam penyusuan?)
  • Bertanya sesama rakan seperjuangan menyusu yang berjaya (yang ini, insyaallah selamat)
Berapa ramai yang rajin:
  • Mengikuti kursus penyusuan berbayar atau PERCUMA (yang dianjurkan di klinik kerajaan)
  • Berjumpa pakar laktasi
  • Membaca buku berkaitan penyusuan
  • Membuat penyelidikan dan kajian terperinci daripada sumber-sumber yang tepat dan diiktiraf

Tidak ramai bukan. Termasuklah saya (masa anak pertama sahaja rajin ikuti kursus, kerana excited punya pasal... :D ). 

Kenapa ramai yang tidak rajin?:
  • Leceh nak keluar rumah (terutama jika sudah mula berpantang)
  • Tidak sanggup keluar rumah hadapi 'jammed'
  • Hari kursus yang dianjurkan tidak dapat dipenuhi (kerana terdapat urusan lain)
  • Join kursus, tetapi tidak semua soalan atau masalah yang dihadapi terjawab
  • Join kursus, tetapi penerangan yang diberikan terlalu umum dan asas
  • Malu nak bertanyakan soalan, walaupun peluang diberikan

Disebabkan masalah-masalah itu, dengan izin Allah maka tercetuslah idea saya untuk menyediakan perkhidmatan ini iaitu sesi soal jawab berkaitan penyusuan yang khusus dan fokus kepada masalah yang dihadapi oleh mummy sendiri (yang mana saya rasa tiada lagi disediakan oleh mana-mana pihak, kalau sudah ada maaf, mungkin saya yang tidak tahu atau perasan).

Kelebihan sesi ini ialah:
  • Lebih PRIVASI
  • Soal jawab lebih fokus kepada masalah yang dihadapi
  • Maklumbalas segera, insyaallah
  • Maklumat daripada orang yang telah berjaya serta berpengalaman dalam bidang penyusuan
  • Jawapan yang praktikal dan mudah untuk diikuti 
  • Jawapan bertulis boleh dibaca berulang kali dan dijadikan rujukan untuk akan datang
  • Tidak perlu keluar rumah 
  • Tidak perlu mengeluarkan modal yang mahal
Kenapa anda perlu yakin dengan perkhidmatan saya?

  • Saya sendiri telah berjaya meneruskan penyusuan untuk ketiga-tiga anak saya sehingga 2 tahun dengan izin Allah
  • Pengalaman adalah guru terbaik yang tidak boleh dibeli dan didapati dari mana-mana pihak
  • Saya seorang yang rajin membuat 'research' melalui fakta yang tepat (sanggup merujuk daripada pakar dan menelaah pelbagai buku tentang penyusuan tidak kira hasil tulisan dari Malaysia mahupun luar negara)
  • Saya seorang yang suka melihat bukti dan hasil (sanggup mencari rakan yang berjaya untuk sesuatu masalah penyusuan dan menjadikan ia sebagai inspirasi kepada saya dan juga rakan seperjuangan lain)
  • Saya seorang yang proaktif (sejak dari mula jatuh cinta dalam dunia breastfeeding, kerap ringankan mulut berbual dengan rakan seperjuangan lain serta berkongsi masalah penyusuan= lebih banyak ilmu dapat digali melalui pengalaman berbeza)
  • Saya seorang blogger untuk blog "my breastfeeding journey': fokus tentang penyusuan (sejak dari itu saya telah membina 'networking' dan membantu mummy2 yang bermasalah dalam penyusuan secara tidak langsung)

Bagaimanapun, kejayaan penyusuan mummy adalah hasil usaha mummy juga. Walaupun saya berkongsi ilmu dan pengalaman serta teknik yang betul, jika TANPA kekuatan dan kesungguhan dari mummy sendiri ia tetap tidak akan berhasil. Oleh itu, kejayaan mereka, ialah hasil usaha mereka dan saya hanya berkongsi secebis ilmu yang diizinkan oleh Allah SWT untuk saya pinjam dan miliki.

Kaunseling juga memerlukan 'skill' dan kreativiti. Dan saya sangat yakin dengan bakat saya, Insyaallah. Haza min fadhli rabbi. Segalanya dari Allah jua, tanpa izinNya saya tiada apa-apa.

MAKLUMBALAS MUMMY2 YANG SANGAT SAYA HARGAI:

Puan Zahirah,
Terima kasih atas tunjuk ajar selama ini. Alhamdulillah, atas bantuan puan saya berjaya menyusukan anak sehingga kini sudah 1 tahun 7 bulan, tinggal 3 bulan lagi genap 2 tahun. Walaupun anak pertama saya pernah gagal, tetapi saya percaya atas semangat dan keyakinan yang diberi dan yang paling utama atas izinNya saya berjaya hingga kini.
MRS. H

Alhamdulillah, dgn izin Allah n guidance from atia sy still bf my son , nw 1 y 10 mnths...
Semoga Allah memberkati hidup atia sekeluarga...insyaallah
MRS. B

Salam u, masih ingat i lagi? Syukur alhamdulillah, sedar tak sedar i dah berjaya completekan penyusuan sehingga 2 tahun. 2 tahun lama juga, tapi percayalah, happy sangat bila dah berjaya harungi cabaran yang ada. Hanya kita2 je tau camana rasa tu. Thanks atia. Semoga Allah balas segala usaha awak ni!
MRS. K

Salam Zahirah,
Sebagai nurse, saya banyak diajar tentang teori berkenaan penyusuan. Tapi bila ada anak sendiri, tambahan pula first time mommy, rupanya bukan mudah utk harungi jika kita tiada pengalaman. Apa yang awak share n info2 sebelum ni banyak membantu saya shingga kini, sedar tak sedar saya dah berjaya meneruskan penyusuan anak saya hingga 2 tahun 3 bulan. Thx!N Keep in touch ya!
MRS.NI

