There was an error in this gadget

Wednesday, December 3, 2014

Kenapa yuran kaunselor laktasi mahal?

breastfeeding
Gambar sumber: zaleha-mustapha.blogspot.com
Bismillahirrahmanirrahim...

Salam all mommies. Jumpa lagi kita untuk entri berikutnya. :)

Pernah tak u all tertanya2, kenapa yuran kaunselor laktasi mahal? Biasanya antara RM50-RM100 per  sesi dan ada yang lebih tinggi? Sebabnya, untuk mereka mendapatkan gelaran tersebut bukan mudah ya. Banyak kursus dan program yang perlu mereka sertai bagi melayakkan mereka mendapat gelaran dan ditauliahkan sesuai dengan pengalaman dan kursus yang mereka perlu lalui. Semua tu bukan murah tau! Beribu2 ringgit.... So, layak lah mereka diberikan bayaran yang sepatutnya. Dan seharusnya kita semua jelas dan faham, bahawa itu juga adalah merupakan harta pencarian mereka. So, sila PASTIKAN sebelum nak jumpa dengan diorang, u all dah siap2 list down soalan-soalan cepumas yang nak ditanya. Kalau tak...tak berbaloi weh...datang dari jauh, sesak2 jammed tu, tanya soalan seketul jek....(Saya lah tu dulu2...) hee...:)

Isu ini timbul tetiba (ceh...boleh plak...), sebab terkenangkan masa zaman zero knowledge dulu. Sangat2 down n perlukan support, memang susah juga nak dapatkan ilmu sepertimana sekarang. Sebab sejak2 akhir ni je, kesedaran menyusu sudah semakin meningkat dengan kempen agresif yang telah dijalankan oleh kerajaan. (TAHNIAH!!! ). Dulu mana aderr... Kalau tak pandai google, memang tak jumpa. Kalau salah bertanya (dengan org yg tak sepatutnya), lagi buat kita down... Kannnn...Sape pernah lalui zaman tu...???Angkat tangan....Heee...(Ok2...ramai2, sila turun tangan sekarang). :D

So, jika anda ada duit lebih n paling best kalau MR. HUBBY pun supportive, pada yang telah pregnant, lehla start cari kursus tentang penyusuan susu ibu ni. Banyakkkk dah...leh google je.

Ada yang RM80-RM250 untuk sepasang atau RM50 untuk individu. Boleh start survey gunakan jari anda. :)

Pastu, hati2 juga jika mendapatkan khidmat nasihat dari mana-mana klinik termasuk kerajaan. Jika ada jawapan ala2 tak support breastfeed tu, sila dapatkan pengesahan atau khidmat nasihat dari pihak laktasi kalau boleh lagi 2-3 orang then baru u all buat keputusan. Kalau tak...Nampaknya risiko gagal menyusu di tengah jalan bakal terjadi. Even saya sendiri pernah experience.

Kisahnya bermula begini, time anak pertama, saya kerap sangat nyusukan baby...(agaknya adalah sejam -2 jam sekali kot...Tak kisah, asal dia nak...sumbat je...) Rupanya, kekerapan tu menyebabkan susu kita produce lebih banyak. (MORE DEMAND =MORE SUPPLY).

Dah tu...mencungapla si anak ni minum, sebab time LDR (Let Down Reflex) tiba dalam 2-3 minit time baby 'suck' tu, haa...amik ko, memancut2 susu dengan banyaknya. Sampai saya pi jumpa doktor swasta, cuma nak tanya bab tu je. "NAPE SUSU SAYA MEMANCUT2 SAMPAI MENCUNGAP ANAK NAK MINUM?".

Doktor cakap, susu saya dah terlebih2. Setiap kali sebelum nyusu kena pam dulu. Haa... apa ke halnya kalau tengah berjalan jauh2 nak balik kampung ke atau nak pi bandar ke, perlu ke bawa pam susu setiap kali...(Terus tercetus di fikiran, adoi...susah gak nyusu badan ni eh...) Dalam tak puas hati tu, saya tanya doktor tu balik, "Doktor boleh saya bertanya? Doktor nyusukan anak tak?" Dia jawab, "NO, i tak nyusu bcoz of my career. I bz n tak sempat". Ehhh...Once dia kasi jawapan tu, saya pun terdiam. Oh...ok, jawapan dia saya takmo pakai sebab dia sendiri pun takde pengalaman, camana leh advise gitu. Tapi takpela, at least dia bagi jawapan yang logik juga sekadar pengetahuan dia.

