Salam gojes all,
Rindunya kat semua. Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah serta perjalanan penyusuan lancar hendaknya. AMin...
Lama tak update blog arini update sikit. Curi masa walaupun rasanya macam tiada masa. Huhu...
Biasa tak mummy alami masalah ni? Asal habis cuti panjang ja susu drop. Asal balik kampung je susu drop.
Kalau ikutkan pada mummy yang stok banyak diorang tak terkesan sangat sebab apa-apa pun akan ada back up stok dari stok susu beku. Tapi bagi mummy yang jenis kais pagi makan pagi ni, memang stress n panik kalau benda ni terjadi.
NI saya nak pesan:
PREVENTION IS BETTER THAN CURE
***Khusus untuk ibu bekerja atau ibu yang akan berpisah dengan bayi IAITU ibu-ibu yang WAJIB ada stok susu
Jika anda sedang bercuti lama (berehat dari mengepam @ memerah susu), seperti:
Cuti Hari Raya Aidilfitri
Cuti Tahun Baru Cina
Cuti Hari Raya Aidiladha dan banyak lagi...
Pastikan pantau kekerapan anak menyusu dan pengosongan sempurna payudara.
Risiko susu anda berkurang akan terjadi akibat:
-Anak penat beraya dan kurang menyusu
-Susu anda banyak kerana makan sedap
-Permintaan kurang dari biasa
-Protein FIL datang menyelinap
Kebiasaannya apabila anda kembali bekerja, hasil perahan akan kurang dari biasa kerana permintaan selama anda bercuti KURANG. (amaun anak minum dengan hasil pam tidak sama)
Jika ia terjadi, tidak perlu panik kerana ia akan kembali normal dalam masa beberapa hari.
Tetapi ada sebahagian ibu mudah PANIK, STRESS dan terganggu EMOSI apabila dalam keadaan tertekan (contohnya stok susu habis).
Pesan saya, mohon elakkan ia dari berlaku lebih selamat dan ibu lebih tenang.
*****************Ni dari FB: menyusuituindah *****************
Kenapa benda ni terjadi, sedangkan kita dah elok dah beri anak menyusu on demand? Ya...banyak faktor boleh menyebabkan ianya berlaku.
Contohnya:
Semah cuti seminggu raya sakan hari raya aidilfitri. Anak memang menyusu direct sepanjang cuti. Naik ofis susu kurang. Biasa dapat 20oz, alih-alih dah dua-tiga hari dapat 15 oz je. Paling haru kadang sekali pam boleh dapat 1 oz saja.
Ni nak kasi penerangan ringkas. Secara ringkasnya kita boleh jangkakan walaupun anak Semah nyusu direct, tapi maybe baby dia penat. Menyusu kerap tetapi tak banyak dan tak sama DEMAND macam waktu kita bekerja.
Contoh lagi: Flashback
Biasa Semah pam susu di pejabat dapat 20oz. Sekali pam boleh la dapat 5-6oz. Balik rumah tak pam langsung n susukan anak macam biasa (direct feeding).
Kesimpulannya:
DEMAND SUSU 24 jam SEMAH
Semah di pejabat 8 jam = 20 oz
Semah di rumah 10 jam = 15 oz
TOTAL DEMAND= 35 oz
* Tolak waktu tidur, rehat dan perjalanan ke pejabat
Contoh penutup: Situasi ketika bercuti di kampung aritu
DEMAND SUSU 24 jam SEMAH (direct feeding)
Semah berjalan raya 10 jam = 12 oz (anak meragam penat kadang minum susu tak banyak)
Semah di rumah 10 jam = 12 oz
TOTAL DEMAND= 24 oz
* Tolak waktu tidur dan terlentang kepenatan beraya sakan
Tu contoh satu. Nampak tak perbezaan DEMAND Semah.
Belum lagi contoh lain, jika mummy makan banyak. Sedap pula tu. Maka terjadilah susu terlebih-lebih. Anak nak minum pun tak larat. Maka datangla protein FIL berjimba dalam breast untuk STOP kan penghasilan susu. Ni semulajadi Allah dah beri. Kalau takde protein ni, maybe breast kita leh meletup cam belon kot. Hihi..
So untuk keselamatan , mohon mummy semua berhati-hati dan elakkan dari ia berlaku ya. Sebab bukan semua ibu mampu n TABAH nak kembalikan zaman kemeriahan hasil susu tu bila dah DROP.
Saya paling GERAM kalau klien saya mengadu, "saya tak sempat pam", "saya pam dapat sikit cam tak berbaloi pam susu", "saya tak pam kat pejabat susu saya ok!'. Kalau macam ni, InsyaAllah susu akan semakin berkurang dan seterusnya mengering.
Jika SUSU dah DROP, perlu bersiap sedia dan set kat minda ia memang mencabar, tetapi insyaAllah akan membuahkan hasil. Jadi better teruskan perjuangan menyusu dengan kerap pam (sepatutnya kena DOUBLE UP/ TRIPLE UP) sebab nak HACKED DEMAND semula yang susu perlu di SUPPLY dengan lebih banyak lagi.
Sekian untuk kali ini.
Wallahualam.
Salam sayang,
atia
My breastfeeding journey 2
Monday, September 7, 2015
Friday, August 14, 2015
I didn't know breastfeeding would be so hard!
Bismillahirrahmanirrahim
Salam sayang to all pretty breastfeeding n G.O.J.E.S mummy smile emoticon
Semoga sentiasa dilindungiNya serta sentiasa ceria menyusu bayi tercinta.
Menyusu itu semulajadi tetapi bukan mudah sebenarnya jika TANPA ILMU walaupun anda ialah seorang ibu yang tidak bekerja.
Menyusu itu bukan secara tiba-tiba ia keluar menjadi susu sebaik melahirkan bayi, tetapi perlu DIRANGSANG dan kerap diberi sehingga kolustrum bertukar menjadi susu matang.
Menyusu itu bukan menggunakan kaedah 'standard' bagi setiap ibu untuk memastikan penyusuan mereka berjaya, melainkan kaedah UNIK mengikut permasalahan ibu dan bayi.
Menyusu itu bukan menjanjikan HASIL perahannya KONSISTEN, tetapi bergantung kepada bagaimana ibu menjaga DEMAND dan SUPPLY.
Menyusu itu sebenarnya, bukan MUDAH, bukan SENANG, bukan DIKURNIAKAN dengan BANYAK secara tiba-tiba dan juga tiada kena-mengena dengan faktor keturunan. Ianya perlu dirangsang, dilatih dan diberikan sokongan terutama dari segi emosi.
Kadang perahan hari ini banyak, kadang esok turun merudum.
Malam hari ibu bersengkang mata mengepam susu demi menyediakan bekalan stok untuk hari seterusnya.
"Breastfeeding mummy" LALI dengan penat lelah mengumpul stok.
"Breastfeeding mummy" LALI dengan luka dan melecet pada 'nipple'.
"Breastfeeding mummy" LALI dengan luka hati serta emosi yang dihadapinya.
SEMUANYA demi harga titisan emas buat anak tercinta.
*terdapat masalah penyusuan;
>tukang urut bukanlah penentu susu sang ibu tiada
>doktor biasa bukanlah penentu susu ibu tidak berkualiti
>ibu dan ibu mertua bukanlah penentu bayi ibu tidak kenyang
>tukang urut bukanlah penentu susu sang ibu tiada
>doktor biasa bukanlah penentu susu ibu tidak berkualiti
>ibu dan ibu mertua bukanlah penentu bayi ibu tidak kenyang
PASTIKAN jika terdapat masalah, merujuklah kepada Pakar Laktasi ataupun Doktor yang 'breastfeeding friendly'.