Salam , terima kasih diatas info2 
berguna ttg breastfeeding .
Info anda sedikit sebanyak telah membantu saya dalam menjayakan
"fully breastfeeding " nih...
MRS. NN

KATA-KATA SEMANGAT DARI RAKAN SEPERJUANGAN YANG SAYA KASIHI:
(kerana mereka saya teruskan semangat untuk aktif semula. Semoga u all berjaya menyusukan anak dengan cemerlangnya. Amin.. :) )

Trm ksh n tahniah krn kmbali aktif berblog.sy sering melawat blog pn dr sy preggy sampai skrg.sejujurnya kata2 berbentuk "paksaan" dr pn lah yg mmbakar smangat sy utk terus berjuang mnyusukan bby sy wpun pd 1 ketika sy hampir mnyerah kalah bila susu drop tiap x period ditambah plak ayat2 pedih org sekeliling.trm ksh sekali lg krn sampai saat ini sy msh fully breastfeed my bby. 
MRS. J

Alhamdulillah...
sebulan lepas masa tgh stress pam susu utk buat stok yg keluar hanya sesudu dua trjmpa blog nie. perghhh start dr time tu semangat mmg brkobar kobar nk breastfeed ank sepenuhnya. 
terimakasih sbb kongsikn byk info & ilmu dlm blog nie. 
yup. more demand more supply. dr sesudu dua naik ke 1 oz 2 oz skrg sebotol dua bila pam. 
Alhamdulillah syukur pd Allah & terima kasih sekali lg ats prkongsian ilmu breastfeed ni. 
MRS. A

hai puan.. sy follow blog lama puan masa sy tengah nak give up utk breastfeed anak sy. Penulisan puan terkesan di hati sy. Terima kasih. 
Alhamdulillah dgn izin Allah, sy masih breastfeed anak sy pada usianya setahun 4 bulan
MRS. H

Ya Allah syukur kwn suggest baca blog ni..thanks kak tia byk ilmu baru sy dapat kat blog akak.
MRS. AN

Puan,saya sgt kagum dgn puan.puan layak jadik lactation consultant and bleh buat talk supaya mummy baru motivated utk menyusukan anak.Ya Allah byk tu pahala puan klu byk ibu bersemangat menyusu anak mereka.Saya sgt salute puan.Plsssss update blog puan selalu.
Thanks 
MRS. ANN

Salam ta'ruf...
Bagus perkongsian tentang penyusuan ibu. Moga diberkati dan pastinya awak akan dapat pahala berganda2 selagi pengunjung maya memanfaat segala ilmu yg dikongsi....
Saya suka baca semua entry dlm blog ni.
MRS. U

thanks for sharing..bila baca ni, baru rasa calm and relax..betul awak cakap, kadang pam dapat 5oz, kadang dapat 3oz..tu semua tak penting, yang penting rutin kita..thanks again
MRS. N

ya allah.. bestnyer baca blog nie.. terima kasih atas ilmu yg dicurah kn ni.. ianya sgt bermanfaat buat saya
MRS. T

alhamdulilah syukur sgt2 jumpe blog ni..x penah lagi la saya bookmark blog yg saya jumpe kat google melainkan yang ni..mmg rase bersemangat nak truskan bf bila rase down.. puan x terlalu stress kan sgt tapi lebih pada santai..good job!!
MRS. ANY

Salam Puan,
saya cukup berbangga dengan pencapaian puan dalam menyusukan anak-anak. hingga terdorong untuk saya fully BF anak kedua dalam kandungan ini. Yang bestnya saya dah khatam blog puan berkali-kali untuk menambah ilmu mengenai BF. 
MRS. N

Berikut ialah pakej yang saya sediakan:

personal coach

Langkah seterusnya:
  1. Pilih pakej yang dikehendaki (A;RM25/ B;RM50/C;RM100)
  2. Bayar kepada akaun MAYBANK 162795054455 (atas nama NUR ATIYAH ZAHIRAH) (untuk bank lain, lebih jimat guna IBG transfer, caj RM0.10 dikenakan).
  3. SMS/ WhatsApp 017 3318548 (NAMA/ PAKEJ/TARIKH BAYARAN)
  4. Email soalan anda kepada menyusuituindah@gmail.com (sertakan NAMA PENUH/ NO.IC/NO.TEL/ALAMAT)
"SETIAP IBU ADALAH UNIK DAN UNTUK BERJAYA DALAM PENYUSUAN PERLU PENDEKATAN BERBEZA" -Atiyah Zahirah Zainal Abidin

Saya gembira sekiranya saya dapat memberikan yang terbaik buat semua. :) Didoakan anda semua terus berjaya dalam meneruskan perjuangan penyusuan ini. Semoga segalanya dipermudahkan Allah.

Teruskan setia mengikuti saya untuk perkongsian ilmu serta pengalaman penyusuan percuma di sini. :D

Wassalam.

~Menyusu itu indah~

Your friendly Personal Breastfeeding Consultant,

Atia

Wednesday, December 10, 2014

SUSU IBU TIADA LANGSUNG!

Bismillahirrahmanirrahim

Salam all mummies. Apa khabar anda hari ini? Harapnya ceria selalu dan semoga urusan penyusuan sentiasa dipermudahkan Allah. Thanks kerana sudi singgah di sini lagi. Saya 'appreciate' sangat.Thank you guys! ;D

Dan Insyaallah selagi terdapat ramai sokongan dari rakan seperjuangan, saya akan terus kekalkan usaha untuk berkongsi lebih banyak lagi ilmu penyusuan. Semoga dengan asbab itu, kita semua semakin bertambah ilmu, pengalaman dan semakin kuat untuk berjuang dalam dunia 'breastfeeding' nih!...

Ayat...haih..cam nak pi berperang je kan. Hihi...Tu time cabaran mendatang, time sweet moment dalam penyusuan ni sebenarnya lagi.......banyak....kan... So, nikmatilah saat terindah ini ya.