So, next time, be prepared dengan jawapan dari pihak kesihatan yang kadang2 leh wat u all terkujat juga! Think twice n analysed semula ok. U know better what u are going through kan.. :)

Dengan ini juga, saya nak kongsikan, yang mana setakat ni belum ada lagi kot, ala2 "personal coach" cam personal talk ala2 heart to heart gitu. Idea ni datang maybe disebabkan saya sendiri kadang2 lebih sukakan privacy n kadang2 soalan tu rasanya cam segan nak tanya depan semua orang...atau kalau dah pemalu sangat segan juga nak bertanya face to face depan kaunselor laktasi tu sendiri. Tah kadang2 rasa segan n malu2 miow ada juga terkeluar sikit...Hehe... Nyampah je kann... :D

So, pada ibu2 yang masih terdapat kemusykilan n inginkan penjelasan berkaitan penyusuan sila lihat di bawah:

Saya ATIYAH ZAHIRAH ZAINAL ABIDIN pemilik syarikat QASHRINA BOUTIQUE: Breastfeeding Support| Mummy & Baby Boutique ( sementara ini di bawah pengurusan syarikat berdaftar SSM: Warisan Setia Resources: 001947708-U).

Kepakaran saya adalah di dalam bidang penyusuan susu ibu dengan menyediakan konsultansi serta penyelesaian bagi sebarang keraguan berkaitan susu ibu untuk membantu ibu-ibu hamil agar lebih bersedia dengan cabaran dan perjalanan penyusuan, ibu bekerjaya lebih mudah untuk mengendalikan pengurusan susu ibu serta ibu yang stress dapat menangani cabaran ketika ujian mendatang.

Masalahnya ialah ramai ibu-ibu yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam penyusuan gagal meneruskan penyusuan susu ibu, ibu bekerjaya merasakan pengurusan susu ibu sangat sukar dan berhenti mengepam sehingga akhirnya menyebabkan susu kering dengan sendirinya dan ibu yang stress terus berputus asa dan ada yang terbawa-bawa sehinggakan tiada niat untuk meneruskan penyusuan untuk anak berikutnya akibat segala cabaran yang terpaksa dilalui tadi.

Oleh itu, dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam bidang penyusuan dan kejayaan meneruskan penyusuan ketiga-tiga anak sehingga 2 tahun serta telah membantu lebih daripada 100 orang rakan seperjuangan penyusuan seluruh Malaysia melalui blog, email dan PM di facebook dan alhamdulillah dengan izin Allah kebanyakannya telah berjaya meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun.

MAKLUMBALAS MUMMY2 YANG SANGAT SAYA HARGAI:

Puan Zahirah,
Terima kasih atas tunjuk ajar selama ini. Alhamdulillah, atas bantuan puan saya berjaya menyusukan anak sehingga kini sudah 1 tahun 7 bulan, tinggal 3 bulan lagi genap 2 tahun. Walaupun anak pertama saya pernah gagal, tetapi saya percaya atas semangat dan keyakinan yang diberi dan yang paling utama atas izinNya saya berjaya hingga kini.
MRS. H

Alhamdulillah, dgn izin Allah n guidance from atia sy still bf my son , nw 1 y 10 mnths...
Semoga Allah memberkati hidup atia sekeluarga...insyaallah
MRS. B

Salam u, masih ingat i lagi? Syukur alhamdulillah, sedar tak sedar i dah berjaya completekan penyusuan sehingga 2 tahun. 2 tahun lama juga, tapi percayalah, happy sangat bila dah berjaya harungi cabaran yang ada. Hanya kita2 je tau camana rasa tu. Thanks atia. Semoga Allah balas segala usaha awak ni!
MRS. K