Mohon dibaca dengan hati serta minda yang lapang serta positif. smile emoticon
Tiada istilah ibu menyusu itu riak kerana bukanlah akibat itu mereka menjadi JUTAWAN.
Tiada istilah membangga diri kerana bukanlah akibat itu mereka menjadi POPULAR.
Tahniah kepada anda semua ibu menyusu eksklusif, ibu menyusu campur dan juga yang berniat menyusu tetapi tidak KESAMPAIAN.
Asalkan anda mempunyai niat dan telah berusaha habis-habisan, kami tahu penat lelah itu. Tetapi untuk apa? Yang penting ALLAH lebih tahu kan usaha kita.
Percaya pada 'Kun fayakun'? Percaya pada 'Man jadda wa jadda'?
Jika ya, jangan pernah putus berharap untuk menyusu walaupun baru nak dimulakan untuk anak KELIMA.
Tiada istilah terlewat.
*tiada paksaan untuk menyusu, anda berhak memilih. Pilihan di tangan anda.
NOTA ini bertujuan memberi harapan serta sokongan kepada ibu yang masih mahu menyusukan.
Salam sayang,
atia
ONLINESHOP: www.facebook.com/qashrinaboutique
Tuesday, August 4, 2015
KENALI TANDA BAYI INGIN MENYUSU
Bismillahirrahmanirrahim
Salam all pretty breastfeeding mummy. Didoakan semoga kalian sentiasa sihat n ceria di samping meneruskan perjuangan penyusuan yang diakui tidak semudah yang disangka. J
Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya dapat baby girl untuk anak yang keempat ini. Cuma saya nak terus ke tajuk entri (tak sempat nak taip panjang lebar maklumla anak dah empat, mamanya dah macam sotong sekarang ni. Kalau ada 5-6 tangan pun bagus juga boleh bertindak lebih pantas).
Since ramai mummy yang dah rindu ngan post saya, since ramai yang dok pujuk-pujuk minta saya update. Saya dengan gigihnya update jua sepatah dua kata ya.
Gambar sumber: http://kemh.health.wa.gov.au/services/breastfeeding/images/baby-cues.jpg |
Kali ini tajuk entri ialah tentang:
KENALI TANDA BAYI INGIN MENYUSU
2. Mulut terbuka dan mencari-cari
3. Merengek lembut
4. Menghisap jari, tangan, selimut, cadar atau apa sahaja yang boleh disumbat ke mulut
TANDA AKHIR (tak selamat dan anak start melalak) INGIN MENYUSU
- Bayi mula menangis dengan kuat
- Bayi mula merajuk dan susah untuk dilekapkan ke payudara
Haa..nampak tak? Yang selama ni kita dok tangguh-tangguh nyusu sampai anak dah pun berteriak nangis, punyalah gelabah nak nyusu sampai mak atau mak mertua pun dah gadoh panik cakap susu kita tak cukup. Kenapa? Sebab anak pun dah merajuk bila kita dah stress, susu pun lambat nak keluar lagilah buat anak mengamuk. Sudahnya bila bancuh susu formula, anak jerit berteriak, kita dok sumbat puting botol tu dalam mulut anak, anak pun diam nyusu gopoh-gapah punyalah haus lama dok tunggu nak nyusu. Ha..dan-dan tu jugak, terus suami n mak cakap, “susu tu tak cukup, sian dia haus ha..elok dia tido ni…” adoi…untuk first time mummy mesti akan down n sedih.. tambah lak tengah berpantang kan… (Faham perasaan tu… L )
So sekarang ni, bila u ols semua dah kesan tanda anak nak menyusu, terutama bagi ibu yang sedang berpantang, cepat-cepat nyusukan anak sebelum dia dah merajuk menangis berteriak, sampai orang sekeliling dok panik minta kasi susu formula. Ok? Ada faham faham? Good girl! J
Semoga Berjaya!
Okeh…safiyyah pun dah menjerit (ni bukan sebab lambat menyusu, ni sebab abang-abang dia dok lompat atas katil, dia terperanjat lalu tension n nangis berteriak). Wuu….
Sekian n jumpa lagi.
Salam rindu dan sayang,
atia
FB: www.facebook.com/menyusuituindah
Thursday, February 5, 2015
IBU JATUH SAKIT MASIH BOLEH MENYUSUKAN BAYI?
Bismillahirrahmanirrahim...
Salam sayang to all pretty breastfeeding mummy. Rindunya pada u ols. Semoga semakin kuat dan semakin tabah menempuh ujian dalam breastfeeding nih! Bak kata entri yang lepas, "Breastfeeding is Natural But Not Always Easy" kan...Betul kan. ;)
So, tahniah kepada kita semua yang masih berusaha menyusukan bayi, sebab sememangnya ia bukanlah semudah yang disangka tambahan pula untuk first time mummy + bekerja lagi. Akan ada sahaja hari ups and downs memasing kan... Pergghh...memang mencabar! Tetapi indah bila kita berjaya mengatasinya, insyaallah. :)
Ok, entri kali ini ialah bagaimana pula jika mummy jatuh sakit, masih bolehkah menyusu?
Contoh penyakit:
# Diizinkan share di facebook/ blog atau mana2 sahaja media sosial untuk manfaat rakan tersayang. Mohon disertakan link rujukan ya. TQ all. :)
Salam sayang to all pretty breastfeeding mummy. Rindunya pada u ols. Semoga semakin kuat dan semakin tabah menempuh ujian dalam breastfeeding nih! Bak kata entri yang lepas, "Breastfeeding is Natural But Not Always Easy" kan...Betul kan. ;)
So, tahniah kepada kita semua yang masih berusaha menyusukan bayi, sebab sememangnya ia bukanlah semudah yang disangka tambahan pula untuk first time mummy + bekerja lagi. Akan ada sahaja hari ups and downs memasing kan... Pergghh...memang mencabar! Tetapi indah bila kita berjaya mengatasinya, insyaallah. :)
Ok, entri kali ini ialah bagaimana pula jika mummy jatuh sakit, masih bolehkah menyusu?
Contoh penyakit:
- Demam panas
- Cirit-birit
- Sakit gigi
- Selesema
- Tonsil
- dan banyak lagi..
Jawapannya ialah BOLEH. Jika penyakit yang dihidapi mummy memerlukan ubat, antibiotik dan sebagainya, ada baiknya maklumkan kepada doktor bahawa anda sedang breastfeed anak. Kebiasaannya, klinik kerajaan sangat support breastfeeding, dan jika mummy memaklumkan hal tersebut, insyaallah mummy akan diberikan ubat yang selamat dosnya buat menyusukan bayi.
Tetapi, sila berhati-hati juga dengan klinik swasta, di mana apabila kita diberikan ubat, doktor tersebut pun kurang pasti tahap keselamatannya untuk mummy yang breastfeed, dan jangan terkejut jika mummy disuruh berhenti menyusu buat sementara waktu. (tak semua klinik, tetapi saya sendiri pernah terkena).
Antara ayatnya," It's ok. U sedang sakit. Don't be selfish. U still can continue breastfeed ur baby selepas u sembuh. Buat sementara kasi dia formula dulu".
