There was an error in this gadget

Thursday, January 8, 2015

Sebahagian gambar dan peristiwa banjir Disember 2014- Januari 2015 untuk tatapan dan ingatan

Bismillahirrahmanirrahim

Salam all pretty mummy n readers. Apa khabar semua? Semoga kalian semua sihat hendaknya serta sudah mula membina kehidupan baru di awal tahun baru 2015 ini. Yang lepas jadikan pengalaman dan pelajaran dan maju ke depan untuk kejayaan cemerlang di masa hadapan. Tiada istilah terlewat untuk berubah dan berjaya dalam kehidupan ini. Selagi ada nafas, terus maju ke depan. Allah sentiasa di sisi hamba2Nya yang berusaha. Dan paling penting, mummy harus yakin, Allah menurut sangkaan hambaNya. 

Sentiasa berfikiran positif pada setiap ujian menimpa. Ada rahmat tersembunyi di sebalik setiap sesuatu yang berlaku. Jika tidak diizinkanNya kita miliki hari ini, mungkin esok atau lusa. Waktu yang terbaik hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mummy harus kuat ya! :)

Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi kesedihan yang dialami oleh mangsa banjir. Mungkin post kali ini tiada kena mengena dengan penyusuan, tetapi sekurang-kurangnya, terdapat juga sedikit catatan ikhlas dari saya buat mereka dan sebagai ingatan untuk diri sendiri juga.

Oh ya. Ada beberapa mummy yang bertanyakan ke manakah perginya saya beberapa hari ini? Kenapa diam tanpa sebarang sharing. Rindu kat saya lah tu. Ngee.. :D . Antaranya, selain daripada busy memberi respon pada client saya (personal coach breastfeeding) , saya juga ternanti-nanti masa untuk mencuri update blog berkaitan mangsa banjir ini. Setelah siap sekurang-kurangnya satu catatan ini, mungkin legalah saya untuk kembali aktif semula di FB PAGE, onlineshop dan blog ini. Lagipun, saya ingin memberi laluan 'newsfeed' u ols supaya sentiasa penuh dengan update berita terkini mangsa banjir. Supaya kita tidak terlepas pandang dan sekurang-kurangnya sentiasa beringat untuk memberikan sekurang-kurangnya doa dan sedikit sumbangan.

Bukan mudah ya, untuk tabah dan kuat menghadapi ujian tersebut. Hilang segala-galanya dalam sekelip mata. Hilang rumah, barang berharga, barang penting malah antara dugaan paling besar, hilang nyawa orang tersayang. Hilang di dunia, kita tidak akan berjumpa lagi. Tunggulah di akhirat nanti. Itupun jika kita sama-sama dapat bertemu di syurga. Jauhnya perjalanan nak sampai ke situ. Dengan amal timbangan lagi. Takutnya kalau dibayangkan. Oleh itu, jika kurangnya amalan kita untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah, cuba kita mulakan dengan kurangkan amalan dosa dahulu. Mungkin kurangkan bercakap perkara sia-sia. Elakkan mengumpat. Maksudnya jika orang lain sedang membuka isu tak bermanfaat tersebut, maybe kita leh busykan diri dengan perkara lain yang bermanfaat. Supaya mana tahu dengan kurangnya dosa dan jimat masa untuk perkara-perkara lagha, dengan izin Allah banyak pula masa untuk kita menambah pahala.

