Showing posts with label latihan. Show all posts
Showing posts with label latihan. Show all posts

Friday, August 14, 2015

I didn't know breastfeeding would be so hard!



Bismillahirrahmanirrahim
Salam sayang to all pretty breastfeeding n G.O.J.E.S mummy smile emoticon
Semoga sentiasa dilindungiNya serta sentiasa ceria menyusu bayi tercinta.
Menyusu itu semulajadi tetapi bukan mudah sebenarnya jika TANPA ILMU walaupun anda ialah seorang ibu yang tidak bekerja.
Menyusu itu bukan secara tiba-tiba ia keluar menjadi susu sebaik melahirkan bayi, tetapi perlu DIRANGSANG dan kerap diberi sehingga kolustrum bertukar menjadi susu matang.
Menyusu itu bukan menggunakan kaedah 'standard' bagi setiap ibu untuk memastikan penyusuan mereka berjaya, melainkan kaedah UNIK mengikut permasalahan ibu dan bayi.
Menyusu itu bukan menjanjikan HASIL perahannya KONSISTEN, tetapi bergantung kepada bagaimana ibu menjaga DEMAND dan SUPPLY.
Menyusu itu sebenarnya, bukan MUDAH, bukan SENANG, bukan DIKURNIAKAN dengan BANYAK secara tiba-tiba dan juga tiada kena-mengena dengan faktor keturunan. Ianya perlu dirangsang, dilatih dan diberikan sokongan terutama dari segi emosi.
Kadang perahan hari ini banyak, kadang esok turun merudum.
Malam hari ibu bersengkang mata mengepam susu demi menyediakan bekalan stok untuk hari seterusnya.
"Breastfeeding mummy" LALI dengan penat lelah mengumpul stok.
"Breastfeeding mummy" LALI dengan luka dan melecet pada 'nipple'.
"Breastfeeding mummy" LALI dengan luka hati serta emosi yang dihadapinya.
SEMUANYA demi harga titisan emas buat anak tercinta.
*terdapat masalah penyusuan;
>tukang urut bukanlah penentu susu sang ibu tiada
>doktor biasa bukanlah penentu susu ibu tidak berkualiti
>ibu dan ibu mertua bukanlah penentu bayi ibu tidak kenyang
PASTIKAN jika terdapat masalah, merujuklah kepada Pakar Laktasi ataupun Doktor yang 'breastfeeding friendly'.
Mohon dibaca dengan hati serta minda yang lapang serta positif. smile emoticon
Tiada istilah ibu menyusu itu riak kerana bukanlah akibat itu mereka menjadi JUTAWAN.
Tiada istilah membangga diri kerana bukanlah akibat itu mereka menjadi POPULAR.
Tahniah kepada anda semua ibu menyusu eksklusif, ibu menyusu campur dan juga yang berniat menyusu tetapi tidak KESAMPAIAN.
Asalkan anda mempunyai niat dan telah berusaha habis-habisan, kami tahu penat lelah itu. Tetapi untuk apa? Yang penting ALLAH lebih tahu kan usaha kita.
Percaya pada 'Kun fayakun'? Percaya pada 'Man jadda wa jadda'?
Jika ya, jangan pernah putus berharap untuk menyusu walaupun baru nak dimulakan untuk anak KELIMA.
Tiada istilah terlewat.
*tiada paksaan untuk menyusu, anda berhak memilih. Pilihan di tangan anda.
NOTA ini bertujuan memberi harapan serta sokongan kepada ibu yang masih mahu menyusukan.

Salam sayang,

atia


Tuesday, January 13, 2015

Cara melatih anak menyusu dari botol sebelum mula kerja

Bismillahirrahmanirrahim

Salam sayang kepada semua pembaca budiman n mummy  jelita. Semoga kalian sihat sentiasa hendaknya serta urusan penyusuan dipermudahkan Allah.

Ok, entri kali ini saya nak share bagaimana cara melatih anak menyusu dari botol. Saya suka memudahkan cara. Saya sangat flexible dan kreatif dalam apa jua situasi, insyaallah. (Muntah hijau??? Opps..jangan muntah. Setiap kata-kata adalah doa kan? Jadi saya sedang mendoakan diri saya. Jangan mara haa..Ngeee.. ;) ) Semoga pinjaman Allah ini dapat dimanfaatkan kepada semua orang pada setiap perkongsian saya. Amin...

bayi
Gambar: Feedinggear.blogspot.com
TIPS MELATIH ANAK MENYUSU BOTOL:
1. Elakkan ibu sendiri yang melatih bayi menyusu dari botol.
2. Latihan hanya dilakukan setelah bayi mahir menyusu badan (dimulakan seminggu atau dua minggu sebelum mummy mula bekerja)
3. Puting botol susu pilih lubang yang kecil.
4. Ibu jauh dari bayi.
5. Latih ketika tiba waktu menyusu bayi.