Ok, jika mummy tak pasti ubat tersebut selamat atau tidak, cadangan saya, bawa ubat tersebut dan rujuk di klinik kesihatan sama ada ia selamat untuk mummy yang breastfeed. Atau jika dah tak larat, sebab sakit yang amat, better mummy gantikan penyusuan direct dengan susu perahan (stok EBM) daripada digantikan dengan susu formula.
Dan jangan pula, sementelah kita sakit, kita pun ambil kesempatan tidur dengan lena tanpa maintainkan demand tersebut. Sesi skip penyusuan dengan baby tadi, WAJIB diganti dengan sesi pengepaman. Jika mummy khuatir susu tersebut kandungannya tidak selamat akibat dos ubat tadi, BUANGKAN saja hasil pam tadi. Tidak mengapa. Itu lebih baik daripada mummy skip sesi penyusuan kerana aktiviti ini akan mengurangkan hasil susu. Dan untuk mendapatkannya semula, bukan semudah disangka. Oleh itu, MENCEGAH LEBIH BAIK! Ni reminder ikhlas dari saya. Sebab bukan mudah ya, bila penghasilan susu mula menurun, kita nak tingkatkan semula. Hanya mummy yang berjiwa kental dan kuat semangat sahaja yang berjaya hadapi semua ini. Sebahagiannya tak larat nak tingkatkan demand. Sebab, sememangnya PENAT. Ya, memang penat. :(
Tetapi, sebagai langkah keselamatan dan untuk menyedapkan hati mummy, better jangan dibuang dahulu hasil pam tersebut. Cuma asingkan dan tandakan stok susu yang dipam ketika makan ubat tersebut, kemudian bila dah larat, bawakan ubat tersebut dan rujuk semula di klinik kerajaan sama ada ia selamat atau tidak untuk kegunaan bayi. Jika selamat, YAYY!!! stok susu tadi bolehlah disimpan untuk kegunaan akan datang.
Yang penting jaga demand okeh! ;)
Cuma nak explain sedikit tentang penyakit yang menimpa mummy tadi. Kelebihan mummy yang breastfeed sebenarnya, pada ketika mummy sakit, badan mummy sedang menyediakan antibodi untuk melawan penyakit tersebut, di mana ketika penyusuan bayi turut mendapat manfaatnya. So, mummy tak perlu risau tentang jangkitan. Cuma jika boleh, bagi penyakit DEMAM PANAS dan SELESEMA elakkan menyebarkan virus mummy melalui pernafasan serta batuk. Sebab virus tersebut boleh tersebar melalui udara. (Time nyusu tu, tutuplah hidung mummy dengan sapu tangan ok. :) )
Untuk mummy yang menghidap CIRIT-BIRIT pun tidak sepatutnya risau. Boleh terus menyusukan bayi seperti biasa, insyaallah. Sebab antibodi tu ada pada susu mummy.
Oh ya. Ketika sakit, penghasilan susu berkurang merupakan perkara biasa. Ia akan pulih semula sebaik sahaja mummy sembuh dari penyakit tersebut. Cuma, tempoh masa berbeza bagi setiap mummy serta cara mummy mengendalikan penyusuan ketika sakit. Ia agak mencabar, bagi mummy yang ketika sedang jatuh sakit, menggantikan penyusuan bayi dengan susu formula serta skip sesi penyusuan.
Sumber rujukan lain mummy boleh juga rujuk di sini:
Is it safe to breastfeed if I'm sick?
Semoga perkongsian ringkas ini memberikan manfaat buat mummy semua.
Sekian untuk kali ini.
~menyusu itu indah~
Salam sayang,
atia
LIKE PAGE: www.facebook.com/menyusuituindah
Perlukan khidmat nasihat peribadi berkaitan penyusuan? klik sini.
Saturday, January 24, 2015
Breastfeeding is Natural But Not Always Easy
Bismillahirrahmanirrahim
Salam sayang to all mummy yang sentiasa berjuang sehabis baik untuk memberikan yang terbaik buat bayi. Tahniah diucapkan!!! Semoga istiqamah serta tabah menghadapi ketika cabaran atau ujian mendatang dalam tempoh penyusuan. Semoga segala cabaran yang berjaya diatasi dapat memberikan kekuatan dan pelajaran pada kita untuk di masa akan datang serta memudahkan penyusuan seterusnya, insyaallah. :)
Tajuk entri je gempak in English. Tapi ulasan lanjut bahasa melayu kita. Hehe, sebab dah cuba adjust ayat sehabis baik untuk di melayukan macam kurang tepat and firm. Tapi kalau letak tajuk seperti di atas terus tepat, direct n jelas kan. :D
Entri kali ni memang ditujukan khas buat semua mummy yang breastfeed (tak kira fully atau campur dengan formula atau yang gagal breastfeed di pertengahan jalan). Hanya kita yang faham perasaan dan situasi mummy yang berusaha untuk breastfeed. Sebabnya, setiap mummy hadapi pelbagai cabaran berbeza tak kira secara fizikal (inverted nipple contohnya), kesihatan (jatuh sakit atau mempunyai penyakit tertentu yang menghalang kelancaran breastfeed), emosi (cabaran dari orang sekeliling), ilmu (cabaran kerana tiadanya ilmu tentang breastfeeding), tekanan (cabaran dari pelbagai keadaan) dan sebagainya.
Breastfeeding memang semulajadi. Memang Allah menjadikan seseorang ibu itu untuk melahirkan dan seterusnya menyusukan anak-anak mereka. Tetapi, ia tidaklah semudah yang disangka tambahan pula bagi ibu yang bekerjaya. Justeru (wahhh ayat!)...kepada mummy yang gagal breastfeed pada kelahiran pertama atau sebelumnya usah merasa kecewa dan putus asa, kerana masih ramai mummy di luar sana yang gagal breastfeed pada awalnya tetapi kemudian berjaya untuk penyusuan anak seterusnya.
Antara sebahagian kecil cabaran yang boleh disenaraikan (sebenarnya banyak lagi):
1. Susu tiada
2. Susu kurang
3. Menyusu tetapi ibu rasa menyakitkan
4. Cabaran orang sekeliling yang tidak yakin dengan esklusif breastfeed (risau anak tidak kenyang)
5. Ibu yang sedang sakit/ stress
6. Ibu yang tiada langsung persediaan serta ilmu tentang penyusuan
7. Faktor lain (tanpa mengabaikan proses demand melalui penyusuan dan pengepaman) seperti uri terlekat, anemia, obesiti, masalah hormon tiroid dan sebagainya
Cara atasi secara ringkasnya:
1. Susu tiada = kenalpasti punca dan penyebab susu tiada (ibu tidak yakin diri, tiada rangsangan penyusuan dari bayi, cara lekapan penyusuan yang salah, masalah pemakanan ibu, tekanan, penyakit dan sebagainya)
2. Susu kurang = kenalpasti punca dan penyebab susu kurang (sama seperti di atas atau mungkin juga boleh dikenalpasti puncanya berapa banyak yang kurang atau ibu yang kurang keyakinan diri akibat bayi meragam yang pada hakikatnya bukan kerana susu berkurang, tetapi bayi mungkin sedang alami peralihan bulan, tidak sihat dan sebagainya).