U all pernah terfikir tak atau tercari-cari 'breastfeeding personal coach'? Sebenarnya suatu masa dulu memang pernah terlintas di fikiran. Sebabnya, saya selalu hadiri kursus penyusuan (yang PERCUMA la...di klinik kerajaan) kebiasaanya, jarang dapat bertanyakan soalan yang lebih tertumpu kepada masalah penyusuan kita sendiri. Kebanyakan yang dikongsi lebih kepada asas dan terlalu umum. N lagi pulak, saya yang malu2 miow ni, memang tak terbuka mulut la untuk bertanya. Padahal macam2 nak tanya. Tapi tah, kadang cam segan. (Nyampah je kan...memang pun...) :p

Kemudian saya mulalah mencari dan menjalankan siasatan sendiri menerusi google, atau refer kepada sifu saya a.k.a IDOLA saya SHAZA SHAMSUDDIN dan juga belajar dari pengalaman kakak2 ipar saya (semuanya menyusu badan), mak (mertua) yang super hebat (menyusukan ketujuh2 anak) dan rakan2 seperjuangan lain. Tak lupa juga, saya pernah refer dengan Puan Kamariah (pakar laktasi yang friendly n responsive) dan juga pakar laktasi di KPJ (yang ni berbayar naa...). Pastu siap study kat library KKM (semasa bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia) , mentang buku tentang penyusuan banyak...Ngeee :D

Pastu join kelab penyusuan di Putrajaya n macam2 lagilah. Punyalah minat sangat dengan penyusuan ni.

Kenapa passion saya terlalu tinggi pada breastfeeding nih? Sebabnya, cabaran saya untuk memulakan breastfeeding ni (anak first), sangatlah hebatnya. (perasan! takla...ada lagi yang lebih teruk).

Akibat dari itu, disebabkan saya berjaya mengharunginya, saya pernah memasang niat bahawa, setiap ibu dengan izin Allah pasti mampu menyusukan anaknya dan harus berikan sokongan pada mereka.

Antara pengalaman pahit yang pernah dilalui ialah SAYA TIADA SUSU. Ya, sebenarnya susu saya masih belum terhasil lagi selepas bersalin. Ada sesetengah ibu yang bertuah, memang susu dia terus ada sebaik selepas melahirkan. Tetapi saya tiada. Ini ialah rahsia sebenar yang telah lama saya simpan. (macam poyo je kan, tapi memang benar. Allah tahu apa yang saya lalui.)

pain
SUMBER: pama.karangkraf.com

Setelah sekian lama saya simpan, hari ni boleh terdetik pulak saya nak dedahkan. Serius, even suami pun tak tahu sebenarnya. Kenapa poyo sangat saya rahsiakan? PERTAMA, sebab kalau nak diceritakan pun rasa macam dah basi (anak dah tiga. Nyampah je nak dengar...). KEDUA, saya masih simpan rahsia tu terlalu lama kerana pada awalnya saya pun tidak pasti samaada saya akan mampu meneruskan penyusuan anak pertama saya sehingga 2 tahun kerana pada ketika tu, pregnant pulak. dan saya risau saya akan hentikan penyusuan anak saya sebelum sampai usianya 2 tahun (alhamdulillah berjaya dengan izin Allah setelah pelbagai peristiwa pahit getir dilalui) dan sehinggalah saya diuji dengan situasi getir semasa anak ketiga yang secara tidak langsung telah memberikan pengalaman baru dan berbeza buat saya.

Pastu pulak, kalau nak update di blog, rasa cam risau orang jemu nak baca, panjang lebar karangan macamlah kita ni penglipur lara. Tetapi, memandangkan ramai mummy2 yang bagi good support n maklumkan u all suka sangat baca blog saya. (ngee...perasannya...:p) Hamik...kali ni panjang sikit. (Penat baca, sambung tido..Tak marah pun... ;) )

Especially saya nak tujukan kepada adik SHIMA (semoga Allah limpahkan susu yang banyak buat adik ini. Really appreciate your support dear.:)). Beliau merupakan salah seorang mummy yang terlibat dengan kempen yang saya jalankan sekarang ni, iaitu "Anda Bertanya, Saya Menjawab". Then, bila berkenalan dengan dia, macam lebih kurang sama pula kisah kami ni. Hehe... Perangai dia cam banyak mulut nak tau itu ini pun, sebijik cam saya... Haha... :D

Oklah, sambung semula, lepas bersalin anak pertama (WAFIY), nurse terus letak kat dada. Subhanallah...hilang terus kesakitan meneran tadi. Tapi tak sampai seminit terus diambil semula, maybe untuk proses seterusnya, timbang berat baby, pasang nametag kat tangan baby dan sebagainya. Tak sempat nyusukan terus...(Sebenarnya rangsangan terbaik ialah menyusukan sebaik lepas melahirkan).

Dah lepas beberapa jam, kemudian barulah dapat baby tadi. Pengalaman pertama kali menyusukan bayi, masya Allah...susah nak digambarkan dengan kata-kata (bergenang airmata syahdu kan..maklumla pertama kali jadi ibu...poyo lagi..K, abaikan).

Masa baby pertama kali sedut tu, ada rasa cam pedih kat nipple. Terus terdetik di minda, alamak..aku takde susu ke ni? Apsal cam sakit je. Pastu cam baby tak telan apa2 pun. Kemudian terus panggil nurse, mohon bantuan. Nurse datang picit nipple n cakap, "tu ada susu tu". Time tu, adala setitik keluar kat satu lubang je. Oklah, tenangkan diri dan terus sambung nyusu, walaupun sakit (serius, rasa baby cam sedut angin, susu cam tak terhasil lagi). Tapi, excited nyer pasal, tarik nafas dalam2 (konon nak kontrol sakit tu), kasi jelah baby minum.

Jiran sebelah tu, dahla baru bersalin dari kita. Baby dia minum, bunyi siap berdecit2 lagi, susu macam bertakung dalam mulut. Pelik gak, mulut saya pun rajin bertanya. "Banyaknya susu awak. Sampai sini saya dengar. Saya risaula, saya macam takde susu je".