Salam Zahirah,
Sebagai nurse, saya banyak diajar tentang teori berkenaan penyusuan. Tapi bila ada anak sendiri, tambahan pula first time mommy, rupanya bukan mudah utk harungi jika kita tiada pengalaman. Apa yang awak share n info2 sebelum ni banyak membantu saya shingga kini, sedar tak sedar saya dah berjaya meneruskan penyusuan anak saya hingga 2 tahun 3 bulan. Thx!N Keep in touch ya!
MRS.NI

Salam , terima kasih diatas info2 
berguna ttg breastfeeding .
Info anda sedikit sebanyak telah membantu saya dalam menjayakan
"fully breastfeeding " nih...
MRS. NN

KATA-KATA SEMANGAT DARI RAKAN SEPERJUANGAN YANG SAYA KASIHI:
(kerana mereka saya teruskan semangat untuk aktif semula. Semoga u all berjaya menyusukan anak dengan cemerlangnya. Amin.. :) )

Trm ksh n tahniah krn kmbali aktif berblog.sy sering melawat blog pn dr sy preggy sampai skrg.sejujurnya kata2 berbentuk "paksaan" dr pn lah yg mmbakar smangat sy utk terus berjuang mnyusukan bby sy wpun pd 1 ketika sy hampir mnyerah kalah bila susu drop tiap x period ditambah plak ayat2 pedih org sekeliling.trm ksh sekali lg krn sampai saat ini sy msh fully breastfeed my bby. 
MRS. J

Alhamdulillah...
sebulan lepas masa tgh stress pam susu utk buat stok yg keluar hanya sesudu dua trjmpa blog nie. perghhh start dr time tu semangat mmg brkobar kobar nk breastfeed ank sepenuhnya. 
terimakasih sbb kongsikn byk info & ilmu dlm blog nie. 
yup. more demand more supply. dr sesudu dua naik ke 1 oz 2 oz skrg sebotol dua bila pam. 
Alhamdulillah syukur pd Allah & terima kasih sekali lg ats prkongsian ilmu breastfeed ni. 
MRS. A

hai puan.. sy follow blog lama puan masa sy tengah nak give up utk breastfeed anak sy. Penulisan puan terkesan di hati sy. Terima kasih. 
Alhamdulillah dgn izin Allah, sy masih breastfeed anak sy pada usianya setahun 4 bulan
MRS. H

Ya Allah syukur kwn suggest baca blog ni..thanks kak tia byk ilmu baru sy dapat kat blog akak.
MRS. AN

Puan,saya sgt kagum dgn puan.puan layak jadik lactation consultant and bleh buat talk supaya mummy baru motivated utk menyusukan anak.Ya Allah byk tu pahala puan klu byk ibu bersemangat menyusu anak mereka.Saya sgt salute puan.Plsssss update blog puan selalu.
Thanks 
MRS. ANN

Salam ta'ruf...
Bagus perkongsian tentang penyusuan ibu. Moga diberkati dan pastinya awak akan dapat pahala berganda2 selagi pengunjung maya memanfaat segala ilmu yg dikongsi....
Saya suka baca semua entry dlm blog ni.
MRS. U

thanks for sharing..bila baca ni, baru rasa calm and relax..betul awak cakap, kadang pam dapat 5oz, kadang dapat 3oz..tu semua tak penting, yang penting rutin kita..thanks again
MRS. N

ya allah.. bestnyer baca blog nie.. terima kasih atas ilmu yg dicurah kn ni.. ianya sgt bermanfaat buat saya
MRS. T

alhamdulilah syukur sgt2 jumpe blog ni..x penah lagi la saya bookmark blog yg saya jumpe kat google melainkan yang ni..mmg rase bersemangat nak truskan bf bila rase down.. puan x terlalu stress kan sgt tapi lebih pada santai..good job!!
MRS. ANY

Salam Puan,
saya cukup berbangga dengan pencapaian puan dalam menyusukan anak-anak. hingga terdorong untuk saya fully BF anak kedua dalam kandungan ini. Yang bestnya saya dah khatam blog puan berkali-kali untuk menambah ilmu mengenai BF. 
MRS. N

***************************TAMAT*************************************

So, kepada sesiapa yang malas nak pi jumpa pakar laktasi buat sementara waktu ni, atau sedang berpantang di rumah n tiada kenderaan nak keluar rumah atau kepada anda yang inginkan privacy nak bertanya tapi segan bolehla buat 'personal coach' dengan saya sementara saya sedang FREE minggu ini.