Banyak berlaku, mummy sendiri yang rasa susunya kurang sedangkan susunya mencukupi. Penjelasan lanjut berbeza untuk setiap situasi. Tetapi yang paling banyak kes dihadapi ialah punca yang sama. Mummy salah faham dan digabung dengan bisikan sekeliling yang menambahkan tekanan mummy akhirnya membuatkan mummy keliru dan kurang keyakinan diri bahawa susunya mencukupi.
Banyak berlaku, mummy sendiri yang rasa susunya kurang sedangkan susunya mencukupi. Penjelasan lanjut berbeza untuk setiap situasi. Tetapi yang paling banyak kes dihadapi ialah punca yang sama. Mummy salah faham dan digabung dengan bisikan sekeliling yang menambahkan tekanan mummy akhirnya membuatkan mummy keliru dan kurang keyakinan diri bahawa susunya mencukupi.
3. Menyusu tetapi ibu rasa menyakitkan (akibat cara lekapan penyusuan yang salah, ibu tidak bersedia atau tidak membuat persiapan untuk menyusu).
Untuk kes ini, proses latihan kemahiran penyusuan dan penyesuaian diri perlu dilakukan secara agresif ketika tempoh berpantang kerana hanya pada tempoh ini ibu mempunyai masa yang paling banyak dengan bayi.
Di samping itu, pengetahuan asas tentang proses penyusuan hendaklah digali dengan lebih mendalam melalui pembacaan pada laman web berkaitan penyusuan dan mendengar kisah serta pengalaman ibu lain yang berjaya. (Jika boleh, cari kisah inspirasi yang sama dengan masalah yang dihadapi bagi meningkatkan keyakinan diri serta mengatasi cabaran tersebut dengan lebih efektif).
Untuk kes ini, proses latihan kemahiran penyusuan dan penyesuaian diri perlu dilakukan secara agresif ketika tempoh berpantang kerana hanya pada tempoh ini ibu mempunyai masa yang paling banyak dengan bayi.
Di samping itu, pengetahuan asas tentang proses penyusuan hendaklah digali dengan lebih mendalam melalui pembacaan pada laman web berkaitan penyusuan dan mendengar kisah serta pengalaman ibu lain yang berjaya. (Jika boleh, cari kisah inspirasi yang sama dengan masalah yang dihadapi bagi meningkatkan keyakinan diri serta mengatasi cabaran tersebut dengan lebih efektif).
4. Cabaran orang sekeliling (kadang orang terdekat, suami atau ibu sendiri yang tidak yakin dengan penyusuan ibu. Secara tidak langsung memberikan tekanan kepada mummy).
Untuk kes ini, memang sangat mencabar dan memerlukan kekuatan dalaman mummy sendiri iaitu secara mental dan fizikal. Bagi mengatasi masalah ini, jika anda merasa berseorangan ingatlah Allah yang sentiasa di sisi kita pada setiap saat. Banyakkan memohon kekuatan dariNya. Kenangkan juga rakan seperjuangan kita (breastfeeding mummy) yang menghadapi situasi yang sama seperti kita di luar sana (means anda tidak berseorangan sebenarnya).
Tips ringkas ialah, elakkan anda cuba menerangkan apa sahaja pandangan anda kepada mereka. Iyakan sahaja. Fikir positif, mereka tiada pendedahan serta ilmu tentang breastfeeding, masakan boleh berfikiran dan berpandangan sama seperti kita. Dan kerana kasih dan concern mereka kepada bayi tersebut menyebabkan mereka bertindak demikian. Hormati pandangan mereka, cuba pujuk mereka dengan menyatakan "anda sedang usaha menyusukan bayi anda dengan susu anda selagi mencukupi, dan jika anda merasa anda tidak mampu, masakan seorang ibu sanggup membiarkan anaknya menangis kelaparan". (Ni ayat penenang untuk mereka sahaja. Sedangkan dalam hati u ols, WAJIB yakinkan diri bahawa anda mampu menyusukan bayi dengan izin Allah. Okeh! Chaiyokk!! ;) )
Untuk kes ini, memang sangat mencabar dan memerlukan kekuatan dalaman mummy sendiri iaitu secara mental dan fizikal. Bagi mengatasi masalah ini, jika anda merasa berseorangan ingatlah Allah yang sentiasa di sisi kita pada setiap saat. Banyakkan memohon kekuatan dariNya. Kenangkan juga rakan seperjuangan kita (breastfeeding mummy) yang menghadapi situasi yang sama seperti kita di luar sana (means anda tidak berseorangan sebenarnya).
Tips ringkas ialah, elakkan anda cuba menerangkan apa sahaja pandangan anda kepada mereka. Iyakan sahaja. Fikir positif, mereka tiada pendedahan serta ilmu tentang breastfeeding, masakan boleh berfikiran dan berpandangan sama seperti kita. Dan kerana kasih dan concern mereka kepada bayi tersebut menyebabkan mereka bertindak demikian. Hormati pandangan mereka, cuba pujuk mereka dengan menyatakan "anda sedang usaha menyusukan bayi anda dengan susu anda selagi mencukupi, dan jika anda merasa anda tidak mampu, masakan seorang ibu sanggup membiarkan anaknya menangis kelaparan". (Ni ayat penenang untuk mereka sahaja. Sedangkan dalam hati u ols, WAJIB yakinkan diri bahawa anda mampu menyusukan bayi dengan izin Allah. Okeh! Chaiyokk!! ;) )
5. Ibu yang sedang sakit/ stress (pada ketika ini perlukan rehat mencukupi, supplemen (jika perlu) dan makanan berkhasiat bagi menampung keperluan susu bayi serta membina keyakinan diri mummy).
Oleh itu, jika anda telah mula bekerja, sebaiknya ambil cuti. Sebab jika boleh saya tidak menggalakkan mummy yang sedang stress gunakan stok susu mereka (especially mummy yang mempunyai bekalan stok susu cukup-cukup makan atau ngam-ngam).
Seperti yang kita semua tahu, ketika stress, susu akan sedikit merudum (jika guna pam). Tetapi, rangsangan terus dari bayi insyaallah kurang terkesan, sebab memang bayi adalah rangsangan semulajadi terbaik untuk penghasilan susu ibu.
So, untuk tidak memberatkan lagi stress tersebut, ambillah cuti rehat dan menyusu bayi secara terus ketika anda sedang sakit. Dapat tengok muka anak lama-lama pun boleh menghilangkan stress, insyaallah. :)
Oleh itu, jika anda telah mula bekerja, sebaiknya ambil cuti. Sebab jika boleh saya tidak menggalakkan mummy yang sedang stress gunakan stok susu mereka (especially mummy yang mempunyai bekalan stok susu cukup-cukup makan atau ngam-ngam).
Seperti yang kita semua tahu, ketika stress, susu akan sedikit merudum (jika guna pam). Tetapi, rangsangan terus dari bayi insyaallah kurang terkesan, sebab memang bayi adalah rangsangan semulajadi terbaik untuk penghasilan susu ibu.
So, untuk tidak memberatkan lagi stress tersebut, ambillah cuti rehat dan menyusu bayi secara terus ketika anda sedang sakit. Dapat tengok muka anak lama-lama pun boleh menghilangkan stress, insyaallah. :)
6. Ibu yang tiada langsung persediaan serta ilmu penyusuan (ibu panik ketika anak menangis, tidak diberikan ketenangan dan keyakinan diri malah disalahkan pula bahawa susu tidak cukup atau anak tidak kenyang, sedangkan susu ibu tidak lancar akibat stress dengan tekanan orang sekeliling atau situasi yang tak support mummy).