"Oh...keturunan saya memang banyak susu, adik-beradik saya semua nyusu dada"...balas dia. (Pap...tetiba rasa cam orang tepuk dahi saya). Ok, keturunan dia banyak susu... Adoi, camanalah aku ni, mama selalu cakap keturunan kita takde susu. (berkata saya dalam hati).

Agak down tetiba n itulah punca utama saya rasa susu saya tidak mampu terhasil sampai beberapa jam (nampak tak mindset saya, asyik risau susu kurang). Kalau tak silap WAFIY keluar waktu subuh. Sampai nak dekat magrib jugalah, saya menanggung seksa SUSU TIADA, tiap kali baby nyusu, nipple pedih. (cara latch on baby dah betul dah, sebab nurse memang bantu kita masa mula2 nak menyusukan bayi tu). Dan...bermulalah kisah, nipple melecet la pulak, siap terkeluar darah sikit. :,( Sakit n pedihnya Allah saja yang tahu.

Tapi yang ni, saya tak ceritakan pada sesiapa pun. Even kepada kawan2 yang datang masa melawat saya di hospital. Kenapa? Biarlah ia menjadi rahsia saya. Sebab saya dikelilingi dengan ramai sahabat yang tidak support breastfeeding. Bukan tidak support, mereka tidak menghalang, tetapi mereka galakkan saya untuk campur dengan susu formula (saya tak menyalahkan mereka, cuma saya yang takut saya down). Sebab risau bayi tidak kenyang. N pada zaman tu pun tahun 2009, kesedaran eksklusif breastfeeding masih belum meluas lagi. Macam satu kepelikan pula, bayi hanya diberikan susu ibu tanpa setitik pun air masak dan makanan tambahan selama 6 bulan. Ramai yang tak boleh terima. Kemudian, kepada hubby pun saya rahsiakan, sebab ada ketika juga dia agak goyang dengan cabaran kata2 orang sekeliling yang suh kami top up susu ibu dengan susu formula.

KISAH ALLAH SELAMATKAN SAYA.....

Kelebihan saya semasa SUSU MASIH TIADA ialah, anak saya tidak melalak. Ya, dia kuat tidur. (Kenapa dia kuat tidur? Ia adalah kesan dari gas 'apatah lupa plak namanya', yang doktor beri kebenaran ibu sedut bila merasa sakit. Kesannya bayi saya asyik tidur saja, sebab saya sedut dengan banyaknya.) PERCAYALAH, jika tidak kerana dia kuat tidur, kemungkinan besar jika dia asyik melalak, mungkin akan menarik perhatian nurse, lantas anak saya akan di top up dengan susu formula atau husband saya panik, mungkin akan terpaksa rela beli susu formula.

Kemudian, ALLAH SELAMATKAN SAYA LAGI untuk discaj bayi perlu kencing dan buang air besar bukan? Bagi memastikan sistem perkumuhan bayi tiada masalah. Saya kena tahan dua hari sebab 24 jam anak masih belum kencing dan buang air besar. (Rahsianya ialah disebabkan saya MASIH BELUM ADA SUSU). Setiap kali doktor dan nurse yang meronda datang, tanya "susu puan bagaimana?". Saya senyum sambil jawab, "Ok doktor, banyak je..." (menipulah tu...Takpe, kata2 kan suatu doa) . Esoknya alhamdulillah anak saya ada buang air besar (najis warna hitam) dan kencing sikit je. (Saya tertanya juga, haih takde susu pun boleh kencing n buang air besar? Kemudian barulah saya tahu, najis yang ada tu ialah hasil makanan baby masa dalam perut ibu lagi. So, bukanlah dari susu saya. )

So, saya berjaya discaj keluar hospital dengan selamatnya. Alhamdulillah. (Saya tetap masih berusaha keras ingin menghasilkan susu yang banyak, kerapkan 'direct feed').Tetapi ketika di rumah, saya perasan anak saya kurang kencing dan tidak buang air besar langsung. Nasiblah bila bertanya dengan nurse, mereka maklumkan, jika anak hanya brestfeed sahaja, kadang2 tidak membuang air besar lebih 3 hari masih perkara biasa. So, ALLAH SELAMATKAN SAYA LAGI. (Saya menggunakan alasan, anak tidak buang air besar beberapa hari, perkara biasa bagi baby yang breastfeed untuk melindungi rahsia bahawa saya ketika itu saya masih kurang/ tiada susu badan.).

Sampailah anak saya kena kuning yang tinggi (jaundis) hari ketiga, doktor suh kerapkan penyusuan supaya kuning tu dapat dibuang keluar melalui najis. Dari pengamatan saya, susu sudah mula ada, tapi ciput sangat. Pampers pun jimat sebab anak kurang kencing. Bila sampai di hospital, perkara pertama doktor tanya, "susu ibu cukup tak?". Dengan selambanya saya jawab, "insyaallah cukup doktor". (Padahal dalam hati cuak giler, hanya Allah yang tahu.)

Dan mulalah saya dalam dilema, macamana ni, nak beritahu susu tengah tak cukup nanti takut lebih down kalau ada yang suh top up dengan susu formula. Suami pun leh pulak tanya, "Susu sebenarnya cukup tak?"..."Cukup bang, insyaallah. Siap memancut2 lagi" balas saya (Wahh..sedapnya reka cerita...takpe mudahan doa makbul).

Masya Allah, bila kenang kembali, memang saya bersyukur sangat. Kalau tak tabah hati ni, mau saya campur juga dengan susu formula. Pada ketika tu ada rasa kejam juga dalam diri sebagai ibu, sebab seolah sengaja biarkan anak kurang minum susu. Semata2 nak fully breastfeed. Pada ketika ini, ALLAH SELAMATKAN SAYA LAGI BUAT KESEKIAN KALINYA, anak saya masih kerap tidur walaupun susu saya kurang, sebab dia JAUNDIS.

