Sunday, December 7, 2014

Berapa banyak susu bayi minum?

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam sayang to all dear mommies. Apa khabar semua? Semoga kita semua sentiasa dalam limpahan rahmatNya. Amin...Tahniah juga diucapkan kepada mummy yang baru bersalin. Selamat berpantang diucapkan dan selamat menempuh dunia baru. Dunia yang agak mencabar pada permulaannya, tetapi sangat manis untuk diterokai. Percayalah...menempuh alam baru sebagai ibubapa merupakan sebahagian nikmat terindah yang Allah izinkan kita merasaiNya... Sentiasa panjatkan syukur pada Allah dan mohon didoakan juga kepada rakan yang lain agar diberikan rezeki yang sama... :)

Untuk mummy yang baru saja bersalin, post kali ni memang khas untuk anda. Terutama kepada yang baru pertama kali menempuh dunia 'breastfeeding' nih... Bukan apa, saya nak sangat at least first time mummy n daddy faham secara basic tentang penyusuan ni. 

Bayi yang pertama kali lahir, perutnya masih kecil dan antibodinya pun masih belum cukup kuat untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh risiko ni. Oleh itu, susuilah anak anda hanya dengan susu ibu tanpa air masak atau apa saja makanan tambahan lain KECUALI susu ibu sahaja sehinggalah usianya 6 bulan (ekslusif breastfeeding). 

Susu ibu, mempunyai zat dan nutrien lengkap yang akan berubah ikut usia bayi. Subhanallah, best sangat kan. Logiknya perubahan nutrien tu berlaku dari air liur bayi yang mula menghisap pada breast ibu dan secara tak langsung ia akan menghantar signal ke otak supaya menghasilkan susu yang mempunyai, nutrien, zat dan protein sesuai dengan bayi tadi. Uniknya ya Allah...Serius cakap, semakin banyak ilmu kita dalami tentang perkara berkaitan penyusuan atau apa saja ilmu yang kita cuba dalami....membuatkan kita semakin insaf dan bersyukur pada Allah di atas setiap titik nikmat  kurnia yang diberi.

Disertakan gambar anggaran ukuran saiz perut bayi. Mudahan dapat membuka minda kita semua agar berhati-hati ketika ingin mula memberikan susu formula (jika anda memilih untuk memberikannya). Dan uniknya lagi susu ibu ni, walau setiap jam anak menyusu pun, tetap tidak akan terlebih dan terkurang kerana sifatnya yang mudah dihadam dan diserap dalam usus bayi berbanding susu formula (yang kebanyakan kita menganggap bayi kenyang, tetapi sebenarnya tidak, ia hanya kerana proses penghadaman yang mengambil masa menyebabkan bayi lambat meminta penyusuan seterusnya).

jumlah susu


Dan harus maklum juga, setiap ibu dan anak berbeza keperluan dan tahap penyusuan masing-masing. Jika anak telah kelihatan kenyang setelah menyusu, jangan dibandingkan dengan jiran katil sebelah yang anaknya asyik menyusu setiap jam. Selagi kedua-duanya selesa dengan keadaan tersebut dan bayi kelihatan sihat dan ceria, teruskan dengan cara masing-masing dan nikmatilah saat penyusuan terindah ini.

Satu lagi tips untuk ibu yang baru melahirkan, masa anak tidur, ibu tidur juga. Sebab ibu juga perlu rehat yang mencukupi. Biasanya keadaan ni berlarutan sampai 2 minggu. Ada yang seminggu sudah pun boleh aktif dan mula membuat stok susu. Biasanya yang aktif cepat ni, ialah mummy yang telah mempunyai pengalaman dan berpantang anak kedua. Apapun, jika anda telah kuat dan ingin memulakan sesi perahan dan mengumpul stok seawal 3 hari sudah boleh dimulakan.

Selamat berpantang, makan makanan berkhasiat, minum air mencukupi n kerapkan makan bagi memastikan penyusuan anda lancar sentiasa.

Sekian untuk kali ini. :)

~menyusu itu indah~

Salam sayang,
atia



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comments! :)