Untuk kes ini, memang inilah antara faktor paling banyak sekali 'client' saya (rakan seperjuangan kita) gagal meneruskan penyusuan di pertengahan jalan. Yang ini memang sangat mencabar tahap gaban. Sebab bila tiada ilmu tentang breastfeeding, kekuatan dari mana lagi yang mereka boleh dapatkan melainkan dengan putus asa sahaja. Kecuali ada sebahagian mummy yang jenis proaktif, akan segera melakukan research atau at least melakukan pembacaan melalui internet, buku dan sebagainya bagi menjayakan breastfeeding nih!
Untuk kes ini, memang inilah antara faktor paling banyak sekali 'client' saya (rakan seperjuangan kita) gagal meneruskan penyusuan di pertengahan jalan. Yang ini memang sangat mencabar tahap gaban. Sebab bila tiada ilmu tentang breastfeeding, kekuatan dari mana lagi yang mereka boleh dapatkan melainkan dengan putus asa sahaja. Kecuali ada sebahagian mummy yang jenis proaktif, akan segera melakukan research atau at least melakukan pembacaan melalui internet, buku dan sebagainya bagi menjayakan breastfeeding nih!
7. Faktor lain (tanpa mengabaikan proses demand melalui penyusuan dan pengepaman) seperti uri terlekat, anemia, obesiti, masalah hormon tiroid dan sebagainya. Cara atasi, setelah penyelesaian masalah penyusuan masih gagal melalui kaedah urutan, permintaan melalui penyusuan dan pengepaman dikekalkan, pemakanan baik dan telah berjumpa doktor, selanjutnya WAJIB RUJUK PAKAR LAKTASI. Bukan doktor biasa. Insyaallah pakar laktasi akan berusaha menyemak dan mencari punca sebenar penyebab utama masalah penyusuan tadi. Sama juga seperti penyakit kanser, kita akan rujuk pada doktor pakar kanser tentang penyakit kanser, begitu jugalah dengan masalah penyusuan, rujuklah pada pakar laktasi.
Mungkin kerana ramai mummy yang masih belum tahu tentang kewujudan pakar laktasi ini. (Jika tidak mampu merujuk kepada pakar laktasi yang berbayar, rujuklah pakar laktasi atau pihak kesihatan di klinik-klinik kerajaan yang sentiasa ternanti-nanti kehadiran mummy yang bermasalah dalam penyusuan).
Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Cuma nak remind sekali lagi, bahawa menyusu memang semulajadi dan fitrah keibuan, tetapi tidaklah semudah yang disangka.
Oleh itu, TAHNIAH kepada semua ibu yang berjaya breastfeed, tidak kira bagaimana cabaran yang anda telah hadapi! Kita semua tahu bahawa menyusu itu bukan mudah, tetapi detik terindah ketika menyusu memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. ;)
Melihat anak membesar dengan hasil setiap titis susu kita sendiri, masya Allah sukar untuk digambarkan nikmatnya. Mengenang kembali kepayahan menentang cabaran penyusuan (terutama ibu yang bekerjaya, mempunyai masalah inverted nipple, menyusu anak kembar and so on...) setelah complete misi 2 tahun atau tidak kisah berapa lama target anda, alangkah manisnya. :)
TAHNIAH dan semoga terus bersemangat untuk menjayakan penyusuan bagi anak-anak tercinta berikutnya!!!
Kepada mummy yang tidak berjaya untuk penyusuan sebelumnya, yakinlah bahawa sebahagian dari anda, kadangkala lebih berjaya menyempurnakan penyusuan lebih baik dari kami untuk anak berikutnya. Insyaallah, jika ada niat pasti akan berjaya.
Saya sangat 'salute', tabik spring bertingkat-tingkat kepada seorang mummy ni, "MRS NORAINI", beliau masih mampu breastfeed anak beliau walaupun pernah menjalani pembedahan payudara suatu masa dahulu. Masya Allah, kuat semangat sungguh! Walaupun hasil perahan susu beliau mungkin tidak sebanyak ibu lain, tetapi semangat beliau meneruskan breastfeeding sehingga sekarang sangat saya kagumi.
Begitu juga dengan "MUMMY ELL" (masalah anak asyik melekap 24 jam), "MUMMY AYU" (terpaksa berhenti menyusu atas alasan yang tidak dapat dielakkan akibat jatuh sakit tetapi masih berusaha untuk melakukan relaktasi semula bagi menyambung penyusuan beliau).
Semoga urusan penyusuan mereka dipermudahkan Allah SWT dan semangat mereka dapat dijadikan inspirasi kepada kita semua. :D
Mungkin kerana ramai mummy yang masih belum tahu tentang kewujudan pakar laktasi ini. (Jika tidak mampu merujuk kepada pakar laktasi yang berbayar, rujuklah pakar laktasi atau pihak kesihatan di klinik-klinik kerajaan yang sentiasa ternanti-nanti kehadiran mummy yang bermasalah dalam penyusuan).
Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Cuma nak remind sekali lagi, bahawa menyusu memang semulajadi dan fitrah keibuan, tetapi tidaklah semudah yang disangka.
Oleh itu, TAHNIAH kepada semua ibu yang berjaya breastfeed, tidak kira bagaimana cabaran yang anda telah hadapi! Kita semua tahu bahawa menyusu itu bukan mudah, tetapi detik terindah ketika menyusu memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. ;)
Melihat anak membesar dengan hasil setiap titis susu kita sendiri, masya Allah sukar untuk digambarkan nikmatnya. Mengenang kembali kepayahan menentang cabaran penyusuan (terutama ibu yang bekerjaya, mempunyai masalah inverted nipple, menyusu anak kembar and so on...) setelah complete misi 2 tahun atau tidak kisah berapa lama target anda, alangkah manisnya. :)
TAHNIAH dan semoga terus bersemangat untuk menjayakan penyusuan bagi anak-anak tercinta berikutnya!!!
Kepada mummy yang tidak berjaya untuk penyusuan sebelumnya, yakinlah bahawa sebahagian dari anda, kadangkala lebih berjaya menyempurnakan penyusuan lebih baik dari kami untuk anak berikutnya. Insyaallah, jika ada niat pasti akan berjaya.
Saya sangat 'salute', tabik spring bertingkat-tingkat kepada seorang mummy ni, "MRS NORAINI", beliau masih mampu breastfeed anak beliau walaupun pernah menjalani pembedahan payudara suatu masa dahulu. Masya Allah, kuat semangat sungguh! Walaupun hasil perahan susu beliau mungkin tidak sebanyak ibu lain, tetapi semangat beliau meneruskan breastfeeding sehingga sekarang sangat saya kagumi.
Begitu juga dengan "MUMMY ELL" (masalah anak asyik melekap 24 jam), "MUMMY AYU" (terpaksa berhenti menyusu atas alasan yang tidak dapat dielakkan akibat jatuh sakit tetapi masih berusaha untuk melakukan relaktasi semula bagi menyambung penyusuan beliau).
Semoga urusan penyusuan mereka dipermudahkan Allah SWT dan semangat mereka dapat dijadikan inspirasi kepada kita semua. :D
Amin...
Sekian, sahaja coretan saya pada kali ini.
Haza min fadhli rabbi.