Dalam hati saya pada ketika itu kesal, sedih, rasa kejam dan sebagainya, kerana pentingkan diri, konon nak berikan yang terbaik pada anak. Anak saya terseksa kena ambil darah beberapa kali sehari untuk doktor tengok tahap jaundis dia. Mungkin kerana saya banyak menangis dan berdoa sengsorang pada malam hari (lagi pedih dan berat nak tanggung, sebab pendam sensorang n hanya saya yang menanggung beban tu, sebab rahsiakan dari semua orang dan saya sepenuhnya bergantung dan mengadu pada ALLAH 200%), mohon Allah limpahkan susu yang cukup buat anak saya. Akhirnya, terhasil juga susu saya, itupun setelah beberapa hari. Subhanallah...

Sehingga kini saya bersyukur sangat, kerana menjadi ibu terpilih berjaya menyusukan anak sejak dari lahir sehinggalah dua tahun (dan masih menyusu ketika hamil).

Sejak dari itu, memang saya sangat mudah melenting bila ada ibu yang maklumkan dia tiada susu. Sebab bila berbual dengan mereka sebahagiannya, kisah peritnya, tidaklah seperit yang saya lalui. Maksudnya usaha mereka tidak sepenuhnya. Dan belum sempat saya nak berkongsi pengalaman (saya nak advise mereka rujuk pakar laktasi), kadangkala kata-kata saya di STOP kan dengan, "takpelah...rezeki masing2. Dah tuah badan ko susu banyak" (Saya tidak mengatakan semua. Dan tujuan saya menceritakan kisah ini, ialah sekadar ingin berkongsi kepada MUMMY yang memang niat nak breastfeed, dalami ilmu ini dan bertanyalah pada yang BERJAYA. )

Memang menyusu itu merupakan pilihan kepada ibubapa. Jika mereka tidak ingin melakukannya, usah desak mereka. Saya cuma ingin selamatkan mereka yang mempunyai SEMANGAT seperti saya. Saya tahu di antara kalian ada yang menangis, merintih di waktu malam, bermonolog seorang diri tatkala diuji dengan pelbagai cabaran penyusuan. Insyaallah, bertabahlah wahai sahabat. Cabaran ini akan berlalu seiring dengan waktu. Dan pada pengalaman pertama sahaja yang perlu kita tempuh. Dan insyaallah untuk anak berikutnya, anda pula akan menjadi idola kepada mummy yang lain. Insyaallah.

Terdapat juga pengalaman semasa anak ketiga saya TIADA SUSU. (Ishh...ingat dah anak ketiga tiada masalah lagi pasal penyusuan ni, konon dah expert :P...hehe..gurau je..Nyampah kan.. ) Rupanya ALLAH nak tambah ilmu dan pengalaman saya. Subhanallah, terima kasih Allah. *tears

Saya tergolong dalam kategori ini (highlight merah):

Antara penyebab ibu-ibu mengalami kekurangan/kekeringan/ketiadaan susu badan (tanpa mengabaikan rangsangan dari hisapan bayi & pam) semasa awal kelahiran:
  • Anemia
  • Ketidakseimbangan hormon tiroid
  • Hypopituitarism
  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
  • Gestational ovarian theca lutein cyst (keadaan ni sangat jarang berlaku)
  • Menghidap kencing manis & bergantung pada insulin
  • Tak cukup tisu glandular (IGT)
  • Pernah jalani pembedahan payudara
  • Plasenta tak keluar lagi/tak keluar habis
  • Sindrom Sheehan, apabila pituitari kekurangan darah disebabkan oleh pendarahan semasa melahirkan, so ia tidak menghasilkan hormon mencukupi utk laktasi.
  • Obesiti.
  • Tekanan semasa melahirkan, kehilangan darah etc. 
  • Pengambilan drug Pitocin semasa proses kelahiran
  • Penggunaan pil perancang yang mengandungi estrogen dan progestron.
  • Edema disebabkan oleh IV.
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
  • Pengambilan herba/jamu yang mengandungi sifat anti-laktogenik.

Saya menangis pada ketika itu (sorang2 di hospital), 24 jam tiada susu. Tidak keluar LANGSUNG walau setelah dipict pada nipple, setitik pun tiada. Saya merayu pada Allah supaya limpahkan susu saya. Saya istighfar banyak2, mungkin saya telah melukakan hati sesiapa. Dan saya juga tertanya2, kenapa Allah uji saya dengan ketiadaan susu. Sedangkan pada fikiran saya, saya sudah hampir matang dalam dunia penyusuan ini.

Masya Allah. Untuk kesekian kalinya, saya bersujud syukur pada Allah. Mungkin saya merupakan insan terpilih, yang berjaya membuktikan bahawa susu ibu tetap milik anak tercintaAllah nak tunjuk, setiap ibu mampu menyusukan anaknya. Dan Allah nak tunjukkan, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Sebab ada MUMMY yang kurang ilmu tentang breastfeeding, tidak merujuk kepada yang pakar (pakar laktasi) lantas bertanya pada MUMMY yang gagal. Memang akan tiada usaha selanjutnya yang dilakukan. Ada mummy yang share senarai sebab masalah susu tiada, tetapi tidak lengkap dengan langkah penyelesaiannya. Insyaallah, setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

Pada ketika itu, saya menyusukan dalam keadaan nipple berdarah. SUSU LANGSUNG TIADA. Tapi saya tetap beri anak hisap, sebab nak create demand. Saya minum air dengan banyak (kot2 kurang air dalam badan). SUSU TIADA JUGA. KERING!

Kemudian nak dijadikan cerita pada tengah malam tersebut, perut saya sakit yang amat. Saya mengadu pada nurse dan nurse minta bersabar tunggu esok hari baru doktor pakar ada. Saya terpaksa menahan sakit sepanjang malam, dan teruskan menyusu walaupun tiada susu. Esoknya saya dipanggil masuk untuk scan perut (buat ultrasound scan).