NOTA: Cara menyusu melalui botol, tiru cara bayi breastfeed pada breast ibu. Iaitu;
a. Mulakan dengan bismillah (beberapa hari sebelum latihan dimulakan, selalu nyatakan pada bayi, bila mama tiada baby harus minum susu mama dari botol ni ya.)
b. Biar bayi yang menyedut susu ibu dari puting botol susu. (Elakkan susu sengaja dilelehkan mengalir ke dalam mulut bayi)
c. Lakukan hisapan telan, hisapan telan dan rendahkan botol untuk beberapa saat (beri bayi rehat dari menghisap, ikut rentak seolah-olah bayi menyusu dari breast)

*Untuk permulaan, jika bayi menolak untuk menyusu dari botol, elakkan memaksa. Berhenti seketika. Dan cuba lagi ketika bayi tenang. Jangan putus asa. Insyaallah. Pasti berjaya dengan izin Allah.

Penjelasan lebih lanjut untuk setiap poin di atas:

TIPS MELATIH ANAK MENYUSU BOTOL:
1. Elakkan ibu sendiri yang melatih bayi menyusu dari botol.
Rata-rata bayi yang breastfeed memang sangat kenal bau badan ibunya walaupun ibunya berada jauh beberapa jarak darinya. Aura dan bau ibu tak dapat dipisahkan dari bayi yang menyusu badan.

Oleh itu, bagi memastikan urusan pengenalan botol susu kepada bayi berjalan dengan lancar, ada baiknya minta bantuan orang lain untuk melakukan latihan. Jika boleh suami atau pembantu rumah (jika ada). Tetapi sebaiknya, jika bayi ingin dihantar kepada pengasuh, latihan dimulakan di rumah pengasuh seminggu atau seawal dua minggu sebelum ibu mula bekerja. Sekurang-kurangnya. bayi dan pengasuh dapat menyesuaikan diri serta mempunyai tempoh masa berkenalan. 

2. Latihan dilakukan setelah bayi mahir menyusu badan dan seminggu atau dua minggu sebelum mula bekerja
Sebaiknya, latihan menyusukan bayi melalui botol dilakukan setelah mummy dan baby masing-masing telah mahir breastfeed. Iaitu, cara penyusuan telah berjalan dengan lancar dan baby tahu tiada cara lain untuk minum susu, selagi bersama dengan mamanya iaitu direct melalui breast sahaja. 

Latihan dan kebiasaan tersebut biasakan telah ditanam lebih awal dalam minda bayi. Ini bagi mengelakkan bayi yang telah dilatih menyusu melalui botol, akan mengalami keliru puting dan memilih untuk menyusu melalui botol pula.

3. Puting botol susu pilih lubang yang kecil.
Elakkan memilih lubang puting yang besar dan susu mengalir laju. Kerana penyusuan badan, berbeza dengan penyusuan botol, di mana, sekiranya terdapat rangsangan pada aerola, baru susu akan mula diproses dan mengalir keluar.

Dapatkan puting susu, yang lubangnya lebih kecil dan susu hanya keluar sekiranya puting tersebut disedut oleh bayi.

NOTA: Untuk mummy yang mempunyai masalah inverted nipple, elakkan membeli puting susu yang nipplenya panjang. Jika boleh, dapatkan puting susu yang lebih pendek dan lebih kurang nipple mummy yang inverted. Ini bagi mengelakkan bayi keliru puting dan menyukarkan penyusuan badan mummy dan baby untuk sesi seterusnya. 

Bagi mummy yang mempunyai puting biasa, tiada masalah.

4. Ibu jauh dari bayi.
Percaya tak mummy, bahawa walaupun mummy bersembunyi dari bayi di bilik sebelah ataupun tingkat bawah, bayi masih boleh menghidu dan merasakan kewujudan mummynya. Betapa hebatnya bayi yang breastfeed nih kan. Subhanallah... :)

Oleh itu, jangan terkejut sekiranya ketika mencuba melatih penyusuan botol, agak sukar untuk permulaannya, walaupun dilakukan dengan bantuan suami atau ibu anda. Jangan putus asa, tetapi jangan pula memaksa. Gunakan kaedah memujuk, dan cuba lagi ketika bayi telah bertenang. Berikan baby masa dan ruang untuk menyesuaikan diri.

Usah risau, skill ini biasanya agak sukar untuk mummy yang first time breastfeed. Untuk anak seterusnya, insyaallah akan lebih mudah.

5. Latih ketika tiba waktu menyusu bayi
Biasakan melihat anggaran waktu bayi menyusu dan cuba catatkannya untuk rujukan pengasuh nanti. 

Setiap bayi lain-lain waktu menyusunya. Ada juga sesetengah bayi yang kurang menyusu pada siang hari, tetapi pulun menyusu dengan mummynya pada waktu malam. So, setiap bayi adalah berbeza. Tidak perlu kita bandingkan bayi kita dengan bayi yang lain. Ok! ;)

Baiklah, sekian dulu perkongsian pada kali ini. Best of luck! Semoga urusan penyusuan mummy semua dipermudahkan Allah.

~menyusu itu indah~

Salam sayang,

atia

* Perlukan khidmat nasihat peribadi dan penjelasan lanjut, sertai di sini.

# Diizinkan share di facebook/ blog atau mana2 sahaja media sosial untuk manfaat rakan tersayang. Mohon disertakan link rujukan ya. TQ all. :)