Jumpa lagi kita di lain masa, insyaallah.
Teruskan sokongan anda kepada saya! Dengan sokongan anda, menyuntik semangat saya untuk menulis dan berkongsi lebih lagi.
LIKE untuk info ringkas di: www.facebook.com/menyusuituindah
Salam sayang,
atia
*P/S: Dear all pretty breastfeeding mummy, saya mohon maaf sangat-sangat jika ada sebahagian banyak pertanyaan yang tidak terjawab di FB PAGE, Comment, email dan lain-lain sumber. (Sehari saya dapat lebih 30 soalan dari mummy n setiap hari ia bertambah)
Insyaallah, pertanyaan anda akan saya jawab secara perkongsian umum menerusi blog sedikit demi sedikit, kerana saya sedang fokus kepada sesi Q n A"Personal Coach" bersama mummy yang terlibat. Jika berminat untuk sertai, boleh baca lanjut di sini.
Terima kasih kerana memahami. ;)
Hopefully tidak merajuk ya. Boleh search artikel sebelum ini, jika pertanyaan anda telah saya jawab menerusi blog post contoh "melatih anak menyusu melalui botol", "petua banyakkan susu" dan lain-lain...
Semoga urusan mummy dipermudahkan Allah SWT jua...Amin...
Tuesday, January 13, 2015
Cara melatih anak menyusu dari botol sebelum mula kerja
Bismillahirrahmanirrahim
Salam sayang kepada semua pembaca budiman n mummy jelita. Semoga kalian sihat sentiasa hendaknya serta urusan penyusuan dipermudahkan Allah.
Ok, entri kali ini saya nak share bagaimana cara melatih anak menyusu dari botol. Saya suka memudahkan cara. Saya sangat flexible dan kreatif dalam apa jua situasi, insyaallah. (Muntah hijau??? Opps..jangan muntah. Setiap kata-kata adalah doa kan? Jadi saya sedang mendoakan diri saya. Jangan mara haa..Ngeee.. ;) ) Semoga pinjaman Allah ini dapat dimanfaatkan kepada semua orang pada setiap perkongsian saya. Amin...
Gambar: Feedinggear.blogspot.com |
TIPS MELATIH ANAK MENYUSU BOTOL:
1. Elakkan ibu sendiri yang melatih bayi menyusu dari botol.
2. Latihan hanya dilakukan setelah bayi mahir menyusu badan (dimulakan seminggu atau dua minggu sebelum mummy mula bekerja)
3. Puting botol susu pilih lubang yang kecil.
4. Ibu jauh dari bayi.
5. Latih ketika tiba waktu menyusu bayi.
NOTA: Cara menyusu melalui botol, tiru cara bayi breastfeed pada breast ibu. Iaitu;
a. Mulakan dengan bismillah (beberapa hari sebelum latihan dimulakan, selalu nyatakan pada bayi, bila mama tiada baby harus minum susu mama dari botol ni ya.)
b. Biar bayi yang menyedut susu ibu dari puting botol susu. (Elakkan susu sengaja dilelehkan mengalir ke dalam mulut bayi)
c. Lakukan hisapan telan, hisapan telan dan rendahkan botol untuk beberapa saat (beri bayi rehat dari menghisap, ikut rentak seolah-olah bayi menyusu dari breast)
*Untuk permulaan, jika bayi menolak untuk menyusu dari botol, elakkan memaksa. Berhenti seketika. Dan cuba lagi ketika bayi tenang. Jangan putus asa. Insyaallah. Pasti berjaya dengan izin Allah.
Penjelasan lebih lanjut untuk setiap poin di atas:
TIPS MELATIH ANAK MENYUSU BOTOL:
1. Elakkan ibu sendiri yang melatih bayi menyusu dari botol.
Rata-rata bayi yang breastfeed memang sangat kenal bau badan ibunya walaupun ibunya berada jauh beberapa jarak darinya. Aura dan bau ibu tak dapat dipisahkan dari bayi yang menyusu badan.
Oleh itu, bagi memastikan urusan pengenalan botol susu kepada bayi berjalan dengan lancar, ada baiknya minta bantuan orang lain untuk melakukan latihan. Jika boleh suami atau pembantu rumah (jika ada). Tetapi sebaiknya, jika bayi ingin dihantar kepada pengasuh, latihan dimulakan di rumah pengasuh seminggu atau seawal dua minggu sebelum ibu mula bekerja. Sekurang-kurangnya. bayi dan pengasuh dapat menyesuaikan diri serta mempunyai tempoh masa berkenalan.
2. Latihan dilakukan setelah bayi mahir menyusu badan dan seminggu atau dua minggu sebelum mula bekerja
Sebaiknya, latihan menyusukan bayi melalui botol dilakukan setelah mummy dan baby masing-masing telah mahir breastfeed. Iaitu, cara penyusuan telah berjalan dengan lancar dan baby tahu tiada cara lain untuk minum susu, selagi bersama dengan mamanya iaitu direct melalui breast sahaja.
Latihan dan kebiasaan tersebut biasakan telah ditanam lebih awal dalam minda bayi. Ini bagi mengelakkan bayi yang telah dilatih menyusu melalui botol, akan mengalami keliru puting dan memilih untuk menyusu melalui botol pula.
3. Puting botol susu pilih lubang yang kecil.
Elakkan memilih lubang puting yang besar dan susu mengalir laju. Kerana penyusuan badan, berbeza dengan penyusuan botol, di mana, sekiranya terdapat rangsangan pada aerola, baru susu akan mula diproses dan mengalir keluar.
Dapatkan puting susu, yang lubangnya lebih kecil dan susu hanya keluar sekiranya puting tersebut disedut oleh bayi.
NOTA: Untuk mummy yang mempunyai masalah inverted nipple, elakkan membeli puting susu yang nipplenya panjang. Jika boleh, dapatkan puting susu yang lebih pendek dan lebih kurang nipple mummy yang inverted. Ini bagi mengelakkan bayi keliru puting dan menyukarkan penyusuan badan mummy dan baby untuk sesi seterusnya.
Bagi mummy yang mempunyai puting biasa, tiada masalah.
4. Ibu jauh dari bayi.
Percaya tak mummy, bahawa walaupun mummy bersembunyi dari bayi di bilik sebelah ataupun tingkat bawah, bayi masih boleh menghidu dan merasakan kewujudan mummynya. Betapa hebatnya bayi yang breastfeed nih kan. Subhanallah... :)
Oleh itu, jangan terkejut sekiranya ketika mencuba melatih penyusuan botol, agak sukar untuk permulaannya, walaupun dilakukan dengan bantuan suami atau ibu anda. Jangan putus asa, tetapi jangan pula memaksa. Gunakan kaedah memujuk, dan cuba lagi ketika bayi telah bertenang. Berikan baby masa dan ruang untuk menyesuaikan diri.
Usah risau, skill ini biasanya agak sukar untuk mummy yang first time breastfeed. Untuk anak seterusnya, insyaallah akan lebih mudah.
5. Latih ketika tiba waktu menyusu bayi
Biasakan melihat anggaran waktu bayi menyusu dan cuba catatkannya untuk rujukan pengasuh nanti.
Setiap bayi lain-lain waktu menyusunya. Ada juga sesetengah bayi yang kurang menyusu pada siang hari, tetapi pulun menyusu dengan mummynya pada waktu malam. So, setiap bayi adalah berbeza. Tidak perlu kita bandingkan bayi kita dengan bayi yang lain. Ok! ;)
Baiklah, sekian dulu perkongsian pada kali ini. Best of luck! Semoga urusan penyusuan mummy semua dipermudahkan Allah.