Masya Allah, rupa2nya plasenta saya belum habis di keluarkan. Ada saki baki terlekat2 di dinding rahim saya. Patutlah saya mengalami sakit perut yang amat pada malam sebelumnya. Kemudian setelah dicuci keluar, tidak lama beberapa jam kemudian barulah terhasil susu saya walaupun teramat sikit. (Keluar air mata kesyukuran...poyo lagikan...abaikan..).

Jadi, jika pelbagai usaha telah dilakukan, tetapi gagal, cuba ambil sedikit masa merujuk kepada pakar laktasi. Dapatkan khidmat nasihat mereka. Insyaallah setiap masalah pasti akan ada penyelesaiannya dengan izin Allah. Sama2 kita berusaha dan sama2 kita berdoa agar kita tidak diuji dengan perkara2 yang tidak mampu kita tanggung.

Oh ya, siapa di antara kita ketika terdapat masalah penyusuan merujuk kepada yang pakar (pakar laktasi)? Ramai tak kuasakan. Saya pun malas. Hehe.. Tapi, jika sayalah insan terpilih yang patut kongsikan kisah perit saya kepada anda, nah terimalah cerita saya yang tidak seberapa ini. Kongsikan kepada yang lain jika anda rasa ia bermanfaat. Saya halalkan dan saya memang nak create awareness ni kepada mummy2 di luar sana yang memang ada niat nak breastfeed supaya jangan berputus asa!

Pesanan saya, menyusu bukan mudah pada permulaannya, perlukan latihan dan pemahaman. Akan ada cabaran yang perlu ditempuh. Tetapi semua itu hanya sementara. PERCAYALAH, tiada kata2 yang dapat menggambarkan indahnya saat penyusuan ini.

Wallahualam.

"Setiap ibu adalah unik dan untuk berjaya dalam penyusuan perlu pendekatan berbeza."

~Menyusu itu indah~

Salam sayang dan dengan rendah hatinya dari saya, :)

Atia



Sunday, December 7, 2014

Berapa banyak susu bayi minum?

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam sayang to all dear mommies. Apa khabar semua? Semoga kita semua sentiasa dalam limpahan rahmatNya. Amin...Tahniah juga diucapkan kepada mummy yang baru bersalin. Selamat berpantang diucapkan dan selamat menempuh dunia baru. Dunia yang agak mencabar pada permulaannya, tetapi sangat manis untuk diterokai. Percayalah...menempuh alam baru sebagai ibubapa merupakan sebahagian nikmat terindah yang Allah izinkan kita merasaiNya... Sentiasa panjatkan syukur pada Allah dan mohon didoakan juga kepada rakan yang lain agar diberikan rezeki yang sama... :)

Untuk mummy yang baru saja bersalin, post kali ni memang khas untuk anda. Terutama kepada yang baru pertama kali menempuh dunia 'breastfeeding' nih... Bukan apa, saya nak sangat at least first time mummy n daddy faham secara basic tentang penyusuan ni. 

Bayi yang pertama kali lahir, perutnya masih kecil dan antibodinya pun masih belum cukup kuat untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh risiko ni. Oleh itu, susuilah anak anda hanya dengan susu ibu tanpa air masak atau apa saja makanan tambahan lain KECUALI susu ibu sahaja sehinggalah usianya 6 bulan (ekslusif breastfeeding). 

Susu ibu, mempunyai zat dan nutrien lengkap yang akan berubah ikut usia bayi. Subhanallah, best sangat kan. Logiknya perubahan nutrien tu berlaku dari air liur bayi yang mula menghisap pada breast ibu dan secara tak langsung ia akan menghantar signal ke otak supaya menghasilkan susu yang mempunyai, nutrien, zat dan protein sesuai dengan bayi tadi. Uniknya ya Allah...Serius cakap, semakin banyak ilmu kita dalami tentang perkara berkaitan penyusuan atau apa saja ilmu yang kita cuba dalami....membuatkan kita semakin insaf dan bersyukur pada Allah di atas setiap titik nikmat  kurnia yang diberi.

Disertakan gambar anggaran ukuran saiz perut bayi. Mudahan dapat membuka minda kita semua agar berhati-hati ketika ingin mula memberikan susu formula (jika anda memilih untuk memberikannya). Dan uniknya lagi susu ibu ni, walau setiap jam anak menyusu pun, tetap tidak akan terlebih dan terkurang kerana sifatnya yang mudah dihadam dan diserap dalam usus bayi berbanding susu formula (yang kebanyakan kita menganggap bayi kenyang, tetapi sebenarnya tidak, ia hanya kerana proses penghadaman yang mengambil masa menyebabkan bayi lambat meminta penyusuan seterusnya).

jumlah susu


Dan harus maklum juga, setiap ibu dan anak berbeza keperluan dan tahap penyusuan masing-masing. Jika anak telah kelihatan kenyang setelah menyusu, jangan dibandingkan dengan jiran katil sebelah yang anaknya asyik menyusu setiap jam. Selagi kedua-duanya selesa dengan keadaan tersebut dan bayi kelihatan sihat dan ceria, teruskan dengan cara masing-masing dan nikmatilah saat penyusuan terindah ini.

Satu lagi tips untuk ibu yang baru melahirkan, masa anak tidur, ibu tidur juga. Sebab ibu juga perlu rehat yang mencukupi. Biasanya keadaan ni berlarutan sampai 2 minggu. Ada yang seminggu sudah pun boleh aktif dan mula membuat stok susu. Biasanya yang aktif cepat ni, ialah mummy yang telah mempunyai pengalaman dan berpantang anak kedua. Apapun, jika anda telah kuat dan ingin memulakan sesi perahan dan mengumpul stok seawal 3 hari sudah boleh dimulakan.

Selamat berpantang, makan makanan berkhasiat, minum air mencukupi n kerapkan makan bagi memastikan penyusuan anda lancar sentiasa.

