There was an error in this gadget

Monday, November 17, 2014

Kisah Mengharukan – Bagaimana Sepasang Suami Isteri Menjadi Kaya Dalam Masa 7 Hari

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam all, entri kali ni amat menarik untuk dikongsikan. Saya suka kisah ini dan saya ingin kongsikan kepada anda, mana tahu anda juga sukakannya... :) Credit to link http://www.writeritory.com/suami-isteri-kaya-dalam-masa-7-hari/ .
Artikel ini mengisahkan bagaimana sepasang suami isteri menjadi kaya dalam masa 7 hari melalui 2 amalan berkesan. Ia adalah adaptasi daripada video Ustaz Yusuf Mansur dan saya jadikan ia kepada penulisan.
Sebuah kisah benar di Indonesia. Sepasang suami isteri mempunyai dua orang anak. Mereka tinggal di rumah sewa yang kecil. Sekitar 75 ribu rupiah pada tiap bulan.
Anak ketiga mereka bakal dilahirkan. Jadi si isteri bertahajud dan meminta kepada Allah dideraskan rezeki suaminya supaya dapat berpindah ke rumah sewa yang lebih besar bernilai 150 – 200 ribu rupiah pada tiap bulan.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya.
Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya.” (Riwayat Abu Daud)
Di kala isteri berdoa, suaminya melihat lalu dia juga bangun dan mengaamiinkan doa isterinya. Suaminya seorang jaga. Bagi fokus untuk bertahajud selama 7 hari, pada suatu hari suaminya memaklumkan kepada bosnya minta shift pada waktu pagi hingga petang sahaja.
Penjaga
Apabila ditanya kenapa, suami menjawab untuk bertahajud kerana ada hajat. Alhamdulillah bosnya bersetuju. Lalu si suami dan isteri saling bergabung bertahajud secara berjemaah dan berdoa dapat pindah ke rumah sewa yang lebih besar dan selesa.

Sedekah – Beri Tenaga Jika Bukan Harta

Firman Allah,
“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh).
Mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya).
Dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.” (Surah As Sajda: 16)
Dalam ayat di atas, daripada perkongsian Ustaz Yusuf Mansur, dia menekankan suami isteri itu terlepas pandang tentang sedekah setelah bertahajud.
Kerana mereka orang susah. Jadi, mereka tidak fikirkan mereka patut bersedekah kerana mereka sendiri orang yang tidak berkemampuan.
Tanda-tanda kita layak dapat pertolongan Allah adalah apabila kita meminta pertolongan Allah.
Sujud
Mereka memulakan tahajud pada hari Isnin. Allah mengkehendaki mereka bersedekah pada hari Khamis. Adik ipar suami itu datang ke rumah mereka. Adik iparnya itu mahu pergi ke Surabaya.
Bagi permudahkannya, dia mahu menghantar anak-anaknya kepada abang iparnya. Si suami mulai runsing. Manakan tidak, dia melakukan tahajud supaya dideraskan rezeki berpindah ke rumah sewa yang lebih besar.
Inikan pula, adik iparnya mahu dia menumpangkan anak-anaknya di rumahnya. Dia runsing kerana ruang rumah sewanya yang kecil. Selesai berbual dengan adik iparnya, si suami takut jelaskan kepada isterinya. Khuatir tidak setuju.
Alhamdulillah, ketika si suami berdoa dalam tahajud bersama isterinya, isterinya memahami dan menerima anak-anak adik iparnya. Si suami bersenang hati. Selari dengan hadis,
“Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat.
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dia sanggup mengubah suai rumahnya sedikit, supaya ada ruang untuk anak-anak adik iparnya.
Dalam hal ini, mereka mungkin tidak mampu sedekah dengan wang, tetapi mereka sedekahkan ruang rumah sewa mereka dan tenaga mereka untuk menjaga anak-anak adik ipar si suami itu.

Terima Rumah Besar Daripada Bos

Suatu hari, si suami dipanggil oleh bosnya. Permintaan untuk tahajud 7 hari telah selesai. Pada mulanya bosnya mengatakan pada hari Isnin nanti, dia tidak perlu datang kerja.
Si suami risau dan bertanya kenapa, adakah ia bermaksud dia diberhentikan kerja. Selepas itu bosnya berkata, dia terkejut ketika si suami meminta tukar shift pagi hingga petang sahaja untuk bertahajud.
Rumah besar
Hasil daripada itu, dia percayakan si suami itu untuk menjaga rumahnya selama dia di luar negara. Si suami mengangkat tangan tanda bersyukur kepada Allah. Dia begitu terharu dengan pemberian Allah.
Dia tidak perlu bayar sewa, malah diberikan gaji pula untuk menjaga rumah itu. Bosnya juga membenarkan dia membawa anak-anak adik iparnya itu. Begitulah mudahnya apabila kita meminta kepada Allah, walau ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
“Put your trust in Allah, and everything will be fine.”

Allah Maha Mengabulkan

Pernahkah kita benar-benar bersandarkan sesuatu kepada Allah? Adakah kita benar-benar menjadikan Allah sebagai tempat munajat kita?
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku.” (Surah Al Baqarah: 186)
Adakalanya kerana kita yakin sendiri kita bakal sampai ke suatu destinasi, kita tidak membaca doa sebagai tanda meletakkan sandaran kita akan sampai dengan izin Allah. Berbeza dengan suami isteri seperti kisah di atas. Mereka meminta kepada Allah sesuatu yang tidak terjangkau dek logik akal.
“Jangan pernah bertanya kepada otak yang terbatas.” – Ustaz Yusuf Mansur

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments! :)