~menyusu itu indah~
Salam sayang,
atia
* Perlukan khidmat nasihat peribadi dan penjelasan lanjut, sertai di sini.
# Diizinkan share di facebook/ blog atau mana2 sahaja media sosial untuk manfaat rakan tersayang. Mohon disertakan link rujukan ya. TQ all. :)
Monday, January 12, 2015
Petua banyakkan susu ibu
Bismillahirrahmanirrahim
Salam sayang kepada semua pembaca setia blog ini dan mummy jelita yang masih meneruskan perjuangan breastfeed. Semoga urusan kalian serta kita semua sentiasa dipermudahkanNya.
Maaf atas kelewatan update blog, kerana saya masih meneruskan perjuangan menjalankan sesi personal coach bersama beberapa mummy pada setiap hari. Jadual agak padat, disebabkan mummy pun, beri soalan berperingkat (tak hantar sekaligus). Tetapi memang saya benarkan, sebab maybe mereka nak shortlisted soalan penting sahaja yang patut ditanya. Manakala soalan lain, maybe mummy nak google sendiri kot.
Untuk mummy yang bertanyakan soalan dan masih belum mendapat respon, saya masih berusaha membalasnya secara berperingkat. Ada yang email, PM di facebook, PM di page yang masih belum berbalas, harap bersabar ya. Saya sedang usahakan membalasnya. Insyaallah saya sedang usaha jawab satu2 (walaupun serius rasa cam nak nangis, kalau boleh taknak tidur n jawab terus on the spot soalan dari mummy semua ... ). Saya memberi keutamaan kepada mummy yang join personal coach bersama saya. Jika mummy berminat, jangan lepaskan peluang untuk menyertainya, untuk maklumat lanjut boleh rujuk link ini. Insyaallah saya akan usaha memberikan maklumbalas terbaik.
Ok, entri kali ini, saya nak kupas tajuk PETUA BANYAKKAN SUSU IBU. Memandangkan soalan ini paling banyak ditanya. Jemput baca ya. Mudahan bermanfaat. :)
Hasil pam susu di ofis (3 kali pam) |
PETUA BANYAKKAN SUSU IBU
1. Kerapkan direct feeding + teknik lekapan bayi betul + payudara dikosongkan sepenuhnya
2. Pam susu secara konsisten untuk kekalkan demand
3. Makan makanan berkhasiat + air mencukupi dalam badan
4. Latih kemahiran mewujudkan kehadiran LDR + kerapkan kehadirannya pada setiap kali penyusuan/ pengepaman
5. Kerapkan penyusuan pada waktu malam
6. Elakkan stress dan gangguan emosi
7. Bercuti jika ibu jatuh sakit/ tidak sihat
Ringkasannya seperti di atas dan di bawah ialah penjelasan lanjutnya. Oh ya, kenapa ek pada kali ini petua banyakkan susu ibu ni saya bukan berikan senarai pemakanan yang membantu meningkatkan susu ibu, Sebabnya, petua-petua tersebut mummy dah boleh google. Banyak dah page lain dah kongsikan senarai tersebut. Cumanya, saya nak highlight juga, bahawa bukan sahaja pemakanan yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira dan dijalankan secara seiring.
Perlu diingatkan juga, bahawa setiap ibu adalah unik dan berbeza. Penerimaan dan tahap penyerapan badan kita semua tidak sama. Tahap metabolisma, jenis darah, cara pemakanan, amalan kehidupan setiap kita semua berbeza. Jadinya, mummy jangan sedih atau panik jika mummy makan makanan tertentu, tiada sebarang kesan peningkatan susu, sedangkan mummy lain ada terkesan. Cari lagi dan kenalpasti milk booster kita. Catatkan supaya tidak lupa n boleh juga tengok, top 5 milk booster kita, yang mana satu paling berkesan dan paling banyak menghasilkan susu. So, makanlah ia ketika saat diperlukan (time susu merudum, mummy jatuh sakit, period dan sebagainya).
Milk booster ni, namanya pun dah penggalak susu ibu. tidak perlu dimakan hari-hari sebenarnya. Sama macam kita minum kopi, lama-lama ia pun boleh jadi immune. Sebab jangan lupa, hasil susu kita juga berkait rapat dengan demand bayi atau kekerapan mengepam. Jika kita makan penggalak susu ibu, kitaran permintaan maintain, ia tetap juga akan hasilkan susu ikut permintaan.
Logikkah kita makan milk booster, hari-hari susu melimpah sampai basah baju semua, dah kelam-kabut pula asyik-asyik nak mengepam n simpan jadikan stok. Tu, bolehla kita jadi kilang susu sekali dah alang-alang boleh susukan anak-anak jiran sekali. Hehe...gurau je... :)
Kemudian, mummy juga harus kenalpasti, berapa jumlah hasil susu yang mummy nak sebenarnya. Jika hari-hari mummy mampu bekalkan susu yang mencukupi kepada bayi alhamdulillah. Cuma kadangkala merudum tu, perkara biasa. Kita bukan selalu happy, bukan selalu sihat. Pasti ada kitarannya. Cuma mummy jangan panik! Lagi panik, lagi tertekan emosi dan perasaan mummy.
Tips nak back up, jika hari ini kurang 3-5 oz hasil susu. Tidak mengapa, set target, gandakan sesi pam atau penyusuan pada waktu malam nanti untuk cover semula susu yang kurang. Elakkan bertangguh. Terus target dan bertindak pada hari yang sama. Kerana jika kita berusaha melakukan daily review, insyaallah sempat nak kejar atau cover semula mana yang kurang secara daily juga. Sebabnya, bila jumlah perbezaan yang kurang tu tak terlalu tinggi, insyaallah mummy tidak akan berasa terlalu tertekan n tak sengaja berasa lebih tenang. Dan biasanya akan lebih cepat cover semula. Walau apapun, nak pesan pada mummy, jangan sesekali panik. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Lagi satu nak pesan, jika hari esoknya pun masih kurang. Kalau stok susu ngam-ngam sangat, better ambil cuti. Itu lebih baik. Sebab mummy akan lebih tenang bila nampak stok susu depan mata masih berbaki lagi daripada kita guna stok susu tu, esok tak tahu apa cerita, mana nak tinggal anak dengan pengasuh, mana nak pi kerja lagi. Better ambil cuti dan direct feeding saja.
Kes di atas, rata-ratanya dilalui oleh mummy yang first time breastfeed, nanti bila kalian dah expert, kalian lak yang gelak je baca entri ni. Percayalah! Sebab makin berpengalaman, makin kita expert nanti, insyaallah.
Ops! Terlebih cerita sudah. Padahal nak explain detail maklumat di bawah. Sori.. :) Camana saya menaip, camni jugaklah jika saya berbicara. So, siap sedialah mummy jika saya dah start buat personal coach face to face nanti. Hehe.. :D
PETUA BANYAKKAN SUSU IBU
1. Kerapkan direct feeding + teknik lekapan bayi betul + payudara dikosongkan sepenuhnya
Wajib menyusukan bayi secara kerap, n pastikan mulut baby melekap dengan betul (aerola dimasukkan sepenuhnya ke dalam mulut bayi) dan payudara kiri dan kanan dikosongkan sepenuhnya. Pastikan gilirannya ya, kalau tak mahu breast besar sebelah. Hihi.. :) Lebih bagus, masa akhir penyusuan atau pengepaman, urut-urut sikit setiap urat susu tu ke arah keluar, supaya segala lemak-lemak susu yang saki-baki tu pun keluar habis sehabis-habisnya.