Sekian untuk kali ini. :)

~menyusu itu indah~

Salam sayang,
atia



Saturday, December 6, 2014

PROMOSI BEST!!! Breastpump Package :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam all mummy... Camana hari minggu ni? Mesti u alls tengah berjalan2 ataupun istirehat di rumah kan... :) Apalagi, ambil peluang ni untuk kerapkan direct feeding n nikmati saat penyusuan terindah ini. Didoakan semoga susu kita semua sentiasa mencukupi buat anak tersayang dengan izin Allah... :)

Hari ni saya cuma nak share sikit, kalau2 masih ada mummy2 yang tercari2 pakej breastpump yang hampir complete, inilah masanya. Pam ni pun kira antara yang terlaris n banyak permintaan juga, maybe disebabkan penambahbaikan dari komplen mummy2 sebelum ni yang dok kelek pam SPECTRA 3 yang berat tu kan..(Saya lah tu salah sorangnya). Tapi seriusla, tu memang pam kesayangan. Banyak sentimental value kottt... :)

So, kalau ada mana2 mummy nak berminat nak dapatkan pakej ni, sila baca berita selanjutnya di bawah: 

breastfeeding

Anda ibu menyusu yang akan bekerja ?
Mencari breastpump yang mampu milik dan menghasilkan susu lebih banyak? 
Mudah digunakan di mana-mana sahaja dan ringan ?
Lebih senyap dan menjimatkan masa ?


Kini dengan harga Promosi..selagi stok masih ada! 


Eve Love LILY Breastpump Package


Dengan nilai pakej RM663.30 harga pasaran, kini hanya RM575 SAHAJA!!!

Kami ulang hanya RM575 SAHAJA!

Anda jimat RM88.30!!

…………………………………………………………………………
PERCUMA!!!


1. Eve Love 2 in 1 Cooler Bag bernilai RM89.90
2. Eve Love Ice Bricks x 3 pc (150g each) bernilai RM30.00
3. Eve Love Storage Bottles (5 oz) x 6 pc bernilai RM29.90
4. Eve Love Storage Bag (7 oz) x 25 pc bernilai RM14.90
…………………………………………………………………………….
Ciri-ciri Istimewa:
1. Double Pumping: Merangsang Tahap Prolaktin tinggi dan membantu menghasilkan lebih banyak susu dalam masa sekejap!
2. Padat & Ringan: Berat motor kurang daripada 500g. Mudah untuk di bawa kemana-mana.
3. Rangsangan Dwi-Fasa : Rangsangan Fasa pertama ialah merangsang aliran susu diikuti oleh Fasa Kedua dengan sedutan lebih dalam. Irama menghisap semulajadi sama seperti bayi.
4. Silicon Breastshields: Untuk Keselesaan maksimum semasa mengepam.
5. Tahap Sedutan Pelbagai (4 Tahap): Untuk memberikan keselesaan ibu semasa mengepam dan keberkesanan mengosongkan payudara ibu.
6. Ciri Menarik dengan Mod Butang KEKERAPAN yang memberikan peningkatan segera 30% dalam frekuensi (kadar sedutan & pelepasan dalam kitaran seminit) bagi meningkatkan hasil sedutan yang efektif.
7. Built-in Mekanisma Anti-aliran balik susu ke dalam Motor untuk menghalang pengaliran balik susu dan mengekalkan kebersihan pam.
     Kit anti-aliran balik tambahan luaran disediakan untuk ibu-ibu yang memerlukannya.
     NOTA:** Penggunaan kit anti-aliran balik luaran mungkin mengurangkan kuasa sedutan sehingga 20% berbanding tanpa menggunakannya **
8. LCD Display - paparan masa dan tahap sedutan untuk maklumat pengguna.
9. Bunyi motor lebih senyap: Ibu dapat menggunakan pam dengan selesa di mana-mana sahaja dan boleh pam tanpa mengganggu tidur bayi yang sedang lena.
10. Ciri-ciri Keselamatan: Pam akan berhenti secara automatik selepas tempoh masa yang tertentu untuk memastikan keselamatan penggunaannya.
11. Pelbagai pilihan Sumber Kuasa: Adaptor, Bateri  & Line USB yang disediakan.
Penggunaan Bateri biasa : Boleh menggunakan bateri biasa 1.5 V Bateri AA X 6 pcs
** BPA-Free **
** CE & RoHS Certified **
** Jaminan 1 Tahun untuk Motor seperti yang dinyatakan dalam Kad Waranti **
------------------------------------------------------------------------

Cara mudah untuk order:

SMS/WhatsApp “BPPLOVE” ke 017-3318548
SMS/WhatsApp “BPPLOVE” ke 017-3318548
SMS/WhatsApp “BPPLOVE” ke 017-3318548



BERTINDAK SEKARANG! 5 Pembeli Pertama layak menikmati FREE SHIPPING

BERTINDAK SEKARANG! 5 Pembeli Pertama layak menikmati FREE SHIPPING
BERTINDAK SEKARANG! 5 Pembeli Pertama layak menikmati FREE SHIPPING


Ok, take care u alls, have a nice weekend.

May Allah bless u all.

~ menyusu itu indah ~

Salam sayang,


Atia

Friday, December 5, 2014

Persediaan penyusuan ketika kursus, travel atau outstation :)

Bismillahirrahmanirrahim....

Salam all beloved mummy. Bagaimana anda hari ini? Harap ceria-ceria saja. Jika tengah down, sabar ya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. U r a strong woman! Mummy-mummy yang menyusu ni biasanya HEBAT-HEBAT belaka! Survival team orang kata... Yer...yerr...je...Eh, betul lah tu kann. Insyaallah... :)

Ok, kali ni nak throwback sikit. (Mentanglah tadi rajin nak ngemas isi dalam 'laptop', last2 terjumpa lak gambar2 lama). Nak kenangkan kembali zaman-zaman kerja kerajaan dulu. Amboi...kerap sangat berkursusnya. Setahun adalah 14 kali, Tapi yang bestnya, bila kerap berkursus ni sebenarnya meningkatkan produktiviti kerja kita. Sebab setiap kali berkursus banyak ilmu baru yang dijana. (Hee...tapi ada gak yang amik kesempatan asyik nak berkursus sebab nak ngelat buat kerja...Jeng..jeng..jeng.. :D . Tapi tak semua...Segelintir saja ya...)