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tetapi Allah suka hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha untuk berubah. Selagi ada usaha dan niat, pasti akan ada hasilnya. Insyaallah. Saya lahirkan kata-kata ini ibarat bercakap dengan cermin. Saya melahirkan kata-kata ini kepada diri sendiri. Cumanya, nak add sikit secebis pahala tu, share terus dengan u ols. Mana tahu ada yang terbaca kata-kata ini, secara tak sengaja terbuka hati untuk berubah, malah lebih baik dari saya, izinkan saya mendapat sedikit cebis pahala itu. Mana tahu dengan asbab tersebut, kita sama-sama berjumpa di syurga nanti. Impian harus jelas supaya tindakan seiring dengan impian dan cita-cita kita. Amin... :)

Ok, teruskan dengan cerita mangsa banjir tadi. Flashback pada tahun lepas Disember 2014, beberapa kawasan telah dilanda banjir buruk sehinggakan segalanya musnah. Walaupun ada dinyatakan bukan yang terburuk di Malaysia, tetapi keperitan yang dilalui tetap berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tambah kalau yang dipaparkan di dalam TV, mangsa banjir yang menangis, yang terkedu melihat segala kemusnahan, alang kita pun airmata bergenang, inikan pula mereka yang terpaksa memikul. Didoakan semoga semua mangsa banjir diberikan kekuatan dan ketabahan, semoga rakyat Malaysia dibukakan hati untuk memperbanyakkan sedekah dan menyumbang doa dan semoga semua yang terlibat membantu diberikan ganjaran berlipat ganda daripada Allah swt.

Saya sangat kagum dengan semangat para sukarelawan yang turun padang menyumbang wang, makanan, kudrat untuk ke sana (terpaksa tinggalkan keluarga, penat, bekerja 'round the clock', berada di tempat yang tidak selesa). Masya Allah, bukan mudah ya. Sebaliknya pula, kepada pihak yang hanya pandai berkata tetapi tidak melakukan apa-apa. Lebih baik, jika pihak yang satu lagi renung sebentar jika kata-kata yang bakal dikeluarkan ialah kata-kata yang sia-sia baik ditelan sahaja atau bercakap seorang diri. Kurang sikit dosanya. Semua dapat dilihat pada ruangan komen FB tersebut. Kita melihat, mereka juga melihat, yang lain juga melihat, cumanya kita malas nak layan sahaja. Orang yang bijak, ialah mengabaikan kata-kata negatif tersebut. Tiada manfaatnya bertelagah atau cuba menjelaskan kepada mereka. Bagi saya rugi walau sesaat untuk melayan orang seperti ini. Kannn...Yang bestnya, memang ramai yang bijak-bijak dan abaikan saja komen tak bermanfaat tersebut.  :)

Kemudian, saya sangat mengkagumi #rajashamri . Saya mengenali beliau sejak musim banjir inilah. Namanya macam biasa dengar, cuma lebih mengenali beliau sejak akhir-akhir ini. Aktifnya beliau membantu mangsa-mangsa banjir. Banyak sungguh pahala beliau dan doa dari rakyat Malaysia yang mengkagumi usaha beliau. Seronoknya jika kita mampu jadi seperti beliau kan. Paling tidak pun, sekurang-kurangnya kita menyumbang yang mana termampu, walau tak dilihat penduduk bumi, tetapi Allah menilai. Saya percaya, ramai di luar sana, sentiasa menyumbang doa dan sedekah walau dalam apa jua bentuk. Siapapun anda, semoga Allah limpahkan rezeki berganda buat anda. :)

Sebagai tanda ingatan dan muhasabah diri kita, jom kita tatap gambar-gambar di bawah sebagai peringatan buat diri kita. Semoga kita lebih menghargai dengan apa yang kita miliki dan sentiasa bersyukur di atas setiap titis nikmat yang diberi. 

2014

2014

2014

banjir 2014
Raja Shamri

2014


kelantan


kelantan

terengganu
Khemah sementara mangsa banjir

Gambar-gambar di atas hanyalah sebahagian dari peristiwa banjir, malah sedikit yang amat untuk menggambarkan situasi dan keadaan sebenar banjir pada kali ini. Cuma, sebahagian yang saya letakkan di sini, sekurang-kurangnya dapatlah dijadikan pengajaran dan ingatan buat kita. 

Semoga kita sentiasa muhasabah diri, sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan menghargai selagi ia masih ada.

Wallahualam.

Sekian.

Salam sayang,

atia




1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

Thank you for your comments! :)