2. Pam susu secara konsisten untuk kekalkan demand
Pam susu wajib konsisten. Ramai mummy menyatakan susu makin kurang, bila saya semak jadual pam, ada yang tak cukup sesi. Contoh tinggalkan anak 8 jam, pam susu cuma waktu rehat sahaja, dengan alasan tak sempat. Patutlah, susu beliau makin kurang, sebelum ni biasa dapat 15 oz (sebab pam 3-4 kali). Sekarang sempat 2 kali atau sekali sahaja. Cuba mummy cek balik sesi pam mummy ya.
Tentang alasan tak sempat, ada taktik dia. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Insyaallah. Untuk kes yang nilah perlukan nasihat peribadi. Sebabnya setiap situasi mummy berbeza, So, jom join my personal coach. :)
3. Makan makanan berkhasiat + air mencukupi dalam badan
Walaupun mummy sedang berpantang, makanlah makanan berkhasiat, elakkan juga makanan gatal dan yang sejuk-sejuk tu. Cuma buah-buahan, ayam, daging, ikan dan apa saja yang boleh dimakan, makan ja. Air pun pastikan diminum dengan mencukupi. Tak perlu juga minum secara berlebihan, sampai ada mummy kembung perut minum air terlampau banyak sangat, cuma bila signal tekak dah inform haus pada setiap kali tu, mummy wajib minum tau. Tak kisahlah air masak ke, jus buah, susu dan sebagainya. Lagipun cecair
bagus untuk detox. :)
Jika nak try segala milk booster pun boleh. Cumanya, pastikan ia dimakan ketika diperlukan sahaja ya. Cuma makanan sunnah, memang bagus jika diamalkan secara harian (kurma, susu dll).
4. Latih kemahiran mewujudkan kehadiran LDR + kerapkan kehadirannya pada setiap kali penyusuan/ pengepaman
Seperti biasa, LDR (Let Down Reflex) ni sangat penting semasa aktiviti menyusu dan mengepam. Sebabnya, dengan kehadiran LDR atau pancutan susu ni, akan membantu menghasilkan atau memancutkan susu di antara 0.5 oz-2 oz atau lebih sekali pancut untuk beberapa saat. Dan hasil pancutan ini yang akan membantu mengenyangkan baby.
Selain daripada itu, dengan wujudnya LDR ini dan jika mummy faham tentang konsep LDR ini, sekaligus dapat menafikan kenyataan mummy yang sering mengatakan breast mereka kosong atau tidak bengkak n menyebabkan mereka tidak mahu mengepam sebab risau hasil susu keluar sikit.
Sedangkan susu sentiasa dihasilkan setiap saat. Jika kita biarkan dalam 10 minit, kalau mummy cuba test pam susu lagi sekali, dalam 5-10 minit, jika datang LDR mampu juga dapat 0.5 oz -2 oz (campur kiri dan kanan) untuk sekali pancutan. Bagaimanapun, untuk rangsang LDR ini, memang memerlukan latihan ya. Tidak semudah yang disangka, tetapi once dah dapat momentum tu, memang senanglah sesi menyusu n pam nanti. :D
Satu contoh mummy yang anda boleh ikuti atau jadikan idola, ialah salah seorang mummy yang Personal Coach dengan saya baru-baru ini. Saya sebutkan sebagai mummy IQA sahaja. Beliau sangat enjoy dengan breastfeeding session, sehinggakan mampu menghasilkan sehingga 3 kali LDR pada setiap sesi menyusu atau mengepam. Kagum jugak dengan mummy ni, since ini merupakan pengalaman pertama beliau, sedangkan saya pun pada awalnya dulu (anak first) hanya mampu merasakan sekali sahaja LDR walaupun dah pam sampai dekat 30 minit. Time tu masih zero knowledge, and masih tiada pengalaman lagi. Memang dia sangat enjoy dengan breastfeeding nih, n mampu menghasilkan susu yang lebih dari demand babynya.
5. Kerapkan penyusuan pada waktu malam
Waktu malam ialah waktu terbaik untuk create demand kerana paras hormon prolaktin sangat tinggi pada waktu ini. Anggaran waktu dalam 12 malam dan ke atas. Jika malas nak bangun pam susu, kerapkan penyusuan direct. Tapi jika baby dah terlalu kenyang pun, kesian juga. Nanti muntah susu pula. Takpela kot, mummy bangun jap pam susu.
Tips mudahkan pengepaman waktu malam, sediakan cooler bag di sebelah katil n segala alatan pam. Jadi mummy tak perlu ke dapur untuk aktiviti mengepam. Cuma bangun sekejap, dan ambil masa pam 5 minit. Kemudian simpan semula corong n botol susu tadi terus ke dalam cooler bag yang mengandungi ice pack. Kalau rajin bangun dua-tiga kali pun ok juga. Kan pam n botol susu tu boleh diguna berkali-kali sehingga 24 jam (pastikan di simpan di tempat yang sejuk). Untuk permulaan, cuba buat sekali pada setiap hari n lihat hasilnya.
Untuk aktiviti ini, jika mummy yang dah bekerja perlu ada ice pack sekurang-kurang 6 pack. Sebab jika 3 ice pack diguna untuk malam tadi, adalagi 3 ice pack yang beku untuk kegunaan hari bekerja esoknya.
6. Elakkan stress dan gangguan emosi
Jika mummy sedang stress tentang kerja dan sebagainya, surely hasil susu akan effect sedikit. Sebab mummy secara tak sengaja mem'bz'kan otak mummy untuk memikirkan hal tersebut berbanding menghantar signal ke otak supaya menghasilkan susu lagi.
Lagi pula, jika sedang stress, paksa diri untuk pam nampak hasil susu berkurang lagi bertambah triple plus stressnya. Untuk kurangkan masalah ini, jika mummy sedang stress, cuba ambil masa untuk tenangkan diri kemudian baru pam susu. Lari sedikit waktu pam tidak mengapa, dari mummy melakukan sesi mengepam secara paksa, risau keadaan menjadi lebih teruk. Cuma pastikan, jika sesi pam terskip satu kali pada waktu siang, terus gantikan pada waktu malamnya untuk maintainkan demand.
7. Bercuti jika ibu jatuh sakit/ tidak sihat
Satu lagi, tidak dinafikan, jika mummy sedang sakit, hasil susu akan sedikit berkurang. Tetapi biasanya tidak lama dan akan kembali semula selepas beberapa hari.
Jika stok susu terlalu ngam-ngam, better ambil cuti dan lakukan direct feeding. Elakkan guna stok tersebut. Supaya mummy tidak terlalu tertekan untuk mengganti stok semula.
Oklah, sekian dulu untuk kali ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat.
Jumpa lagi kita di lain masa. Insyaallah. :)
~menyusu itu indah~
Salam sayang,
atia
*P/S: Dibenarkan untuk share link ini sebagai manfaat kepada rakan lain yang memerlukan. Semoga mereka juga berjaya dalam dunia breastfeeding nih! Insyaallah. Amin... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)