Wednesday, November 5, 2014

Persiapan ketika hamil

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum bakal mummy, hot mummy n all breastfeeding lovers sekalian?...Syukur alhamdulillah, pada hari ini 5 NOVEMBER 2014 (Rabu) tercapai jua hasrat untuk mewujudkan blog second version, ala2 mummy dah matang gituuu... :D.

Blog www.zahirahzainal.blogspot.com tu zaman muda2 remaja. So, kata2  agak emosi n cam tegang skit kan...So, kalau sesiapa yang masih sudi nak menjenguk blog lama tu, silakan. Mana tahu, posting2 lepas lebih terkesan di hati anda, memandangkan pada zaman tersebut, tersangatlah 'high energy' berjuang untuk breastfeeding. N pada version kali ini, saya masih meneruskan perjuangan breastfeeding, tetapi lebih ke arah memberi motivasi...(bukan paksaan)...eceh ceh... :)

So, post kita pada kali ini ialah 'PERSIAPAN BREASTFEEDING KETIKA HAMIL'. Mesti mummy2 exspecially, first time mummy dah banyak google apa keperluan yang perlu disediakan sebelum bersalin. Terutama, persiapan mental n fizikal untuk menjayakan penyusuan. 

Berdasarkan pengalaman saya yang lepas, macam biasa, kita akan google n bertanya sebanyak mungkin tentang breastfeeding nih! Tak kiralah cara menyusu, cara tambah susu, cabaran penyusuan, kelengkapan penyusuan n lain2 lagi yang berkaitan dengannya.

So, untuk diringkaskan cerita, tak perlu susah2 n fikir banyak. Saya dah 'shortlisted' kan perkara penting yang WAJIB ada untuk persiapan kalian. Lain2 tu, jika kalian nak beli n adakan juga, kiranya cam bonuslah pada u olls...Sebab bukan semua mummy n daddy mampu sediakan segala keperluan selengkap mungkin ye tak. N silap2, segala yang dibeli tu, akhirnya jadi perhiasan almari kaca untuk tatapan anak cucu akan datang...hehe... (sebab last2 bukan pakai pun...hehe..)

Untuk first time mummy to be...tanda anda hamil ialah....TADAAA.......
double line...Yay!!!


So, persiapan kelengkapan anda ialah:

Keperluan semasa hamil
  1. Baju hamil (beli maximum 5 sahaja, jika anda ada ramai kakak.hehe...saya ramai kakak ipar yang baik hati...)
  2. Nursing bra (boleh start beli dan pakai)
  3. Pemakanan sunnah (kurma, kismis, delima, habbatus sauda, minyak kelapa dara dll)
  4. Breast pam (better double electric pump)
  5. Milk storage (plastic bag)
  6. Cooler bag
  7. Ice pack
  8. Botol susu dan puting susu (untuk kegunaan di rumah pengasuh) maximum beli 10 botol sahaja
  9. Baju baby (beli maximum 10 pasang dahulu)
  10. Stokin dan sarung tangan baby (beli maximum 5 pasang dahulu)
  11. Pampers baby (saiz S)
  12. Kain batik (pinjam dari mak, kakak @ kawan baik, jangan beli kalau anda bukan pengguna tegar kain batik)
  13. Set berpantang (Elakkan yang berjamu, takut anak kuning. Cadangan beli set TANAMERA)
  14. Disposable panty (Cukup2 untuk kegunaan time nifas sahaja. Anggaran dalam 40 - 60 pcs. 1 pek ada 5 pcs. Beli sikit2, sebab ada mummy yang nifasnya sekejap je. Beli banyak2 dah macam nak bukak kedai pulak. hihi...) 
  15. Pad (Beli pad yang ada wing+ overnight+ long 28cm. Ni lebih selesa.)
  16. Stokin 5-7 pcs (Ankle sock je. Zaman sekarang musim panas)

Keperluan selepas bersalin

1. Beli car seat (jika tak dapat hadiah)
2. Beli stroller (jika tak dapat hadiah)
3. Beli baju baby lagi (jika tak dapat hadiah)
4. Beli mainan rangsangan baby (1-2 cukup. jika tak dapat hadiah)
5. Beli freezer (jika mampu n berniat nak buat stok susu banyak. Range harga RM500- RM1000. Beli time sale ya. Search di Lazada pun ok...)