K lah. Apa kelengkapan yang perlu mummy bawa time kursus? Sebagai contoh, aritu saya berkursus di Bukit Gambang, Pahang. 3 hari 2 malam kalau tak silap.

Antaranya ialah:

1. Milk storage bag. Anggaran 20-50 pcs (WAJIB: Taknak galakkan u all bawak botol susu lebih daripada 5 pcs. Lecehla plak nak mencucinya nanti. Oh ya, jangan lupa 'rubber band' untuk ikat plastik, jika perlu.).
2. Berus botol susu. (Bawaklah yang kecik je.)
3. Marker pen. (Untuk tanda tarikh pam susu).
4. Coleman box. (Beli yang kecik aje. Ala yang biasa orang buat isi ikan/ air tin bagai tu kan...Ni untuk persediaan bawa bekalan stok susu yang banyak nanti.)
5. Ice pack. (Bagus bawak lebih dalam 3-6 pcs. Icepack tahan cair lebih lama dari ais batu biasa. Beli yang murah2 dalam 3 pcs RM15 pun ada kot).
6. Botol susu. (Biasa botol 5 oz. Sebab lebih pendek, praktikal untuk disembunyikan dalam poket jika keadaan memerlukan. Lagipun jimat space kalau nak simpan dalam peti ais hotel yang biasanya 'mini bar' je)
7. Pam susu. (WAJIB. kecuali kalau dah expert perah guna tangan. Takde hal!. :) )
8. Cooler bag. (WAJIB bawa bersama. Sebab lawakla pulak, kalau nak usung tong 'coleman' tu kulu kilir dalam kelas nanti).
9. Milk booster. (Segala minuman 3 in 1 atau makanan yang sedap2 yang time kita makan leh wat kita happy n secara tak langsung stimulate hormon prolaktin yang leh pancutkan susu banyakkk skit..)

breastfeeding
Gambar sumber: www.etsy.com
breastfeeding
Gambar sumber: www.babyumishop.com

Ok, sedikit penerangan ringkas untuk kemudahan u ols ialah kenapa saya suh bawa coleman box tu? Sebabnya, saya nak u ols jaga sesi pam yang konsisten iaitu jangan lebih selang 3 jam okeh! Kalau skip, jangan salahkan makcik sebelah rumah if susu kalian berkurang. Tu basic hokeh! Kemudian, tu juga digunakan untuk bawak balik stok susu kalian yang dah banyak nanti. Yerlah...3 hari kan.. Lagi satu, coleman ni sangat tahan untuk travelling yang jauh... Kadang kalau aircond kereta atau van atau bas kursus yang bawa kalian tu sejuk sampai ke tulang actually lagi bagus. Tahap kesejukan tu sebenarnya lagi membantu untuk maintainkan kesejukan stok susu tadi.

Pastu PENTING sangat, waktu malam pls pls pls...Jangan selesaaa... sangat nak lelapkan mata. Sila bangun sat untuk pam susu. Paling malas, pam 5 minit pun tak pe. Yang penting DEMAND DEMAND DEMAND...(bayangkan saya cakap kat bukit ala2...suara cam bergema...biar kalian ingat sikit! :) ) Consistent maintain your demand so your supply will be maintained...

Then, kenapa suh guna botol susu 5 oz ja, sebab botol tu biasanya lebih pendek dan lebih jimat space. Lagi satu, kalau kebetulan dapat 'fasilitator' yang ala2 strict... Pls standby simpan botol susu kosong 1-2 botol dalam poket blazer atau kot u all. Untuk kita curi2 keluar perah susu (trick ke toilet). Biasanya jika saya sedang apply teknik ini, saya akan pastikan tak lebih 7-10 minit n perah guna tangan ja (senang nak selit kat bilik2 kursus yang kosong atau dok celah meja mana2. Kejap je.. Dapat sikit takpe, yang penting jaga demand n waktu pam tu. Pastu, susu fresh tadi tu tahan 4 jam. Biar dalam poket je pun takpe, kalau takut kantoi, nanti ada masa transfer dalam cooler bag.

Pastu nape kena bawak breastmilk storage bag lak? Sebabnya senang nak manage n susun dalam box tadi. Plastik leh penyek2 sikit supaya leh dimuatkan dalam coleman box tu. Kalau botol, limited space. Keras kejung lonjong gitu gak..So susah sikit nak adjust.

Kemudian, dalam satu hari tu (time kursus), pam saja susu dalam botol. Nanti malam dah habis kelas (time semua susu pun dah sama sejuk), barulah transit ke dalam plastik k! Pastu cuci n steril siap2 botol n peralatan pam tu semua pada malam atau subuhnya supaya esoknya kita dah jimat masa. Tinggal duduk n guna je. (Cam biasa takyah cuci corong tu setiap kali, sebab selagi simpan sejuk ia leh digunakan dalam masa 24 jam. Senangkan! :D )

Harapnya entri kali ni membantu mummy2 yang bz dengan kursus. All the best ya! 

*Actually sedih gak, gambar banyak tak save. Dah hilang semua gambar yang excited giler nak share kat blog. Maybe ter'delete' kot. Apa yang ada sajalah ya... :)


bukit gambang resort
Fokus lah sangat dalam kelas!

breastfeeding
Ni rasanya time citer pasal penampilan diri kot!

bukit gambang resort
Mini bar dalam resort

breastfeeding
Atas tu hasil perahan semalam, bawah yang hari ni
Sekian untuk kali ini.

~Menyusu itu indah~

Salam sayang,

Atia