Urusan 'personal coach' boleh secara email pada ketika ini, insyaallah next kita upgrade kepada version lain pula ...:).

Email: menyusuituindah@gmail.com (maklumbalas 24-48 jam)
Kempen DISEMBER 2014: Sesi anda bertanya, saya menjawab. :)

Kelebihan:
1. Sesi pertanyaan dan soal jawab lebih privasi dan insyaallah segala persoalan bakal terjawab.
2. Boleh listkan sampai 10- 15 soalan. So, mana2 yang dah lama bersarang di kepala tu, bolehla dikeluarkan. Dan pertanyaan akan lebih teratur dan tersusun bila kita listkan.
3. FREE 1 X sesi susulan @follow up. iaitu minggu berikutnya saya akan bertanyakan progress anda.

NOTA: Saya akan berikan jawapan berdasarkan pengalaman saya dan kajian daripada pengalaman ibu2 lain serta rujukan daripada pakar laktasi yang pernah saya jumpa.

Siapa yang perlu sertai?
1. Mummy yang pemalu nak bertanya pelbagai soalan secara berkumpulan.
2. Mummy yang sedang berpantang dan perlukan maklumbalas segera.
3. Mummy yang sukar nak keluar rumah plus tiada kenderaan.
4. Mummy yang tak kuasa nak 'google' jawapan sendiri dan buat 'research' untuk mencari jawapan.
5. Mummy yang nak lalui jalan pintas (tak nak lalui pengalaman jatuh dan gagal seperti saya dan mummy lain pernah lalui sebelum ni) untuk berjaya dalam penyusuan.

Insyaallah, segalanya dengan izin Allah jua dan usaha kita dalam memperjuangkan dunia 'breastfeeding' nih... :)

Syarat penyertaan: 
1. Bayaran RM20 sahaja.
(Memang murah sangat dan insyaallah berbaloi-baloi. :) Sila ambil kira masa yang saya luangkan untuk menjawab soalan cepumas anda dan pengalaman jatuh bangun saya serta hasil sengkang mata saya selama 5 tahun ini.)

2. Terbuka kepada 10 mummy sahaja (setakat ini).
(Sebab jadual saya penuh, takut tak sempat nak berikan maklumbalas pada semua.)

Langkah penyertaan: 
1. Bank in RM20 ke akaun bank yang dinyatakan.
2. Sms/ Whatsapp bukti bayaran ke 0173318548 beserta NAMA/ EMAIL/ NO. IC.
3. Hantar email soalan anda ke menyusuituindah@gmail.com. (Respon insyaallah dalam masa 24-48 jam)
4. FREE 1 X Follow Up. (saya akan email anda pada minggu berikutnya).

Berminat, boleh sms/ whatsApp: 0173318548
Berminat, boleh sms/ whatsApp: 0173318548
Berminat, boleh sms/ whatsApp: 0173318548

Bayaran bank in ke akaun MAYBANK
NUR ATIYAH ZAHIRAH ZAINAL ABIDIN
162795054455
(untuk bank lain, lebih jimat guna IBG transfer, caj RM0.10 dikenakan).

Bertindak sekarang! Siapa cepat dia dapat!!! Sebab insyaallah pada tahun 2015 nanti (jika diizinkan Allah) saya akan mengikuti kursus "Kaunselor Laktasi". Dan mungkin saya tidak akan mempunyai masa untuk sesi 'personal coach' macam ni lagi. Sebab saya akan bz di tempat lain.... :(

Jazakallah n All the best mummy semua. Semoga berjaya dalam perjuangan murni ini. Chaiyok! Chaiyok! :)

~ Menyusu itu indah~

Salam sayang,

Atia

*Mohon share info ini pada kenalan lain, mana tahu mereka juga memerlukannya. :)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments! :)