Amalan semasa berpantang

1. Start buat stok susu (seawal 3- 5 hari lepas bersalin pun boleh)
2. Makan makanan berkhasiat dan amalkan makanan sunnah
3. Minum air yang mencukupi
4. Pakai bengkung 44 hari

Sebelum bekerja
1. Beli corset atau girdle (1-3 pcs. Sebab time ni perut masih lembut lagi. Dah lepas sebulan atau 44 hari, teruskan pakai gidle atau korset kalau rasa leceh nak pakai bengkung. Teruskan pakai sampai sekurang-kurangnya 6 bulan, sehingga perut dah betul2 tegang dan kempis semulajadi.)
2. Semak bekalan stok susu. (Capai target tak untuk bekalan selama mungkin.)

Amalan ketika bekerja
Teruskan mengepam susu mengikut jadual penyusuan bayi. (Setiap 2-3 jam sekali)

Ok, agak-agak lengkap tak keperluan di atas. Actually senarai di atas ialah perkara dan keperluan yang WAJIB ada bagi memastikan kejayaan perjalanan penyusuan anda. Sekiranya ada duit lebih, bolehlah lengkapkan keperluan yang lain. Tetapi, personally, yang lain-lain tu saya rasa kurang perlu, dan untuk anak kedua dan seterusnya saya tak beli pun. Banyak dapat dari hadiah ketika saudara-mara atau kengkawan datang melawat ketika berpantang dan yang benda selain dari di atas sudahnya saya buat perhiasan n dijadikan tempat 'spider' membina sawang dengan jayanya...huhu...

Ok, sekian untuk kali ini. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda.

Menyusu itu indah. Tetapi bukan mudah. 

Lengkapkan diri dengan ilmu dan banyakkan berdoa. Cabaran tetap ada, semoga anda tabah menghadapinya. Rajinlah 'google' cara mengatasi masalah tersebut. Ingat! Bertanya pada yang BERJAYA breastfeed. Elakkan terpengaruh dari kata2 yang boleh downkan semangat anda. Tetapi, ia juga bukan lesen untuk anda merasa anda hebat dan berhak melawan mereka. Iyakan saja pandangan mereka dan yakinkan mereka bahawa anda pun sedang mencuba, jika gagal baru anda akan menggantikan dengan alternatif lain.

Semoga berjaya! Selamat menyusu sehingga 2 tahun. 

Permudahkan urusan mereka dan kami semua ya Allah...

Breastfeeding with love,

Atia 

   






4 comments:

  1. hai puan.. sy follow blog lama puan masa sy tengah nak give up utk breastfeed anak sy. Penulisan puan terkesan di hati sy. Terima kasih.

    Alhamdulillah dgn izin Allah, sy masih breastfeed anak sy pada usianya setahun 4 bulan.

    Jemput ke blog saya. Ada cerita tentang minyak ikan terbaik dunia.

    ReplyDelete
  2. Salam Puan Hayati Hanisah. Terima kasih di atas sokongan dan sudi follow blog saya. Tahniah kerana berjaya menyusukan baby dan masih meneruskan penyusuan!!! :)

    Insyaallah saya akan singgah ke blog puan. Mohon tinggalkan link, supaya mummy yang lain boleh jemput lihat juga ya. Jazakillah... :)

    ReplyDelete
  3. Trm ksh n tahniah krn kmbali aktif berblog.sy sering melawat blog pn dr sy preggy sampai skrg.sejujurnya kata2 berbentuk "paksaan" dr pn lah yg mmbakar smangat sy utk terus berjuang mnyusukan bby sy wpun pd 1 ketika sy hampir mnyerah kalah bila susu drop tiap x period ditambah plak ayat2 pedih org sekeliling.trm ksh sekali lg krn sampai saat ini sy msh fully breastfeed my bby.

    ReplyDelete
  4. Salam puan Jua. Terima kasih di atas kata2 semangat dan jua sokongan. Tahniah atas kejayaan penyusuan. Didoakan semoga berjaya menyusukan sehingga 2 tahun. :)

    ReplyDelete

Thank you for your comments! :)